Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Monday, June 21, 2010

Ini yang aku cari!

Alhamdulillah..

Orang selalu bertanya, apa masalah aku dengan lelaki..
dan aku x mampu menjawab dengan baik..
Aku tahu aku tidak pernah sebaik wanita-wanita muslimah yang lain.
Oleh kerana ini, bantu aku untuk jadi seorang yang baik..
harini aku dah jumpa penjelasan yang terbaik bagi menjawab soalan mereka..

Aku memang kurang selesa berkerja dan bergaul dengan lelaki..
bukan sebab aku asalnya bersekolah dari sekolah yg satu jenis...
walhal dari darjah 2 hingga kini aku bersekolah campur..
bukan juga anak perempuan tunggal..
Walhal bawahku 3 HERO..
Ayahku antara yang paling rapat dengan aku..
jadi apa masalahnya???

Kadang-kadang aku tengok,
sesetengah mereka yang bersekolah sejenis ni lebih 'galak' dari kami yang bersekolah campur dulu..
xpa itu masalah lain dan cara selesaikan mungkin berbeza..
Atau mungkin IMAN mereka lebih tebal dari aku. mereka HEBAT!
aku tidak. Maka bantu aku untuk jadi HEBAT!

Bukan juga sebab lelaki ada buat salah dengan aku atau apa-apa
Anti Lelaki?? [tergelak bila ramai yang mngatakan begini]
Tak, dorang x bersalah, dorang baik-baik aja..

Jujur cakap, semakin aku berorganisasi dan ber****
pergaulan aku semakin teruk (dlm erti kata, makin ramai capaian aku pada lelaki)
Sekolah rendah exception, kerana X faham
mula dari MRSM hingga KYUEM, iA aku kira aku terjaga
wallahualam kalau orang lain punya pendapat berbeza..

dan kadang-kadang aku x kuat dan terlanggar prinsip aku sendiri!!
Sehingga kekadang aku cuba mengolah perbuatan ini agar kelihatan tulus,
walhal aku tahu ianya tak kena dan x benar!
Astaghfirullah Al-Azim..

hal ini lagi buat aku marah pada diri sendri
kadang-kadang sampai replyku pada msg2 dorng terlihat kasar dan x bersungguh..
sori..

malah..
sudah ada yang memperkatakan aku tidak mampu bersinergi dalam gerak kerja.
BETUL!! sebab pada awalnya energi ku tidak disitu!

mahu lihat aku bersinergi, padankan tugasku dengan rakan sejantina, iA.

Allahuakabar!!!

bukan nak tulis benda-benda ni sebnrnya, cuma nak kongsi satu video menarik..

Jadi ingin memohon maaf zahir batin siap-siap pada semua rakan sekerja yang dulu,kini dan harapnya tiada lagi yg akan datang..

Jawapan kepada persoalan kalian..



ada 6 bahagian ceramah ni.. Moga kita dapat manfaatnya..

Dan jom sama-sama revise NIAT kita..

Aku hamba yang sedang berusaha untuk tidak kisah cakap orang..

Sungguh aku tidak hidup atas pujian manusia dan tidak mati atas cacian...

p/s: nasihatku pada diri dan sahabat sekerja, kalau ada papa stret 2 de point saja ye. moga urusan kita CEPAT.TEPAT dan BERSIH.
Anda hormat saya, iA saya senang dan tenang berkerja dengan anda semua.

JOM sama-sama jaga HATI!

Sedia membuka ruang kepada penjelasan/diskusi , kiranya pendirian dan kefahaman aku tersasar.. Mohon tunjuk ajar.

Allahualam

No comments: