Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Showing posts with label sYArarutO di DApur. Show all posts
Showing posts with label sYArarutO di DApur. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Butter chicken.. hehe

Alhamdulillah...

Sejak 2 menjak ni, kata-kata yang mengatakan 'memasak boleh menghilangkan stress' mungkin ada benarnya.

asyik mengulang lauk yang sama kurma-kari-lemakciliapi-asampedas-tomyam-kicap-sambal-paprik-kurma-kari-lemakciliapi dan begitulah seterusnya, maka mencarilah aku akan resepi yang doable dan easyable (rosak bahasa!), hoho..

Yakni, Butter Chicken (klu beli K.O mahu 6 euro satu dish), jadi kena belajar buat sendiri, supaya tak kempunan bila balik Malaysia for good nanti, InsyaAllah Taala :)

Selepas diteliti resepi-resepi yang ada di lawan sesawang, banyak pula barang2 yang takde, xpalah, kita olah bagi ada rupa dan rasa, Malaysian style ma... :)

Butter Chicken Malaysian style 

 maaf atas presentation tak berapa menarik, tapi insya Allah perut anda pasti tertarik! :)
Bahan-bahan:
Ayam
Serbuk Kari dan kunyit
Bawang besar/merah/putih (kisar)
Halia (kisar)
Mentega (separuh buku)
Cili kering dikisar
Cili api (2-3 biji)
Susu (3/4 cawan)
Tepung Gandum (2 sudu besar) -depends pada kepekatan kuah
Air

Garam
Gula


Cara-cara:
1. Perapkan kejap ayam dengan serbuk kari dan kunyit (kunyit ni guna sikit je)
2. Cairkan mentega atas api (ganti minyak masak la kiranya)
3. Sambil 'perap' boleh tumis bawang putih/merah/besar dan halia dengan mentega yang dah cair.
4. Tumiskan juga cili kering kisar dan cili api, goreng sampai pecah minyak.
5. Masukkan ayam yang diperap dan tambah air.
6. Masukkan susu dan tepung gandum (yang dah dilarut dalam air).
7. Masukkan garam dan gula sesedap rasa
8. Kacau-kacau sampai didih..

Senang kan? hehe.
Maaflah kalau ada sequence yang dirasakn tidak kena cara, resepi olah sendiri kan...
sedap dimakan dengan salad yang dipotong halus :)

Selamat mencuba :)

p/s: Komen ahli2 rumah, macam ayam percik ala kari dan pemakan terakhir, akhirnya mengatakan ianya adalah sikit seperti butter chicken. Cadangan penambahbaik, usah takut menggunakan mentega :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Friday, January 4, 2013

Resepi Cream Puff

cream puff. my first attempt :)
versi terlebih nutrient
 Bahan-bahan untuk PUFF (betul ke?)
1 cawan air
1/2 buku mentega
1 cawan tepung gandum
4 biji telur Gred A (apa beza gred A dan B dan C? entah..)
1 sudu besar esen vanila
secubit garam

Bahan-bahan untuk CREAM
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar esen vanila
1 1/2 susu segar
2 biji telur
3-5 sudu gula (mengikut citarasa)
[Boleh dapat dalam 80 ++ cream puff comel dgn kuantiti ni, insya Allah]

Cara-cara memPUFF:

a. Baca Bismillahirrahmanirrahim.
b. Betulkan niat, sahaja aku masak kerana Allah swt, nak gembirakan  housemate.. nak.. etc etc..

1. Panaskan periuk, masukkan air dan mentega. Gaul-gaul sampai sebati dan mendidih.
2. Masukkan tepung dan kacau-kacau. Alih periuk ke tempat yang sejuk.
3. Kacau-kacau sampai sebati.
4. Masukkan telur satu per satu. dan kacau-kacau
5. Masukkan esen vanila dan secubit garam
6. Kacau, kacau,kacau, kacau sampai sebati..
(kacau sampai tangan lenguh, kalau belum lenguh maknanya belum sebati)

Rehat jap.. renggang-renggangkan otot tangan sebelum mula projek seterusnya

7. Sediakan loyang, sapu mentega sikit atasnya.
8. Letak doh bulat-bulat dan kecil-kecil kat atas loyang.
AWAS, doh ini akan mengembang..
maka kena agak saiz selepas dibakar.. too small or too big x sedap dimakan.
9. Bakar pada suhu 200'C dalam 25 minit.
10. Sediakan Cream...

Cara membuat Cream/Castard
1. Atas api, campur susu, tepung dan tepung kastard, gaul-gaul
2. Masukkan telur, gula, esen vanila
(saya tambah coklat masakan, utk buat cream coklat, hehe, memandai je)
3. Kacau-kacau sehingga campuran menjadi pekat, macam jem kaya
4. perlahankan api dan biarkan sejuk.

Ucaplah Alhamdulillah, kerana terselamat dari segala kebahayaan dapur dan diringankan jasad untuk belajar benda baru..
(ie termelecur etc etc)

Seterusnya....
Potong tengah-tengah puff, dan sumbatkan cream ditengahnya..
boleh dihidang sebagai hidangan minum petang bersama air teh/milo panas..
perghhh..
InsyaAllah sedap :)

cream puff versi kechik, bakaran yang kedua
(kredit to kak chaq atas ketelitian membulatkan doh)

p/s: entah bila last aku post resepi, 2009 mungkin? sibuknya aku.. (tkdmka)
InshaAllah kalau ada cuba benda baru, akan dikongsi lagi..

pp/s: mimpi apa la aku harini, beriya baking and masaking.
(ooo.. baru kutahu rahsia mee goreng sedap: kicap dan telur!)
sejak bila dapur menjadi tempat destress.. hmmm..
sudah sampai umur 'tua' mungkin..

Doakan aku nak exam final Med on Feb-Mei 2013 ni ye!!
Dr. Nur Syarafina Abd Aziz in the making insyaAllah!!


Sunday, June 27, 2010

Kek Chocolate Lembap (baca:moist)

Alhamdulillah..

[hehe, Germany menang 4-1!! England kalah, kes kes kes..]
baru semangat nk menulih..

Sudah lama tak berasap oven umahku syurgaku ini..
Semangat nak berbaking dah lama ada sejak balik malaysia ritu,
lagi-lagi bila ayah dapat hadiah mixer
[fuh2, best btul wat kek gune mixer, xdela sampai berotot wat kek dah lepas ni]

disebabkan masa Hari Bapa dan Hari Lahir mama tempohari tak dapat nak buat kek sebab ketiadaan telur dan barang-barang asas yang lain, maka terkubur keinginan itu..
Nak jadi cerita, tiba-tiba adib berkata:
".. kak eina, bila nak buat kek choc? saya nak blik uni dah nxt week, teringin.."
Alahai sedih pler dgr..

berbekalkan resepi dari tenet yang dicari dan diubahsuai sedikit tadi, maka terhasillah cupcake dan cake seperti dibawah..
weheee.. Alhamdulillah..

Selamat menjamu mata..


12 cupcakes selamat dibuat [2 kali bakar]

Cake standard

pandangan sebenar cake

tanpa cara membuat kek, maka tak lengkap la pula post utk slot " Chef syararuto in de house" hehe..

Selamat mencuba buat yang mahu mencuba ok.

Chocolate moist cake

Bahan-Bahan:
280 gm butter
200 gm gula halus
5 biji telur (gred A)
280 gm tepung gandum
40 gm serbuk milo (atau koko)
¼ sudu teh sodium bikarbonat
1 ¾ sudu teh serbuk penaik
100 gm coklat masak (dicairkan)
¾ cawan susu coklat (atau air sejuk bese pun boleh)
1 sudu teh esen vanila
[tulisan berkaler ini adalah resepi sendiri, klu x berani nak ikut, ikut yang dlm bracket tu je ye, itu resepi ori]

Topping :
100 gm coklat masak (dicairkan)
sedikit coklat rice

Cara:
1) pukul butter dan gula sehingga kembang
2) masukkan telur satu persatu
3) kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk milo, esen vanila, sodium bikarbonat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
4) campurkan coklat masak yang telah dicairkan ke dalam adunan.
5) akhir sekali, masukkan susu coklat dan pukul sehingga sebati.
6) panaskan oven pada suhu 175 darjah dan masak selama 45 minit (atau sehingga masak).
[rajin2 cucuk kek tu dengan garpu, supaya x terlebih masak]

* klu kek dah selesai masak, garpu yang dicucuk akan keluar dari kek tu dengan sebersih-bersihnya,iA*

Buat masa sekarang, saya mengisytiharkan bahawa kek saya diatas telah selamat dilicinkan oleh adib, si pengidam kek choc.. dan tiada lebihan dijangka berlaku.

Komen-komen si pemakan kek:

Acap, dia ni klu x sedap, dia zasss ja, tp alhamdulillah dia kata ".. sedap kak eina.."
[fuh! lega]
Adib: ''.. eina adib habeskan semua ni yek, hehe.."
[dahsat adik ak sorng ni, stress ENG kalah kut, huhu]
Mama & Ayah, juri yang bijak mnjaga hati tapi kadang2 zasss juga exp. mama
komen mereka".. ni boleh la buat utk door gift kenduri kak eila ni nnti, 1000 cupcakes, boleh eina?
[erk?!! apakah ayah mama ni.. @_@]
Abg ipar: ".. sedap nieh, ingat beli td.."
[da.. sori kurang tangkap leleh sikit bila abg ipar komen, nak ambik hati le tu, huahua]
Kak eila : [ntah xde komen, selamba je makan.. xpa2..]
si kecik : dia ngaga je utk semua benda termasuk batu dan besi
[so, x reliable ini testi]

okies..
setakat ini rancangan "Chef syararuto in de house"
sehingga berjumpa lagi..

Allahualam.

Sunday, April 11, 2010

Donut Dublin

Salam wbt,

Alhamdulillah, keteringinan terhadap donut telah berjaya terluah melalui pratikalnya. weee

ni bukan kali pertama buat donut. pertama kali masa FUIYO 2009 [canggih x, kt program buat donut, terbaekla!!]. tapi masa ni buat ramai2.

Bezanya kali ni dari awal hingga abes aku buat secara solo, dan Alhamdulillah time nk meng'gula'kan donut ni, adik-adik umah tolong, Syukran sista!!

Alhamdulillah, berjaya menyelesaikan hajat seorg sahabat utk makan donut handmade.. hehe
----------------------------------------------------------------------------------------

Ha.. lama dah aku x post resepi2 sejak 2 menjak ni.
buzi + idea2 bru utk masak sgt mengecewakan utk tahun kedua ak kt Dublin ni.. haish3~

Maka, Selamat bertemu kembali tuan2 dan puan2 ke dalam rancangan "Chef Syara in de House"
**tepuk3**

Resepi arini sonang sajo:

Donut Dublin
Bahan-bahan:
1.tepung gandum ~ lebih kurang 5 gelas
2. Mentega ~100gram
3. 2 biji telur
4. susu segar ~separuh gelas
5. sedikit gula dan garam ~ mengikut citarasa
6. yeast dan sedikit air suam
7. plastik pembalut sandwich
[kuantiti bahan2 xyah rigid sgt, tambah ikut kesesuaian]



Cara-Caranya:


1. bancuh yeast satu sachet dengan sikit air suam, biar dalam 5 minit sampai berbuih.
2. Masukkan mentega dan 3 gelas tepung dulu, 2 nanti tambah sikit2 ke dalam bekas adunan.
3. Gaul bagi mentega dengan tepung sekata
4. Masukkan telur, susu, yeast, sikit garam dan gula
5. Uli sampai jadi doh.
6. nak tahu dah ber'doh' atau belum, tepung uli tu dah x melekat kat tgn mahupun bekas adunan [proses ni agak lama dan agak melenguhkan, maka kena sabar]
7. bila dah jd doh, tutupkan doh ni dgn plastik pembalut sandwich, dalam 20 mins utk bg doh ni naik. [dssbkan Dublin sejuk, maka nk cepat masukkan doh nk dlm oven dgn suhu bilik kat Malaysia, dalam 30'C]
8. Dah naik, ayak [ratakan doh dengan penggiling atau botol kicap, hehe] doh td, sampai tebalnya dalam 1-1.5 inchi [agak2 ja].
9. pastu potong doh td dalam beberapa bahagian mengikut kemahuan tuan pembuat. E.g. 20 bhgian.
10. Kemudian, amik salah satu bahagian yg dh dipotong tu, 'bola'kan doh tu, dan menggunakan jari buat lubang kat tengah bolah tu. [buat la camna pun asal nmpak macam donut]

ni rupa donut yg telah diinovasikan oleh aku, hehe, nak tahu kena belajar live ye..

11. Ulang no.10 utk kesemua bahagian yg telah dipotong td.
12. Selesai membentuk donut, tutup donut2 ni dgn plastik pembalut sandwich, utk 30 mins utk donut ni 'naik'.
13. Dh 30 minit, goreng, toskan minyak dan campur donut ni dgn gula pasir serata-seratanya.

DONUT sedap dimakan waktu panas dengan HOT CHOC..
weee..


close up sikit~


Alhamdulillah, selesai sudah rancangan resepi kita~~~
Mama Ayah, xyah la nk g Dunkin Donmut lagi kan3~
hehe..

Cuma nak kena INOVASIkan lagi donut bukan takat bentuk, tp filling dan toppingnya juga..
**fikir2**

Selamat Mencuba bagi sesiapa yg ingin mencuba!!
All the best!!
Terima Kasih ALLAH!!


Allahualam.







Saturday, November 28, 2009

Rendang AYAM [biaq betul ni?!]

Assalamualaikum wbt,
Salam AidilAdha semua..
Bertemu lagi dalam rancangan CHEF SYARA in de house edisi Raya Haji 1430H
Alhamdulillah...

Seperti biasa setiap resepi bermula dengan sebuah kisah..

Pagi 10 Zulhijah 1430 H (27/11)
Selamat bersolat raya di RCSI, tepi sedey x faham khutbah arabnya.
Selesai kelas, berarak bersama, yanto, syazo,k,jiho,linto,asmo',mimo, dan erno ke Malaysia Hall ada tugas menunggu. Dalam perjalanan, teringat yg x sempat tepon mama ayah lagi, segera telepon bimbit dicapai. Usai bercakap dengan mama dan ayah, suara Wan Piah kini kedengaran, heee... Wan tanya samada aku memasak x untuk raya. Jawapan ak pastinnya mudah di agak wan, huhu. Di akhir talian wan pesan, suruh cuba masak rendang ayam, takut cucunya ini kempunan agaknya. wan siap gtau, ketiadaan kerisik bukan halangan.
hehe wan.. wan.. mmg cHef rendang terbaek!!
=ransangan pertama untuk memasak

Tiba di Malaysia Hall, tugas yg dijanjikan, telah diselesaikan oleh PG dan diplomat2 yg berdedikasi. Usai makan, kami bersolat zuhur di Malaysia Hall yg super indah permai. [dgrnya berjuta Euro dibelanja utk renovasi hall ni, woW!!]. Tiba-tiba, bertemu dgn adik-adik rumahku, mereka menyatakan keinginan mereka utk masak raya bersama malam nnti, "nak spend masa dgn akakla malam ni" kata izni,intan dan mas. " erk, hehe, akak x pandai masak lauk raya la korng, nasi impit segera boleh la" selorohku. " xpe, kita sama-sama masak, internet kan ada" ujar mereka. [hahaha, kan dh terkena balik, dulu duk pesan kat adik2 ni klu x tahu masak, cari ja kt tenet, skunk kena balik, adoiii]. Aku akui ,aku bukanlah kakak umah yg baik utk adik2 ni, jadi x salah kali ni aku memberi ruang dan masa aku utk mereka, sdg mereka beria-ia nk. Sudah biasa ada adik lelaki, x reti sgt nak melayan adik2 perempuan ni, ak lupa orng kata perempuan ni, kasih sayang kne tunjuk, x macam adik2 lelaki. " hehe, pandai korang ek, InshaALLAH ok ja.." jawabku [menarik gak ek masak2 raya!! cantek!!]
=ransangan kedua untuk masak
~~~~~~~~~~~~~~~
Bila dah stat masak ni, rasa kelaka plak, orng masak sakan malam raya pertama, kami masak malam raya kedua. haha, xpa, raya 3 hari..

Tugasan kami:
Aku-pulut kuning [lg?!] + Rendang Ayam [yakin je, berbekalkn resepi wan td, ak redha]
Izni-Masak Lodeh
Intan- sediakn kerisik
mastura -bersihkan ayam dan menumis
farah- mencari resepi dari buku resepi Mawar + nasi impit

Serunding segera Malaysia-Lodeh/Lontong-Rendang

inilah hasil selepas 4 jam di dapur, dgn kemeriahan yg sgt best!!! [best gak ek ada adik2 perempuan. GAMAT!! hehe. Tangan ngan mulut bergerak seirng sejalan.. haha.. BEST3~

Berdebar betul sebelum nak mula masak rendang ni, yela, mana pernah buat, amek tahu camne nak buat pun x pernah [betul la ak ni..]. Tiba-tiba nak masak sekali banyak utk 8 orng, dgn request 2 ayam sorang. [saja ja adik2 ak ni tau, buli ni!!]. Letak minyak pun dah ketar2. hoho.. lihatlah hasilnya~

Wehee~ Inilah hasil rendang kami secara close-up.. sesuai dimakan dgn nasi impit segera atau pulut kuning 2nd trial ku [wee, ok sikit dr pulut frst dulu, nmpak la pulut skit]

Baiklah, Jom masuk DAPUR..

JUADAH : RENDANG once in a life time

dari berkuah hingga kering~ lenguh woo~

Bahan-Bahan:

A. Ayam [ak gne 16 pieces)
B. Kisar:
• 5 ulas bawang putih
• 10 bawang merah
• 15 cili kering
• 10-20 cili api
• 5 cm halia
C. 3 batang serai dititik
D. Santan pekat (1 paket)
E. Kerisik (kelapa parut* digoreng garing+ blend sampai hancur)
F. Garam & Gula secukup rasa
* xtau cari mana kelapa parut, tp Alhamdulillah jumpa dessicated coconut kt Asia market

Cara-Cara
1. Tumis bahan kisaran hingga naik bau
2. Masukkan cili kering yang dikisar, santan, dan serai
3. Setelah campuran didih, masukkan ayam.
4. Masukkan garam/gula selepas kuah kelihatan sudah hamper kering
5. Gaul-gaul masakan supaya yg bawah tidak hangit dan santan tidak berkepul-kepul
6. Kacau sehingga kering

SELAMAT Mencuba!!

hee, boleh buatkan?? [org kata, xde kerisik xpa, pada ak, kne ada kerisik, sbb kerisik tu yg merasakan rendang tu, huhu]

Cuma, yg leceh sikit pasai rendang ni, mungkin tahap kelamaan utk tunggu dia kering la..
[bru faham perasaan mama, masa raya aritu, huhu, bersalahnya rasa..]
Tapi BOLEH BUAT klu ada rasa MAHU BUAT!!

p/s: siapa sangka aku masak rendang?!! tiada sapa termasuk diri sendiri..
aku semakin menjadi orang 'lain'.. bagus ke x ??

p/s 2: ketakuttan rendang x jadi, hilang, bila ak sendiri merasa rendang itu mmg rasa rendang.. huwaaaa, bahagia betul!! kak mar, chef senior, turut merasa dan dpt approval dr beliau, adik2 umah ak ni xyah cakap la, pujian melampau. [tahukah kita kekadang pujian itu boleh mnjadi ibu kepada dosa?? maka, berhati2lah ketika memuji~]
pepepun Alhamdulillah ak dapat belajar dua ilmu baru: ilmu masak + ilmu kasih sayang.

p/s 3 : mp3 dah 'hidup' kembali!! Alhamdulillah
"sungguh tiada yang mustahil bagi ALLAH, dan tiada manusia yang mudah berputus asa itu melainkan termasuk dalam golongan manusia yg rugi"

Allahualam

Thursday, November 19, 2009

Pulut Kuning Express

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, setelah kepingin buat beberapa minggunya..
PULUT KUNING telah berjaya ak adakan.. heeee..

Bertemu kembali dlm rancangan, Chef Syara in de house!!
[bpe lme dh x update 'rancangan' ni, x masak apa?? haha]

Seperti biasa, rancangan ni akan dimulakan dgn sebuah kisah..

x tahu mana datang kepingin ni, nak kata nk bru khatam Alquran, x juga, ntah tiba-tiba ja teringin. Tp biasalah sora2 sumbng yg mengatakan itu ini ttg kepinginan ak ni.. [buat x dgr je la.. malas nk layan. mitos3~]

Org pertama ak mngadu nasib, haruslah mama. Seingat ak, mama x pernah masak pulut kuning kat umah. Ntah dari mana ntah blaja makan pulut kuning ni.. [haah ek?!!]

Mama gtau, boleh je nak buat, mama thu resepinya [waa.. xtau pun?!!], siap mama offer nk anta beras pulut, tbe2 mama tnye "ina, ada steamer ?", ak jawab "xde ma". " klu xde, susah skit na"
pahit, tp harus ditelan, fuh frust sungguh tika itu. ='( [xpa la xde rezeki la tu.. bertahan je la]

Akibat perasaan yg kecewa lagi pasrah, ak letakkan kt status ym
'teringinnya nak makan pulut kuning'
tiba2 ntah dr mana, box ym dr seseorng bergegar2 di skrin ak..
MasyaALLAH, dia kata dia pun baru masak pulut td, sbb teringin juga..
[sapa dia ni?? sejak bila ak add dia??]
ak pggl ja dia NZ, sbb dia kata tgh blaja kt new zealand
[ok2 xpa, nk knal2 nnti, cepat2 resepi pulut kuning trus ak tnya, betul la ak ni..]

"kt sini beras pulut tu glutinous rice, cuba cari kt dublin, mesti ada" terang dia
"xyah kukus pun xpa... rice cooker ada kn?" cerita dia
[lol, mestila ada rice cooker klu x cmne ak nk mem'besar' kt sini]
HUaaaaa. GUMBIRAnya rasa hati. Rasa macam berada di awang2an..
BAHAGIA.. PULUT KUNING kita bakal bertemu. weeeee..

Setelah merantau di Asia market, mencari glutinous rice, ak hampir kecewa lagi..
minta glutinous rice, amoi ni bg jasmine rice pler.. [hoho, apakah??] ditanya sekali lg dia kata xdo.. isk3~ Klu Asia market dh xdo, Oriental musti lg xde.
xpala, xde rezeki. maka hari tu aku tido tanpa pulut kuning.

Ntah beberapa minggu lpas itu, ak singgah Oriental, nk cari bende lain, tiba2 teringat akan glutinous rice. pencarian yg gigih akhirnya berakhir dgn.. SubbanaALLAh ada!!!! weeee.. Alhamdulillah... [1 euro lbih utk 1 kg, okla.]

Tiba2, keadaan cemas menerpa kembali, semangat nk buat arini. tiba2 resepi yg insan tu bg, x tau kt mna. haishh ada2 ja. dugaan btul..

sekali lagi, ym status ku gunakan, bertalu2 box ym bergegar2, tp apakan daya semua yg bg tips, kne gne kukus.. [trimas sbb sudi menolong!!!]

Alhamdulillah, de sorg kenalan baruku, adik fatin, berhempas pulas membantu. Akhirnya dia jumpa resepi pulut gne rice cooker.. Alhamdulillah.. [jzkk bnyak3~ boleh buat adik ipar ni]

Alhamdulillah.. bahagianya.. lalala



ni gamba real hee... [sambal ikan bilis yg menjdi, akhirnya]

Bahan-bahan

beras pulut
santan pekat + air
garam
gula
daun pandan
minyak masak
serbuk kunyit

* amount brg2 diatas telah digunakan mngikut kata hati semata2*

Cara-cara

1.Cuci beras pulut hingga bersih.. [ni yg aku lupa, trus ke step 2, ish3~]
2. Rendam beras pulut dgn air, kunyit (utk warna kuning) + asam keping (utk bg pulut bersinar2). Rendam 5 jam camtu~ [pastikan semua beras tenggelam)
3. Pastu, toskan air rendaman td, amek beras pulut tu shja
4. Masukkan beras pulut yg direndam td, santan + air , garam, gula dan daun pandan dlm rice cooker.
5.Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
6.Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..

Selamat mencuba! ^_*

Alhamdulillah..
walaopun x sesedap dan sesempurna pulut kuning yg ak selalu makan, pulut kuning pertama dlm hidup ak ni sudah cukup mengembirakan. SubbahanaALLAH..

x susah rupanya nak buat. xda kukus pun boleh asal ada usaha..
[alternatif itu kekadang lebih mudah]

Tp klu next time nak buat lagi, kne make sure : santan lebih + air gne sikit ja, kira2 separuh dr level beras. sbb pulut 1st ni lembik n kurang 'rasa'. [bljar dr kesilpan]

ingat nak blaja buat rendang ayam sekali, sbb dorg kata makan dgn rendang lagi sedap.. [yeke, selama ni makan dgn sambal ikan bilis ja, sodap juga =D]

nak kne gtau mama ayah ni, "mama ayah ina, dh boleh masak pulut kuning " hehe..

p/s : kisah2 dapur tika summer ritu sgt menarik, mama ayah sgt2 amat2 seronok melihat ak di dapur umah, haha macam2 kisah, x sempat nk cerita. nnti2 klu ada masa, akan ku nukilkan.

p/s 2:adakah ini pulut kuning pertama di Dublin??? rata2 senior ku tanya xde sorg pnah buat lg, haruskah ak dpt 'award' utk ini??
[award apanya, bukan jadi sgt pun.dush3~ da??!! apakah??]

Allahualam

Wednesday, May 13, 2009

TerIngin.. MAKa.. NAsi AYAM ter'masak'..

Salam,

Alhamdulillah.. yeaHooOO.. Impian tercapai.. WalaOpun tanpa kehadiran SuP BunjUT adaBi.. Sup Ayam ku 'rasa' ada 'rasa'.. huhuhu..

Kepingan sangat nak makan nasi ayam dr smlam lg.. ngeh3~ ingat kut Tyah masak nasi ayam smlm [ceh, nak makan masak sendri la].. tapi harapan tgl harapan..

So smlm, smpat la belek2 laman sesawang cri resepi Nasi Ayam.. Huh! semua nk gne Sup BunJUT.. camna ni?? Xpa2 perjuangan harus diteruskan...

Maka sebelum masak td.. ak wat 'research' skit ttg apa itu sup bunJUt?? maka Alhamdulillah.. Pihak AdaBi sudi memBongkar rahsia ttg SUP Bunjut.. lol.. rupa2nya sup bunjut itu adalah campuran dr rempah iaitu kayu manis,pelaga, jintan manis, bunga lawang berserta adik2 rempah yg lain... ngeh3~ TInG!! idEA dtg tiba2~ [masuk je la segala rempah dlm sup.. InshaALLAH jdlah ala sup bunjut.. lagi klasik gitu.. ]

=======================================================

Maka itulah sedikit sebnyak sejarah penghasilan masakanku arini..

SO, berjumpa lagi kita Dlm ranCAngan CheF Syara In de HOUse!!!... weLcomE2~

Nama MAsakan:
NAsi AYAM tanpa Sup BunJUT

BArang2:-


  1. ayam yg dibersih & dipotong
  2. bawang Putih [bawang merah/besar x digunakan langsung dlm resepi ini]
  3. Halia
  4. Beras
  5. Air
  6. garam/gula
  7. sos tiram
  8. kicap manis
  9. Segala rempah-ratus yg ada dlm koleksi.. [eg. kayu manis,pelaga, bunga lawang, jintan manis]

Ada semua bahan2 atas?? TAhniAH!!! ya.. Anda layak utk wat nasi Ayam.. pengalaman x perlu.. Barang2+ kemahuan+ panduan + TAwakal+ doa + konfiden itu yg penting...

CAra2nYA [ak konfiden korang musti leh watnye]

1. Sup Ayam

  • Cuci Ayam
  • Potong/tumbuk/blender bawang putih & halia, then tumis
  • pastu masuk rempah2 (masuk je bpe bnyak yg korng suka.. ikut kata hati..)
  • masukkan air,ayam dan kentang [air bnyak sikit sbb nnti nak guna time masak nasi]
  • tambah garam sesedap rasa
  • Tunggu sampai ayam masak

2. Ayam

  • Okies, bila ayam masak, keluarkan ayam dr sup td
  • gaul ayam dgn sos tiram & kicap manis, then biarkan kejap [klu de madu, gaul kn sekali]
  • masak ayam secara deep fry.. Or nak sonang masuk Oven ja.. hehe.. [ingat jgn masak lma sgt, sbb ayam tu dh masak td, cuma nk bg sos tiram & kicap lekat ja.. 15 mins dlm Oven ok la]

3. Nasi

  • Basuh beras
  • guna air paip utk measure level air utk kuantiti nasi korang [ sbb nnti nk replace air ni dgn sup ayam yg panas lg mengelegak, xkn nak measure gne jari ple time tu kn..]
  • then 'tos' kan beras td
  • masukkan Sup AYAm td dlm beras ni, sebnyak kuantiti air yg dimeasure
  • masak nasi cam bese [klu masak gne dapur arang gnela.. klu yg maju skit gne periuk letrik]

4. Sambal Nasi AYAm [x pedas.. x masyuk la.. ]

  • Cili hidup/cili kering + bawang putih+halia+ sos cili+air dikisar halus
  • Masak skit campuran sampai mendidih
  • tambah sikit gula/garam

5. sayur2an [adik2 saYur kne makan tau...]

  • basuh & potong salad/timun

InsyaALLAH dlm masa 1jam +++ TADA!! siap...




nila hasil masakan ak harini.. ngee2~


hehe.. Sedap x sedaP itu blkang kira.. yg pentIng NAsi AYAM dh SIAP!! yeaY!! Alhamdulillah.. [mana mungkin ak berjaya masak nasi ayam sesedap masakan seorng ibu..sbb blom masanya lagi.. ]

INGATAN!!!
PAstikan DApur DibersihKAn sebersih2nya selepas iTu !!!

MAka ini nasi ayam dr air tgnku pertama dlm hidup & masakan ke-2 setelah cukup umur Alhamdulillah tambah koleksi menu yg 'boleh' dimasak..

Tersentuh hatiku [haish sejak2 ckup umur ni, jiwa jd sentimental lak.. huhu] bila kak Izyan berkata
"Bangga akak bila tgok syara dh suka duk kt dapor ni, masak pun dh berani cuba2 , masakan pun dh well-presented.. balik M'sia nnti kne maintain cmni gak tau.."
tersenyum aku dgn 'celoteh' bakal ibu ni.. hehe..

Ni baru kak Izyan, yg bru knal ak less than 9 months..
belum MAMA/Ayah lagi.. yg mmg dh masak sgt dgn allergik ak terhadap 'dapur'.. hahaha..
InshaALLAH akan dimaintainkan ke'cintaan' ak terhadap dapur ni... [tp dgn syarat dapur mesti dilengkapi dgn segala2 bahan2 mentah utk masak.. hehe]

Alhamdulillah.. nila hikmahnya duk jauh kan.. X suka pun kne wat2 suka.. lama2 suka jua..
[agaknya betullah teoRi: jgn benci2 sgt.. lama2 suka.. huhuhu..]


Ok kepada yg terLiuR.. selamat mencuba.. kepada yg x terliUr.. duk diam2..

Wallahualam.

Friday, April 24, 2009

SUsHI.Syara.Seaweed

Salam,

ngEEE33~

Chef syara is BACK.. hehe

Intro:-
"Syara.. nak Sushi.. hehe" rengek wanie, hosmate ak.. 
"OH.. buley ja.. siapkan barang.. InshaALLAH siap la Sushimu itu.. hehe" ak berkata tanpa punya makna disebalik kata2 itu.
"SEYES??? kite pergi Asian Market pas kelas ni ek.." katan beliau ceria sambil ternmpak *bling*2~ dimatanya.. hehe
"ERk.. Seyes ke ni??? habeslah ak.." bisikku 
 HoHo.. x sampai hati plak nak menolak.. sbb dh lma gak beliau mngidam.. hmm.. 
SUSHI.. ak ulang SUshI.. hoho.. frst time ak blja mse Japanesse Culture Club (JCC), thun bila tu.. 2007 kut..dah 2 tahun.. woHOaa.. rse cam bru je.. tp dh 2 tahun rupanya..
hehe.. habesla ak.. asas penSuSHIan ingat lg.. nak rolling2~ lupa.. hehe..

Alhamdulillah.. segalanya ada di YOUTUbe.. hehe.. (masa nak pasang mouse trap ritu pun tgk Youtube gak.. hehe)

Maka ptng smlm beli brng2, pg td ak mula bertukang di dapur berseorngan walaopun Crab stick x berjaya ak dapatkan.. isk3~ MAka Sejarah BARU bermula lagi...
(x best klu ber'tukang' ramai kt dapur.. nnti x rahsia la.. ngeh3~)

=================================================================
Hari: Jumaat
Tarikh: 24 April 2009
Masa: 10 pg++
Tempat: Dapur
(kne catat, sejarah ni..)

MAKA tibalah SESI.. CHEf SYARA membuat SUSHi .. YEAhaa..

Sushi ada 2 jenis:
Nigri Zushi (hand pressed Sushi) & MAki Zushi (Rolled SuShi)

So, arini Chef nak wat MAKI Zushi, bukan UzuMAki Naruto tau.. hehe..
barang yg diperlukan adalah seperti berikut:



1.bahan2 asas yg tanpanya bukan lah suShi namanya:
SuShi rice (ak gne nasi basmati bese je), seaweed, bamboo mat, cuka & garam


2.Inti Sushi
timun, carrot,tuna,telur hancur & udang (nak crab stick!!!.. isk3~)

CARA2nya:
HinT: MUDAH saHAja.. hehe..

1. Masak nasi, air bg lebih skit sbb nak bg nasi lembik
*BAIK2 jgn TERoverDOSe air, nnti jd BUbuR.. nasi dah jd buBur  xleh direverse blik, klu nasik x cukup lembik buley dialter.. so pandaila membuat perhitungan*
2. potong timun,Carrot halus2
3. Rebus udang/crab stick 
*klu korang buley makan mentah2, x yahh rebus.. ada ke yg mkan mentah??? eeerrkk*
4. Bentangkan bamboo mat
5. ltakkan seaweed atas bamboo
*surface yg kasar ngadap atas, yg licin ngadap mat tu, so nnti, nasi lg senang lekit, ingat x teori daya geseran & lekatan.. hehe*

6. sebelum amek nasi, basahkan tgn dalam air yg telah dicampur sedikit cuka & garam
*sbgai disinfectant, peservation & memnudahkan proses mengempal nasi*
7. PAstu penyek2kan nasi atas seaweed tu dgn daya tekanan yg Optimum
*pastikan hujung kawasan seaweed dibiarkan kosong, utk memudahkan proses gulung2*
8. letaklah segala macam isi Sushi yg anda mahu di atas nasi itu, contoh dibawah 
*selalunya satu inti satu suShi ja, klu x poning satu suShi seribu rasa, tp klu nak cuba, silalah, x salah pun*


9. Akhirnya, menggunakan bamboo mat itu, Gulunglah Sushi ini
  *nak thu cmne kne tgok yotube, klu nak belasah ja pun buleh asal isi2 tu terbungkus*

TAda!! inilah hasilnya.. 1 cawan plastik nasi, buleh wat 4 roll suShi.. hehe.. yg pling  dpan tu hodoh skit, sbb frst trial.. hehe.. standard la kan..

LAstly, potong la roll tu kpda 6 bhgian, potong tgh2 dulu, pastu potong lagi.. ala cam proses Mitosis tu.. hehe..


Roll warna putih tu CAlifornia Roll (insideout roll), selalunya nasi kt dlm seaweed(nori), tp utk jenis roll ni, nasi kt luar..


nape pggl California roll?? sbb orng amerika x suka tgok texture seaweed, geli kut.. so Chef japan yg keja kt sana invented roll jenis ni, so seaweed x nmpak.. hehe.. menarik kan.. (ini KISAH Benar!!)


ni SUShi yg cantek2 skit.. yg berjaya dipotong dgn agak baik ..


ni SuSHi yg hampir hancur & bocor.. hehe.. ganas sgt waktu potong.. huhu.. So pengajaran gunakan kelembutanmu ketika memotong sUshi ya..

Alhamdulillah dr x tahu, skunk dah tAhu.. YEAY!! Kira Ilmu 2 tahun dulu, lekat la jugak ek.. hehe.. Bgus gak wani swuh ak wat.. at least ak berjaya experience wat SUshi Sendri.. hehe..

AcaP, kak eina dh buleh wat SuSHi.. ngEE3~~ nnti SuMMer kak Eina watkan ye.. Brother2 ak mmg suka SushI.. mama ayah dan driku ja x bpe suka ..  

Tp x semstinya x suka, xyah bljar kan.. 

Bukankah membahagiakan oRang itu SERONOK? bukan takat SeROnOk.. Lebih dr tu.. =)

Komen2 para Pemakan:

Wanie: beliau tersengIh2.. dn memberi gelaran 'Cik Sushi', can i take it as a compliment?? hehe
Kak Izyan: Syara.. Nnti wat lagi yea.. hehe..
Tyah: Erkk beliau x suka Sushi.. mungkin sbb seaweed kut..
Ak: standrd la rase Sushi, semua Sushi rase sama ja.. huhu

Hasilnya, hnya dlm tempoh x sampai stu jam, sushi tggl 2 biji ja (2 orng makan ja td)..
HAntu SUShi sungguh mereka ni.. hehe..

=)

Oh, sebelum lupa..

Tahukah anda apa khasiat SEAweed (Nori)?? Tahu knpa orng2 Japan sihat2?

Research shows that algin in these underwater treasures have anticancer properties and remove radioactive substances and heavy metals from the body. If you live or work in a polluted environment, eating sea vegetables daily is common sense prevention. It normalises the level of cholesterol, prevents high blood pressure and normalises the level of sugar in the blood." 

Menarik x?? 
Selain, makan utk kenyang, lebih baik kita jdkan pemakanan kita ni sbgai pencegahan dr penyakit.. Bila badan sihat, InshaALLAH dapat la kita menambah Ibadat & perbanyak bakti.. betul x??

Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.  
(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #172)

So, SELAMAT MEncuBA yEA.. 

DAN INGAT.. PAstikan DAPOR sebersih2nya selepas diGunakan!!!

p/s: Naruto dr JepUn gak, awat x penah ak tgok beliau makan sushi?? asyik makan ramen ja?? musykil2~~

Wallahualam

Wednesday, March 11, 2009

Ayam MAsak HAlia Berkuah SteWW..


Salam..

hehe.. Chef syara kembali menGegarkan DApur!!! yeahAAa!!!.. hehe..

Dah lama x memasak ke chef?!! haha.. x la.. cuma sejak 2 menjak ni chef ketandusan idea nak nak cbe resepi2 baru.. so duk repeat lauk yg dh mahir je la.. hehehe..

OkiES.. bertemu lagi dlm rancanGAn Chef Syara in de House.. Welcome2~(sengAl..toing3~#)

Rancangan kali ni awal skit, Shooting start kul 9 am & berakhir kul 10.30++am...( wah!! de kemajuan.. masak dlm mase kurang dr 2 jam.. hiks3~ walhal masak 2 lauk je.. kui3~)

rajinnye masak awal2~~ Wohoho.. bukan rajin.. arini klas stat lmbat plus ptg nnti de Memorial Service, blik lewat.. kesian la 'anak2' kt umah klu chef x masak awai..

BAiklah.. nama LAUk arini ialah.. AYAM MAsak HAliA berKuaH yg BEST.. yeaY!!
Lauk yg ku kiRA sempOI la juga.. sesuWai utk setiap lapisan umur..

Barang2:
-Minyak masak yg diyakini Kehalalanya
-Bawang besar sebijik
-bawang putih beberapa ulas
-Halia secukup rasa.. 2-3 inchi dipotong2, tp jgn halus2.. tebai2 pastu katok bg penyek..(tp pastikan anda mengenali mana stu halia, mana satu kunyit ya.. hiks3~ Bljar dr experience ni.. klaka ja.. haish.. =P)
-beberapa ketul ayam yg siap dibasuh BERSIH..(apa beza ketul ngan ekor?? ha jawab2~~..ni pun bljar dr kesilapan zaman silam.. hehe)
-garam
-Air
-kentang (klu nak letak la.. klu xde xpe je..)
-tepung jagung aka Corn Flour.. utk pekatkan kuah..
DAn PALing penting sekali.. SOS TIRAM.. yeay..(rahsia kesedapan haks3~)

CAra2:-
MULAKAN setiap pekerjaanmu dgn BISMILLAH..
-Tumis bebawangan
-masukkan halia
-masukkan kentang(masuk awal2 utk cpt lembik kan 'dia')
-masukkan ayam2an
-msukkan air (utk mewujudkan medium berair aka KuaH)
-tunGgu sebentar.. beberapa mins
-masukkan beberapa sudu TepunG JAgunG..(3-4 sudu besar, tp depends bpe bnyak air yg dimasukkan td, ni kire try & error la.. ikut instinct..)
-masukkan sos tiram (ni pun kte sesedap rasa, sampai kuah warna ala2 coklat gitu..)
-masukkkan garam.. juga sesedap rasa...
-biarkan ia mendidih, api JANGAN besar sgt.. sederhana.. rase2 cam ayam dh rebus elok.. maka siaPla..

TAdA!!! Siaplah..Ayam Masak HAlia BerKUAh STEW.. hehe.. Minat sgt lauk ni.. huks3~ tibe2 rindu DH kolej.. wawawawa...

OH.. lupa nak habaq.. sempat gak wat eksperimen tanpa kontrol apparatus.. hehe..
ak tambah sebatng serai.. motif?? x pasti tp bau kuah ni harum.. =), hnyir ayam pun Tiada..
pastu ak tambah Cili aPi ngan lada sulah.. Motif?? ngEE3~~ mesti la nak bg Pedas.. x pedas x Best la.. lidahku liDah melaYu.. hehe..

Alhamdulillah bende2 asing x mengubah rasa lauk ni.. anda2 buley je klu nak wat eksperimen sendri.. Memasak itu SEni.. BEbas.. hehe.. Tp klu x jadi.. tanggung sendri ye.. haks3~

Alhamdulilllah.. bertambah lagi koleksi lauk2 yg ak mampu buat.. yeahOOO!!.. MAMA AYAH.. eina x sabar nak masakkan utk mama ayah & adik2~~ yeay!! bertahan.. lg 3 bulan.. ngeee3~~

Check LIst lauk2 yg ak dh buley buat(buley Vs Pandai):
1. Lemak Cili api
2. Sambal ikan bilis
3. PAprik
4. Ayam masak kicaP berasap
5. KAri ayam
6. Asam pedas
7. Sambal Ayam (kne practise lg skit.. bru kaw2~)
8. Tom yam
9. Chocolate Cheese CupCake
10.Nasi lemak
11.Mee Goreng mamak
12. LAksa JOhor.. maybe (bru blaja teori..praktikal blum lg..)

hmm..sikit ja rupanya.. ceh..ingat dh buley wat buku resepi sendri.. hehe..
InshaALLAH nak Aim sampai 20 jenis juadah before balik malaysia... bERuSAHA!!

Western Food xda ka?? haah ek.. bru pasan.. Oww.. maafla saya xbuley trime makanan barat2 ni.. Mulut, oesophagus,Stomach, duodenum,ileum, jejunum dan colonku semuanya EAstern mari.. hehe..

Nampaknya setakat ni jela rancaGAn harini.. InshaALLAh klu de lg resepi2 bru dlm hidupku (yg mingkin dh kuno buat korang) kte On aIr lg ye.. InsyaALLAh..

OOOppsss.. jgn Lupa.. Lpas dh 'bertukang' kat dapur.. PAstikan dapUr anda BERSIh sebersih2nYA oCCAy!!!

Selamat MenCuba..

Wallahualam.

Wednesday, December 17, 2008

NAsi LEMAk..

SaLAM..

Alhamdulillah.. atas permintaan kak Izyan.. arini ak memberanikan diri utk MEmasaK naSI leMAk.. kikiki.. Uish.. x sampai ati nk tolak hajat orng yg dh bnyak berbakti.. lgpun x salah klu ak menCuba.. klu x kne camni.. smpai ble2 la ak x pandai wat NAsi Lemak.. kikiki...

Alhamdulillah, Kehadiran Min agak membantu dlm urusan pentadbiran dapur.. hiks3~

MAka selepas bebeRApa JAM.. kuUlangi beberapa jam.. NASI LEMAK SiaP..


Uh.. aGAk realIstik la process nk wat nasi lemak ni rupenyer.. xde la mustahiL.. huhu..

klU ak yg zero ni ley buat NAsi Lemak.. korng lg la kan...(hehe..musti MAma ngan Ayah terkejut.. kiki.. mama Ayah btul ina wat nasi lemak rini.. nasi sepenuhnye ina wat, Sambal tu bhan2 ina potong, sukatan asam kawan ina , min yg masukkan, tyah perasa.. hehe)

sO cam bese.. HArini SELAsa, Turn ak MAsaK, N MMg ak bermurah hati kongsi cara nk wat nsi lemak seseMpoi caraKu.. hihi.. xyah pening2 nk wat nasi lemak cam tokey nasi lemak.. nasi lemak amatur sude.. hehe..



MULA2
1. Basuh beras yg kite mkan tiap2 hari tu sampai yakin kebersihannya
2. pastu rendam beras tu sekejap dlm air, dikatakan ia akan membuat nsi lebih empuk dh mudah dihadam.. (maka Hipotesis ini benar dlm eksperiman ku.. =P)

Sambil2 tunggu xtvt merendam, silalah:

1.ReBus TELUR, pling mudah..
>Cuci TElur bersih2.
> PAnaskan air PAiP frEe dlm periuk
>MAsukkan la telur2an itu dlm periuk itu
>Biarla sampai air tu menggelegak.
> sejukkan telur, nnti dh siap semua benda2 nasi lemak, kopekla.

2. goreng ikan bilis dulu (ak x campur ikan bilis ni dlm sambal, supaya keranGGupannye terpelihara.. emm.. baru sodap!!)
>jgn buang minyak ikan bilis td, gunakan utk tumis bebawangan (kata kak izyan nnti sambal lg sedap.. hehe)

3. Goreng Ayam goreng(gnela OVEn.. cepat& effisien)

2. membuat SAMbaL (sambal ak ni hnyalah sambal semata2.. xde ikan bilis mahupun ayam)
>potong 1 biji/ulas bawang besar, 3-4 ulas/biji bwang putih (huhu.. x ingat penjodoh bilngan yg sesuai, pilih la mne yg disukai)
> Tumis bebawangan sampai rse2 dh naik bau (bau2 bwang la kirenye..)
>pastu masukkan cili kering yg dh dikisar
> goreng2, pastu tambah air (klu nk sambal cair, bnyakla air, klu nk pekat kaw2 ltak sikit2)
>kacau2 lg, tambah air asam skit (klu gne asam jawa adabi, ltak separu sudu, sudu kecik cukup, klu nk gne asam keping pun ok, letakla 1/2, atau nk gne asam tulen ppendaila bajet.. hihi.. x pasti..) tp still pndai2 la korng rse camne sambal yg korng nk dier rase...
**(rujuk no. 3)
> goreng2 bg serata, tambah la gula (klu bfre ltak gula rse2 cam pedas berasap, ltak la gula bnyak skit, klu rse ok je.. tambah la ikut sesuka hati..kurng skit la)
> pastu tmbah la garam..
> gaul2 sampai la sambal tu meletup2.. (orng tua2 kte, pecah minyak, tp ak x thu plak pecah minyak camne, so ak anggap je pop3~ tu kire dh nk masakla sambal tu)
> tp besenye mmg biarkn je sambal tu panas lme2 skit.. TP AWaS!!! jgn sampai HAngiT!!! hihi

**3. SAmbil2 tunggU sambal nk siap, kita habeskan urusan nasi td puler..
> Toskan balik air rendaman td
> bancuh serbuk santan, kuantiti dier td ak agak2 je, ak ltak x bnyak sgt sbb klu sikit buley tmbah lg n klu berlaku any defect rse dier x horor sgt kut.. hihi..
>potong 1 inci halia, pastu potong kecik2
>potong 1/2 bawang besar juge, pastu potong lg bg halus2..
>PAstu ketuk/titik 1 serai (pastikan korng potong serai tu bg muat nk masuk periuk nasi.. hihi)
>MAsukkan halia, bawang besar n serai (penaik bau.. sbb pandan x thu nk cri kt mne.. huhu)
> gaul2 dlm beras tu bg rata
> pastukan masukkan bancuhan santan, ke dlm beras, level air santan tu sme cam level air korng gne nk masak nasi bese(eg, klu masak 3 port, selalunyer air kt takat 2/3 jari telunjuk ak, so level air santan pun kt level tu juga)
>laStlY, masak la beras tu cambese...

4, potong timun.. pling mudah juga..

MAKa.. SIapla NAsi LEmak... ngeeee3~

MAMA aYAH, ALhamdulillah stu lg makanan eina dh buley buat.. =) tambah stu lg dlm list.. hihi..x sabar nk masak utk mama ngan AYAH juga.. hihi (semoga kerajinan ni maintain ble sampai umah.. hihi... =P)
===================================================================
MAka, mengikut komen seorng insan, nk testimoni dr pemakan2, bru thu sedap atau x.. hehe

OKies, diantara komen2 jujur & berani dr housemate2ku... hihi:-

ATyah(Chef professional muda):
sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!(dier gtau "nnti ltak 'a' tu bnyak2, hehe)

Wanie (bdak pling kurang makan nasi kt umah, dn pembina OtoT.. hihi):
Buley dimakan, Diterima GITnye, tp... x same cam masakan ibu2an la(hehe..LOl mustila.. kuang3~)

Lina(Kurang gemaR masakn berlemak):
NNti buAt Lagi!!!!( Alhamdulillah kebetulan mmg santan ak gne sikit, so nasi tu x berat bg badan dier.. =P)

Min(tetamu):
x sempat tnye, Tp dier sudi membawa nasi lemakku sebagai Bekalan on de way ke Belfast.. maka ak mntafsir bhwa nasi lemakku masih selera dimakan..hihi

KAk IzyaN (KEtua CHEF):
Syara THanks, AKak dh maKan sekali lg utk DinNer dh.. terimA kasIh yea..ngee3~ pastu ak tnye buley terima ke nasi saya tu?!! dier mnjawaB 'Buley sgt..'
Tp persoaLANnya..

Dimanakan ltaknye kesedapan NAsi Lemak itu?!! nasinya kah? sambalnya kah?? telur? ikan bilis??... hmmm pe ek??
=================================================================

Fuh lega.. ALhamdulillah... Tp sebenarnye tanpa testimoni2 ni pun.. ak sgt leGA sbb nasi Lemak ak SOLd out.. liCIN semuanye.. Sambal, ikan bilis,timun, TolUR, ngan nasi semua... mAhu xnye ak rse cemas.. Dgn YAkin ak ak memasak NAsi 4 pot, sampai penuh periuk nasi. takutla membazir.. huahuahua.. TErharu bnar... Alhamdulillah...

HiHI.. terima kasih la semua sbb sudi makan... InshaALLAh klu nk makan pepe.. gtau je la.. Inshaallah akan diusahakan.. (hehe..YAkin je ak ni.. kuang3~ klu dh pro buley la.. kiki..)

Cambese dlm kegembiraan pasti ada duka, huahua.. Satu Lg MUG telah berjaya ak pecahkan... wawawawa... MAka jumlah mug Yg ak dh musnahkan adalah sebnyak 3 biji dlm tempoh 3 buln ak disini... isk3~ samPAi kak izyan pesan "Syara nnti gne cawan plastik ye.. ".. sedeynyer...
Tp kate2 tyah sgt mnyentuh pasaan.."xpe mug pecah buley bli bru, klu syara yg pecah, xde ganti dah.." selamba nadanyer, tp tersirat.. hmm.. =)

Pepepun rse bahaGia dpt masakkan utk orng.. musti lg seronok klu dpt masak utk maMA, ayah ngan adik2.. hihi.. InshaALLAH2 tunggulah kepulangan Anakanda ini yer.. hiks3~

Alhamdulillah.. Terima KAsih ALLAH atas kudrat yg kau berikan.. SuBBAhanaALLAh.. =)

Oh.. nexT week xde laUk bRU, Ak ke PUISI InshaALLAh, maka rancangan sterusnye next2 week la yer.. InshaALLAH..

WAllahualam.