[hehe, Germany menang 4-1!! England kalah, kes kes kes..]
baru semangat nk menulih..
Sudah lama tak berasap oven umahku syurgaku ini..
Semangat nak berbaking dah lama ada sejak balik malaysia ritu,
lagi-lagi bila ayah dapat hadiah mixer
[fuh2, best btul wat kek gune mixer, xdela sampai berotot wat kek dah lepas ni]
disebabkan masa Hari Bapa dan Hari Lahir mama tempohari tak dapat nak buat kek sebab ketiadaan telur dan barang-barang asas yang lain, maka terkubur keinginan itu..
Nak jadi cerita, tiba-tiba adib berkata:
".. kak eina, bila nak buat kek choc? saya nak blik uni dah nxt week, teringin.."
Alahai sedih pler dgr..
berbekalkan resepi dari tenet yang dicari dan diubahsuai sedikit tadi, maka terhasillah cupcake dan cake seperti dibawah..
weheee.. Alhamdulillah..
Selamat menjamu mata..
tanpa cara membuat kek, maka tak lengkap la pula post utk slot " Chef syararuto in de house" hehe..
Selamat mencuba buat yang mahu mencuba ok.
Selamat mencuba buat yang mahu mencuba ok.
Chocolate moist cake
Bahan-Bahan:
280 gm butter
200 gm gula halus
5 biji telur (gred A)
280 gm tepung gandum
40 gm serbuk milo (atau koko)
¼ sudu teh sodium bikarbonat
1 ¾ sudu teh serbuk penaik
100 gm coklat masak (dicairkan)
¾ cawan susu coklat (atau air sejuk bese pun boleh)
1 sudu teh esen vanila
[tulisan berkaler ini adalah resepi sendiri, klu x berani nak ikut, ikut yang dlm bracket tu je ye, itu resepi ori]
Topping :
100 gm coklat masak (dicairkan)
sedikit coklat rice
Cara:
1) pukul butter dan gula sehingga kembang
2) masukkan telur satu persatu
3) kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk milo, esen vanila, sodium bikarbonat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
4) campurkan coklat masak yang telah dicairkan ke dalam adunan.
5) akhir sekali, masukkan susu coklat dan pukul sehingga sebati.
6) panaskan oven pada suhu 175 darjah dan masak selama 45 minit (atau sehingga masak).
[rajin2 cucuk kek tu dengan garpu, supaya x terlebih masak]
* klu kek dah selesai masak, garpu yang dicucuk akan keluar dari kek tu dengan sebersih-bersihnya,iA*
Buat masa sekarang, saya mengisytiharkan bahawa kek saya diatas telah selamat dilicinkan oleh adib, si pengidam kek choc.. dan tiada lebihan dijangka berlaku.
Komen-komen si pemakan kek:
Acap, dia ni klu x sedap, dia zasss ja, tp alhamdulillah dia kata ".. sedap kak eina.."
[fuh! lega]
Adib: ''.. eina adib habeskan semua ni yek, hehe.."
[dahsat adik ak sorng ni, stress ENG kalah kut, huhu]
Mama & Ayah, juri yang bijak mnjaga hati tapi kadang2 zasss juga exp. mama
komen mereka".. ni boleh la buat utk door gift kenduri kak eila ni nnti, 1000 cupcakes, boleh eina?
[erk?!! apakah ayah mama ni.. @_@]
Abg ipar: ".. sedap nieh, ingat beli td.."
[da.. sori kurang tangkap leleh sikit bila abg ipar komen, nak ambik hati le tu, huahua]
Kak eila : [ntah xde komen, selamba je makan.. xpa2..]
si kecik : dia ngaga je utk semua benda termasuk batu dan besi
[so, x reliable ini testi]
okies..
setakat ini rancangan "Chef syararuto in de house"
sehingga berjumpa lagi..
Allahualam.
No comments:
Post a Comment