Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Showing posts with label kembara. Show all posts
Showing posts with label kembara. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

..tertinggal di bumi itu..

Assalamualaikum wbrt.

Hadiah dari Mesir buat ayah dan mama serta ahli keluarga dekat dan jauh~

Gambar-gambar sepintas lalu saja yg mampu diberi. Kegembiraan dan kepuasan yang diperoleh, MasyaALLAH susah nak diungkap, x mampu utk dicerita semuanya. Tidak tahu dari mana mahu mula.

Sejujurnya, tiada satu saat pun, eina mengeluh tika berada disana. 'dublin' terus luput dari ingatan. Selalu doa agar masa bergerak perlahan. Hatiku terus kepadaNYA. Tenang, nyaman, syukur, BAHAGIA etc. [SubbahanaALLAH, ni baru MESIR, x sabar rasanya mahu ke Mekah dan Madinah.. Allahuakbar!!]

Mama ayah, nila gambar-gambar yang eina sempat ambil, terlalu kagum dgn kehebatan MESIR hingga lupa ada kamera ditangan. Gambar-gambar ni pun x mampu lagi menggambarkan kisah sebenar MESIR. mata buatan manusia akan sentiasa kalah dengan pandangan mata dr ciptaanNya. SubbahanaALLAH..

ni antara pemandangan dari bas, dlm perjalanan pulang dari Fayoum. Bayangkah tengah0tengah padang pasir tiba-tiba ada kawasan sehijau ini. MasyaALLAH..


ni antara pemandangan padang pasir juga dr tingkap bas dlm perjalanan pulang dari Alexender.

dihadapan kubu Qaitbay, nampak bendera tu? tu bendera MESIR. Kubu ni betul-betul sebelah laut yang ombaknya besar dan tinggi. Pemandangan yang sangat cantik disekitarnya.


ni pula kawasan Kincir Air Nabi Yusuf, tapi malang sekali x dpt tgok sbb under construction. Tp nak bgtau bahwa, kincir Air asalnya dari idea Nabi Allah ini, bukan pak2 saleh ya!

Di tengah-tengah terik matahari dan padang pasir, dalam perjalanan ke wadi.. [lupa]


Benda yang dipgg itu, dikatakan tempat Mariam meletakkan Nabi Isa a.s. Lokasi: Hajaratul Mariam, iaitu tempat persinggahan Mariam setelah dia membawa diri ke Mesir bagi mngelak cemuhan kaumnya di Palestine.

Pasar di Giza [tengah-tengah padang pasir juga] , x beli apa-apa pun, semuanya gambar-gambar makhluk derhaka, x best dan mahal [amat mahal!!] tangkap gamba pun jadilah.


3 piramid juga di GIZA, dan disinilah juga KCB 1 membuat rakaman, dimana teksi yang dinaiki mas Azam melalui jalan raya di belakang tu.


Di adalah sakara. piramid pertama dibina oleh IMHOTEP. Engineer pertama yang mnggunakan batu dalam pembinaan bagunan. Batu yang diguna lebih kecil berbanding batu-batu utk piramid di GIZA.


Berada di dalam piramid, cerun yang amat, hehe klu diikutkan no kamera. Tapi sesungguhnya saya ini degil, lagi dijangan lagi mahu. huhu. Dikatakan tempat ni piramid utk gundik-gundik firaun.


Masih di SAKARA, berlatar belakangkan piramid-piramid awal yang dibina oleh IMHOTEP.


Bersama tukang kebun Taman Khatulistiwa di Aswan. Baik ammu ni, dia sruh kami bau daun lemon, daun tahi ayam dan kayu [lupa], masyaALLAH wangi!! Dekat Aswan ni, kebanyakkan org2nya berkulit gelap, logiknya sbb Aswan ni dah dekat dgn SUDAN. Suhu dekat Aswan panas, cam kat Malaysia. Uniknya taman Khatulistiwa ni, ia terlatak di atas satu-satunya pulau yang dilintasi oleh garisan khatulistiwa. Tapi pulau sekelilingnya masih gurun-gurun pasir. Pulau ni amat hijau. Unik sekeliling gurun, tengah hutan mnghijau. SubbahanaALLAH. tiada apa yang mustahil untuk Allah.


Lokasi: SINAI.
ni pula dipercayai lekukan hasil pukulan tongkat Nabi Musa, dimana setelah dipukul batu ni, 12 mata air keluar dari sini. X dpt tgkp gambar sekali dgn batu, sbb suasana gelap amat hanya berteman cahaya bulan 13 safar.

Jika diteliti betul-betul di sudut kiri atas gambar, ada semacam bentuk binatang. Ia dikatakan lembu emas SAMIRI yang disembah oleh kaum Nabi Musa setelah Nabi Musa pergi berkhalwat di Gunung Sinai.


Ini adalah Masjid Al-Azhar, bersebelahan dengan fakulti pengajiaan agama Universiti Al-Azhar. Ada hajat ku disini... Alhamdulillah!!! sampai juga!! unik, kami dtg pelajar2 Al-Azhar sdg berimtihan, nampak la dorg study disekitar masjid ni. Ya ALLAH, hebat2 akhi2 ni semua. terInferior sebentar. Kata ustad, klu musim x exam, selalunya syeikh2 akan duduk di tiap2 tiang, dan pelajar2 Al-Azhar ni akan duduk bersama mereka dan belajar kitab2, TALKIN rasa namanya. Ustad gtau, kebanyakkan ilmu yg dpt dr sini lebih banyak dari dlm kuliah. Hebat Al-Azhar bukan kerana Kuliahnya, tapi kerana Talkin2 ini. Allahualam.

Di atas batu besar, ye kami panjat batu ini.. kawasan ni area orang-orang arab Badwi tinggal. dorg tggl dlm batu.

Kubu Salehuddin Al-Ayubi.MasyaALLAH siapa x kenal beliau mmg... Hero of Hero.. MasyaALLAH!! kubu Salahuddin ada di 3 tempat: Alex, Syria dan Cairo. ni yang di Alex.

Nak ke kubu td kena naik bot, ni gamba kubu dari jauh. Saya berlatarbelakangkan Teluk Aqaba. Dari kubu ni, boleh tgok Israel, Jordan dan Arab Saudi.

Bersama Van serta Ammu (pak cik ) yang banyak berjasa. Dan inilah ke-1oan team perjalanan kembara sufi. Best!! VAnku Umahku Syurgaku. Lokasi Valley of the KING [wajib pergi tempat ni!! huhu]

Asir.. Jus. MasyaALLAH. kat mesir ni asyik minum jus saja. PURE asli Syiok~ Sedap!! Asir Manju Sedap!!

Ni pemandangan atas bas juga, di Kairo. Keldai digunakan sebanyak2nya oleh penduduk di sini.
Berlatarbelakangkan SPHINX. klu diteliti hidung SPHINX ni dh ilang. Org gtau hidungnya gugur time British serang Mesir. Kemudian hidungnya dibawa lari ke England. [apa motif ia dibwa ke England?? tgoklah wakeup project.com]
Unta.. Giza. rasa kesian pler tgok Unta ni ke melutut bgun bnyak2 kali. Special amat tgok cara unta ni duduk. Comel!! muka unta pun comel. lembut je rasa, bulu mata, fuh panjang tp x lentik pun, tipu je org2 yg gtau tu~ haish~ 2 geneh (egypt pound, 1 eur0= 7.59 geneh) duduk dan bergambar, 5 L.E utk naik dan berjalan dgn unta. Nila hasil bidding oleh ustad2. Bravo2!!

GIZA. piramid, x tahu apa yg patut dikagumi. kederhakaan mereka menghancurkan rasa kagum itu. Rasa ngeri adalah..

SUNGAI NIL, sungai dimana Nabi Allah Musa dihanyutkan. Uniknya tiada siapa tahu mana punca Sungai Nil ni. Ia mngalir ke2-2 arah laut di utara dan selatan. Oh, teringat kisah 'Surat utk sungai NIL' =)

Dihadapan rumah Ahlulbait dibelah keturunan Saidina Hussain. Ammu yang berdiri tegak itu adalah bapa kepada Arwah Syeikh Asyraf. Arwah menghafaz Al-quran pada usia amat muda, pada umur 4 tahun, semua syeikh2 Al-Azhar mngakui hafalan2 beliau setelah semua ujian berjaya dilepasi oleh arwah dgn lancarnya. Setelah selesai ujian itu, nyawanya diambil Allah. Ibrahnya, Allah nak beri peringatan kepada kita bahawa Kalam Allah, Quran itu akan dipelihara sampai bila2. cuba fikir2kan, pernah adakah kes, kanak-kanak berumur 4 tahun menghafaz bible? xde kan?? tp Alquran hal ini banyak. kenapa?? tepuk dada tanya IMAN.

Di hadapan Masjid Imam Syafie'. Alhamdulillah berkesempatan menziarahi makam beliau dan bersolat di masjidnya. ALHAMDULILLAH. Perasan x ada ukiran kapal kat puncak kubah tu? Simbol menunjukkan Imam Syafie' kerap beruzlah utk mencari ilmu. Antara guru beliau adalah Imam Malik dan Imam Waqi'. [Ada kisah antara Imam Syafie' dan Imam Malik]

Di hadapan Makam Hassan Al-Banna. Ini tindakan yang agak berani dari kami. Ustad kata selalunya kawasan ni di jaga rapi oleh pihak tentera yang mustahil utk diketahui identitinya. Sebab boleh jadi dorg berpakaian biasa. Imam Hassan Al-Banna ni dahulunya pemimpim Ikhwanul Muslimin, kira macam PAS di Malaysia. Tapi kerajaan disini amat keras terhadap IM, sesiapa diketahui ada kaiatan dgn IM akan dikurung bawah tanah. MasyaALLAH!! Semoga saudara2 IM kita diberi kekuatan!!! Alhamdulillah, kami selamat pulang tanpa tahanan.


Ni pula kubu Israel dahulu. Perang 1973 Israel vs Mesir. Mesir menang. Peperangan ni jadi masa Anuar Sadat jadi Presiden. Rahsia serangan menggunakan air. Tunggak utama kemenangan adalah bila kata-kata ULAMA' diguna pakai. [ada kiashnya] Menidakkan ULAMA' ibarat menidakkan Kesejahteraan Negara.. fikir2kan [bila Malaysia nk jadi seperti ni??]


" Demi Gunung Sinai" (At-Thur,52:1)
- inilah tempat berkhalwat Nabi Musa a.s. Pendakian bermula pada jam seawal 2 pagi. Gelap, tapi Alhamdulillah bulan penuh, ada cahaya menerangi jalan kami. Jam 5 pagi tiba di puncak gunung. kesempatan bersolat subuh menjadi Kenangan yang pling INDAH sekali dlm hidup!!!! Allahuaakbar!! Usai bersolat subuh, kami menyaksikan matahari terbit. CANTIK AMAT!!!!! SubbahanaALLAH. Kami berkesempatan juga berjumpa dgn orang2 kaya Malaysia yang kebetulan mndaki bersama. Selesai bergambar, kami menyanyikan lagu Negaraku dan bertakbir beramai2. MasyaALLAH! bergema Gunung Sinai.
Kami juga berpeluang melalui terowong yg diatasnya dibina terusan Suez.
Tahukah anda perihal terusan suez ini telah dulu diceritakan dalam Al-Quran!!! SubbahanaAllah!!
Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; (Ar-Rahman, 55:19)
-mngikut tafsiran, kejadian ini ada pada Terusan Suez dan Terusan Panama-
Berlatarbelakangkan makam Nabi Saleh. Kaum Tsamud telah mendustakan Baginda, dengan menyembelih unta yg diamanahkan Nabi utk menjaganya.
Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka). (Al-Qamar,54:27)
kisah selanjutnya, 54:23-30 [sini]
ni rumah orang-orang Badwi dalam batu. kool betul dorng ni!! bijak! maka bukan saja cacing boleh hidup dicelah-celah batu, manusia pun BOLEH!!
Di Luxor: Luxor ni banyak kuil2 bapa2 Firaun. Binaan patungnya amat besar berbanding binaan patung firaun di tempat lain. Nama temple ni ANKARA.

LUXOR. Selatan egypt. 8 jam dar Kaherah.


Betapa kecilnya kami.. biar kecik jasad jgn kecil Akidah.. dari besar kehebatan tapi kerdil AKAL.
Berlatarbelakangkan Istana Qarun. kenal sapa Qarun?? harta karun?? ha nila dia, hamba Allah yang minta agar Nabi Musa mendoakan dia jadi kaya, dan akhirnya bila dah kaya, mensyirikkan Allah. Harta itu mampu mengubah manusia. HATI berubah kerana HARTA. Terasa Allah nak sampaikan sesuatu pada aku, mendapat berita ttg kemenangan dalam pilihanraya PPIMI tanzim 10/11 masa berada di lokasi ini, mengingatkan ak agar mnjaga HATI agar 'HARTA' itu tidak mnjauhkan aku. Astaghfirullah Al-Azim.

InshaALLAH kalau ada masa eina akan update lagi info melalui ayat-ayat Alquran ttg kisah Samiri, Nabi Musa, Qarun, Nabi Saleh, Nabi Harun etc.

Semoga mama ayah happy dgn gambar yg x seberapa ini. Ada beratus-ratus lagi gambar hasil tangkapan sahabat sejaulah, tp rasanya lebih baik dikongsi secara eksklusif dgn mama ayah sahaja. ;)

ok mama ayah, esok ina dah stat sekola. Dunia Baru. Dunia Hospital. Dunia bermula seawal 5 pagi hingga 5 ptg bermula. Doakan eina!!

Sayang Mama Ayah.Mama dah bincang dgn Ayah ttg hajat ina?? hehe Keputusan Mama Ayah, keputusan eina. [hehe, green?red?yellow?]

p/s: punya hajat biar salah seorg adik lelakiku ke Universiti Al-Azhar. Biar sorang.. AMIN!!

Syukran ustad: Ustad Mahbub, Ust Zulfadhli, Ust Hafizul, Ust Taqiyuddin, Ust Ariffin, Ust Syeikh, Ust Fadhil, Ust Mursyid, Ust mas Azam, dan lain2. MasyaALLAH layanan yang cukup cemerlang dari mereka. [Kembara Sufi]

Syukran orang Mesir. "Enti Al-Azhar??" MasyaALLAH berbunga sungguh bila ammu2(pak cik) di sini bertanya sebegitu rupa. Doa buatku barangkali. InshaALLAH. mana tahu rezeki ku sendri ke Al-Azhar selepas usai Master. Allah maha Mengetahui. Malaysia ada nilai dimata mereka. Alhamdulillah.

Allahuaalam.

~Cintaku tertinggal di bumi MESIR~ mungkinkah ada ziarah kedua?? [moga Ada!! AMin!]


Thursday, January 21, 2010

Lambaian MESIR ku sahut~

Assalamualaikum wbt,

AYAH MAMA, sekadar memberitahu lagi 5 jam dari waktu ina tulis post ni, ina dah nak berangkat ke MESIR, BUMI ANBIYA'
[21/01-02/02/2010]

AYAH MAMA doakan keselamatan pergi, ketika di sana dan balik kami ya~

Dublin-Rome-Cairo (21/01-22/01/2010)
Cairo-Rome-Dublin (02/02/2010)

Antara tempat yang bakal dilawati, InshaALLAH



KAHERAH, ALEXANDERIA, GIZA, FAYYOUM, TABA, DAHAB, SEMENANJUNG SINAI, MATRUH dan SIWA

HARI KE-01 – KAHERAH

• Kami menjemput anda di Airport.
• Check In Hotel/Villa.
• Makam Imam Syafie –Pengasas Mazhab Imam Syafie.
• Masjid Ali Fasha, Muzium Tentera.
• Muzium Polis, Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi.
• Masjid Sultan Hassan , Masjid Rifa’i pengajian 4 Mazhab.
• Masjid Al-Azhar dan Makam Saidina Hussain.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-02 - ALEXANDER

• Masjid dan Qal’ah Qaitbey , Marsyah Rumani.
• Makam Abu Abbas Al-Mursi , Pustakaan Terbesar di Africa.
• Makam Abu Darda Sahabat Rasullullah , Makam 14 Penulis Hadis.
• Masjid dan Makam Abu Abbas Al-Mursi.
• Makam Nabi Daniel dan Lokman Al-Hakim.
• Mumtazah , istana Sultan Farouk , Qal’ah Asad/kampong Singa.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-03 - GIZA

• Piramit dan Spinx.
• Hadiqah Al-Hayawan/Zoo Giza.
• Kilang Asfur/Cristal Terbesar di Afrika.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-04 –HARI KE -06- TABA, DAHAB, SEMENANJUNG SINAI

• Check Out Hotel/Villa.
• Terowong di bawah air Ahmad Hamdi.
• Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi Taba , Menaikki Boat ke Qal’ah.
• Check In Hotel/Villa di Taba.
• Pemandangan Gurun Pasir. Persempadanan Mesir –Israel.
• Pantai Dahab Meditreniean , Suk Dahab.
• Membeli Belah di Pasar Taba.
• Snockling / Berenang / berbasikal / bagi yang berminat tanggungan sendiri.
• Check Out Hotel/Villa.
• Bertolak ke Semenanjung Sinai. Check In Camp Fox.
• Mendaki Gunung Tursina, Tempat Khalwat Nabi Musa.
• Melihat matahari terbit di Punjak Gunung Tursina, Banjaran Teh kisah didalam Al-Quran.
• Uyun Musa kisah di dalam Al-Quran , Penyembahan Lembu Samiri kisah didalam Al-Quran.
• Makam Nabi Harun, Makam Nabi Saleh.,Wadi Arbain , Air Mata 12 kisah didalam Al-Quran.
• Pekampungan Nabi Yaakub, Saint Catherine Terbesar di Africa.
• Pokok 1000 tahun, Kubu Pertahan Israel, Pekampungan Badwi padang Pasir.
• Check Out Camp Fox dan Kembali ke Kaherah. Check In Hotel/Villa.

HARI KE -07- FAYYOUM

• Padang Gurun Pasir, Late Qarun,
• Istana Qarun, Wadi Arrayan Syalalat, Kincir/Syawair air nabi Yusuf,
• Ain Shilin, Kebun Mangga Mesir, Pasir Putih, Masjid Qaitbey.
• Kembali ke Hotel/Villa di Kaherah.

HARI KE-08 –HARI KE 10 -MATRUH DAN SIWA

• Check Out Hotel/Villa- Check In Hotel di Matruh.
• Makam Tentera France.
• Pasar Libya, Masha Matruh,
• Muzium Tentera, Pantai Aqiba, Hamam Cleopetra.
• Laut aram, Melihat Ladang tin dan Zaiton,
• Jabal Mauta Makam Firaun kono, Pekampungan sekitar Jabal Mauta,
• Kolam Cleopetra di kebun Tamar.
• Check Out Hotel/Villa. Kembali ke Kaherah. Check In Hotel/Villa.

HARI KE -11- JEJAK RASUL

• Makam Sahabat-sahabat dan Ulamak-ulamak di sekitar Kaherah.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-12 – TAHRIL/MEMBELI BELAH

• Muzium Negara Mesir dan Taman Al-Azhar.
• Membeli belah di Atabba dan di Pasar Hussain.
• Check Out Hotel/Villa terus ke Airport.

12 Hari 11 malam, InshaALLAH.

Mama jangan risau ya, kami pergi ni dalam 11 orang, iA hari kedua ada dalam 20 orang semuanya.
InsyaALLAH nanti ada ustad yang bakal bawa kami ke setiap tempat.
Makan minum, tempat tidur, keselamatan, InshaALLAH ada yang jaga.
Sahabat2 ina kat MESIR pun dah sibuk nak meneman juga, Alhamdulillah.

Doakan ina ye mama ayah. InshaALLAH sampai sana nanti, ina bagi no hp Mesir ya.
InshaALLAH ina akan telefon juga~

p/s: mohon doa dari sahabat-sahabat juga ya, agar selamat pergi dan balik kami. ;)




JAULAH ku kerana DIA, LILLAHITAALA.. InshaALLAH..

Lambaian MESIR semakin kencang.
Ya ALLAH, DAMAIkan hati-hati ini di bumiMu yg berkah itu..
Agar yg GUSAR, mendapat TENANG
Agar yg TENANG, mendapat AMAN
dan agar penCARIan berakhir dgn peTEMUan :)
Wahai Bumi Anbiya', nantikan jejak sulung kami disana.. ^_^


Allahualam.

Wednesday, July 1, 2009

MusaFIr part 1

Salam..

Ole2 utk blogku..

Musafir ke UK wat kali 'pertama'..

LIVERPOOOOOOLLLLLL.. yeaha!!!

utk amatan dan perkongsiaan...



LiverPOOl.. na.. no One Fan.. hahaha..

On de WAY..

flower... dunknoe

erk.. dunknoe either

library.. classsssssiiiiiicccc.. wala!

sunset... ALLAHUAKBAR!!

253 Babies are born every minute worldwide.. MAsyaALLAH!!

us... Alhamdulillah..


BuLLLyyying.. yeah.. sori fiqah!! btw jzkkkkkkk...

unknown 1

unknown 2

unknown 3

unknown 4

unknown 5
[semua bunga2 indah ini dr laman Liverpool university]

Church.. pelik nye strukturnye.. well.. moDern.. as said..

hahahahaha.. FiqaH.. thanx 4 de eFFFFFORT..'WE' APPRECIATE IT SO MUCHHH hahaha..

cheshire OAk, after 6 hours.. Chocolate de only stuff i bought huhu.. Confirm!!!
i'm not a Shopaholic [Alhamdulillah!!]

oh.. nice pic!! tribute for myself.. so Sweet

The SUn.. The Sky.. The Smile.. yeah.. SubbahanaALLAH..

Fiqah can't answer me.. wat is it???

We..

who is who..

merenung future.. [adakah 'titanic de 2nd akn berlabuh lagi??]

satu ketika.. TITANIC was here..

sth happened here.. shhhh

kt sini pun... [kmi mmg 'hantu' sculpture]

Wat er...
[pronounce it right]

ALbert DOCk

KIM!! ASDA!!!


LiverPOOOll THE reTURN.. iNSYAallah....

[de bnyak lg gmbaq sbnrnye.. tp wajah kmi terlalu besar didlmnye.. biarlah ianya mnjdi tatapan kami2 dan famili tercinta ]

p/s: jZKK fiqah bnyak2.. oh, thanx to pali liverpool juga..[walau utk sekeping gmbar]

Wallahualam

Wednesday, February 4, 2009

i'm BAck

SaLam..

Alhamdulillah.. MAMA AYAh.. eina dh sampai ireland.. ngee3~ flight delay td.. sampai umah kul 2 am... SeJuk.. gggrrrggggrr..

Cite pengembaraan spain nnti eina post yer.. iA..

Wallahualam.