Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Thursday, January 21, 2010

Lambaian MESIR ku sahut~

Assalamualaikum wbt,

AYAH MAMA, sekadar memberitahu lagi 5 jam dari waktu ina tulis post ni, ina dah nak berangkat ke MESIR, BUMI ANBIYA'
[21/01-02/02/2010]

AYAH MAMA doakan keselamatan pergi, ketika di sana dan balik kami ya~

Dublin-Rome-Cairo (21/01-22/01/2010)
Cairo-Rome-Dublin (02/02/2010)

Antara tempat yang bakal dilawati, InshaALLAH



KAHERAH, ALEXANDERIA, GIZA, FAYYOUM, TABA, DAHAB, SEMENANJUNG SINAI, MATRUH dan SIWA

HARI KE-01 – KAHERAH

• Kami menjemput anda di Airport.
• Check In Hotel/Villa.
• Makam Imam Syafie –Pengasas Mazhab Imam Syafie.
• Masjid Ali Fasha, Muzium Tentera.
• Muzium Polis, Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi.
• Masjid Sultan Hassan , Masjid Rifa’i pengajian 4 Mazhab.
• Masjid Al-Azhar dan Makam Saidina Hussain.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-02 - ALEXANDER

• Masjid dan Qal’ah Qaitbey , Marsyah Rumani.
• Makam Abu Abbas Al-Mursi , Pustakaan Terbesar di Africa.
• Makam Abu Darda Sahabat Rasullullah , Makam 14 Penulis Hadis.
• Masjid dan Makam Abu Abbas Al-Mursi.
• Makam Nabi Daniel dan Lokman Al-Hakim.
• Mumtazah , istana Sultan Farouk , Qal’ah Asad/kampong Singa.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-03 - GIZA

• Piramit dan Spinx.
• Hadiqah Al-Hayawan/Zoo Giza.
• Kilang Asfur/Cristal Terbesar di Afrika.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-04 –HARI KE -06- TABA, DAHAB, SEMENANJUNG SINAI

• Check Out Hotel/Villa.
• Terowong di bawah air Ahmad Hamdi.
• Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi Taba , Menaikki Boat ke Qal’ah.
• Check In Hotel/Villa di Taba.
• Pemandangan Gurun Pasir. Persempadanan Mesir –Israel.
• Pantai Dahab Meditreniean , Suk Dahab.
• Membeli Belah di Pasar Taba.
• Snockling / Berenang / berbasikal / bagi yang berminat tanggungan sendiri.
• Check Out Hotel/Villa.
• Bertolak ke Semenanjung Sinai. Check In Camp Fox.
• Mendaki Gunung Tursina, Tempat Khalwat Nabi Musa.
• Melihat matahari terbit di Punjak Gunung Tursina, Banjaran Teh kisah didalam Al-Quran.
• Uyun Musa kisah di dalam Al-Quran , Penyembahan Lembu Samiri kisah didalam Al-Quran.
• Makam Nabi Harun, Makam Nabi Saleh.,Wadi Arbain , Air Mata 12 kisah didalam Al-Quran.
• Pekampungan Nabi Yaakub, Saint Catherine Terbesar di Africa.
• Pokok 1000 tahun, Kubu Pertahan Israel, Pekampungan Badwi padang Pasir.
• Check Out Camp Fox dan Kembali ke Kaherah. Check In Hotel/Villa.

HARI KE -07- FAYYOUM

• Padang Gurun Pasir, Late Qarun,
• Istana Qarun, Wadi Arrayan Syalalat, Kincir/Syawair air nabi Yusuf,
• Ain Shilin, Kebun Mangga Mesir, Pasir Putih, Masjid Qaitbey.
• Kembali ke Hotel/Villa di Kaherah.

HARI KE-08 –HARI KE 10 -MATRUH DAN SIWA

• Check Out Hotel/Villa- Check In Hotel di Matruh.
• Makam Tentera France.
• Pasar Libya, Masha Matruh,
• Muzium Tentera, Pantai Aqiba, Hamam Cleopetra.
• Laut aram, Melihat Ladang tin dan Zaiton,
• Jabal Mauta Makam Firaun kono, Pekampungan sekitar Jabal Mauta,
• Kolam Cleopetra di kebun Tamar.
• Check Out Hotel/Villa. Kembali ke Kaherah. Check In Hotel/Villa.

HARI KE -11- JEJAK RASUL

• Makam Sahabat-sahabat dan Ulamak-ulamak di sekitar Kaherah.
• Kembali ke Hotel/Villa.

HARI KE-12 – TAHRIL/MEMBELI BELAH

• Muzium Negara Mesir dan Taman Al-Azhar.
• Membeli belah di Atabba dan di Pasar Hussain.
• Check Out Hotel/Villa terus ke Airport.

12 Hari 11 malam, InshaALLAH.

Mama jangan risau ya, kami pergi ni dalam 11 orang, iA hari kedua ada dalam 20 orang semuanya.
InsyaALLAH nanti ada ustad yang bakal bawa kami ke setiap tempat.
Makan minum, tempat tidur, keselamatan, InshaALLAH ada yang jaga.
Sahabat2 ina kat MESIR pun dah sibuk nak meneman juga, Alhamdulillah.

Doakan ina ye mama ayah. InshaALLAH sampai sana nanti, ina bagi no hp Mesir ya.
InshaALLAH ina akan telefon juga~

p/s: mohon doa dari sahabat-sahabat juga ya, agar selamat pergi dan balik kami. ;)




JAULAH ku kerana DIA, LILLAHITAALA.. InshaALLAH..

Lambaian MESIR semakin kencang.
Ya ALLAH, DAMAIkan hati-hati ini di bumiMu yg berkah itu..
Agar yg GUSAR, mendapat TENANG
Agar yg TENANG, mendapat AMAN
dan agar penCARIan berakhir dgn peTEMUan :)
Wahai Bumi Anbiya', nantikan jejak sulung kami disana.. ^_^


Allahualam.

No comments: