Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Showing posts with label Sirah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Sirah Rasulullah. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Melangkaui Jangkaa: Omar series @Youtube sungguh cemerlang! :)

Alhamdulillah, baru usai menonoton kesemua episode Omar Series.

'Pengembaraan' ke dalam zaman Baginda dan Para sahabat sangat menakjubkan :)

Tidak sangka, percubaan menonton episode pertama series ini membawa kau ke episode seterusnya dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, tatkala aku pernah dulu mendengar kisah sirahnya.

Allahuakbat Allahuakbar Allahuakbar!!

Mahu tahu rasa 'perasaan' itu, tontonlah dengan speed masa dan kemampuan anda :)







Omar series mungkin sudah berakhir pada episode ini,
namun sejarah legasi ini baru mula difahami dan dianalisis..

Benarlah, sahabat-sahabat adalah cerminan kepada sahabatnya. melihat perwatakan para sahabat, aku tersenyum..

Rasulullah punya perwatakan pertengahan antara Abu Bakar dan Umar Al-Khattab, jika kedua sahabat ini hebat, bagaimanakah lagi hebatnya akhlak Baginda Rasulullah saw.

 Perasaan ini sangat hebat. Alhamdulillah :)

p/s: tatkala membaca Qalam Allah dan Hadith Baginda Rasululla saw, hati dan minda terus membayangkan perjalanan kisah yang pernah aku tonton, perasaan itu.. :) sukar dilakar apatah lagi diungkap dalam keterbatasan bahasa manusia :)
Alhamdulillah : D

Sunday, November 20, 2011

Airmata Baginda buat kita (3)


Ayuh jadi umat terbaik untuk Allah dan Rasul tercinta
Sudahlah kita membiarkan tangisan Baginda semasa hidup dan diakhir nyawanya
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang membuat
Baginda menangis sekali lagi kerana dosa-dosa kita..

Buktikan CINTA kita pada BAGINDA.
Zahirkannya melalui amalan sunnah/selawat...

dan sunnah yang paling agung Baginda wariskan untuk kita..

MENYAMPAIKAN..
iaitu DAKWAH..

InshaAllah..
Ayuh Jadi umat terbaik!!!

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
(Al-Imran, 3:110)

Allahualam.

Thursday, November 17, 2011

Airmata baginda untuk kita (2)


Saat hidupnya, perkataan umatnya membawa kepda tangisan baginda..
Saat hampir terpisah roh dan jasad, masih..
UMATku. UMATku. 
tiada lain..
airmata baginda hanya untuk kita..
hidup baginda hanya untuk Allah dan Islam..

kita?!
airmata banyaknya keluar kerana apa?
sakit dan pedihnya luka kerana apa?
rindunya kerana apa?
belanjanya juga kerana apa?

Allahurabbi..
Semoga hidup kita tidak lari dari kehidupan yang Baginda impikan untuk
kita, UMATnya..
Umat yang dirindui..

Selawat dan salam ke atas Baginda, Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat semuanya.

Allahualam.

Tuesday, November 15, 2011

Airmata baginda kerana kita (1)



Kecintaan Baginda terhadap kita tidak dapat dinafikan lagi..
Kecintaan kita terhadap Baginda pula sebaliknya..
Sentiasa boleh dipersoal, 
Sentiasa berdolak-dalik,
Tidak tetap.

Ayuh sahabat-sahabat,
Berikan kembali kecintaan sebaiknya kepada Baginda..
Pemilik cinta selepas Allah swt..
Amalkan sunnahnya, lazimi selawat..
Biar terasa dekat walaupun hakikatnya kita berbeza ruang masa..

“Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.”
(Hamka)

 Allahualam
----------------------------------------------------------


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

 "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

 "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.

" Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

 "Malaikat," jawab sahabat.

 "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

 "Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka." "Mungkin kami," celah seorang sahabat.

 "Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

 "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

 "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka?
Mereka ialah umatku yang hidup selepasku.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

 "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Thursday, February 25, 2010

Terakhir dari pemilik kasihku selepas ALLAH swt

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
SALAM MAULIDUR RASUL 1431 H
[Sesungguhnya ingatan kita x sepatutnya bermusim, tarikh ini sekadar peringatan buat yang lupa dan peneguh ingatan buat yang sedar]
TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!
Allahualam.

Monday, March 9, 2009

SALAM MAULIDUR RASUL 1430

Salam,


يا عم والله لو وضعوا الشمس فى يمينى والقمر فى يسارى الا أن أترك هذا الأمر يظهر الله لو أهلك دونه ما تركته.
Maksudnya: "Wahai bapa saudaraku, demi Allah jika mereka meletakkan matahati di kananku dan bulan dikiriku agar aku meninggalkan dakwah Islamiah, pasti tidak akan ku tinggalkan sebelum aku diberikan kejayaan oleh Allah atau aku binasa kerananya."

(Jawapan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Abu Talib yang menyuruh baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan seruan Islam, hasil desakan Musyrikin Quraisy)


"Wahai Rasulullah! Teruskanlah apa yang telah diperintahkan Allah. Demi Allah kami tidak akan mengatakan kepadamu sebagaimana berkatanya Kaum Banu Israil kepada Musa 'Alaihissalam: Pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja. Tetapi, pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang, sesungguhnya kami bersama kamu dan Tuhanmu berperang. Demi Allah! Jika kamu berjalan dengan kami ke Tasik Al-Ghimad, nescaya kami harunginya bersamamu sehingga sampainya."

(Kata-kata Al-Miqdad bin 'Amru semasa Ghazwah Badar)



"Wahai manusia! Sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati, dan barang siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak akan mati. Lalu beliau membacakan firman Allah Ta'ala yang bermaksud: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan mereka pun mati. (Surah az-Zumar: 30) dan firman Allah Ta'ala yang bermaksud: Muhammad itu tidak lain daripada seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul, apakah kalau Muhammad mati atau terbunuh maka kamu akan berpaling tadah?". (Surah Ali-Imran: 14).
(Kata-kata Abu Bakar As-Siddiq pada hari kewafatan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam)

SALAM MAULIDUR RASUL.. 12 Rabiulawal 1430H

NAmun.. sebenarnya dalam sejarah Islam, sahabat2 tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian. Malah terdapat bermacam2 pendapat ttg tarikh sebenar kelahiran Baginda.. Perayaan Maulidur Rasul wujud hanya beratus2 tahun selepas zaman sahabat2.. utk bacaan lanjut sila klik link ini.. http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Walaubagaimanapun, untuk konteks driku.. ak perlukan peringatan.. peringatan berterusan.. Maka mungkin ada signifikannya diadakan sambutan maulidur rasul ini.. MengIngatkan Orng yg Lupa.. Menambah Ingatan pada yg sedia Ingat.. SunGGuh KAsih SayaNg RASUL s.a.w terhadap kita melebihi kasih terhadap dirinya.. KItA??? adakah Cinta DunIa itu masih menEbaL.. adakah ruang lagi utk Kasih Baginda?? Mari kita fikir2kan... (pesanan utk dri yg selalu lupa dan leka..)

TP INGAT.. Janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu

SEMOGA semangat Rasulullah tetap mengaliR hingga ke titisan terakhir darah kiTA.. ALLAHUAKBAR!!!!


"Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad,seperti Engkau limpahkan selawat atas junjungan kami,Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Dan berkatilah junjungan kami, Muhammad, dan keluarga Muhammad seperti Engkau berkati junjungan kami, Ibrahim dan kelurga Ibrahim di antara segenap isi alam semesta.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia"

Wallahualam.

Sunday, March 8, 2009

Menyelusuri JeJAk BAginDa : 4

Salam,

4.0 DARI HIJRAH HINGGA KEWAFATAN NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

Peristiwa Hijrah:


- Bemulanya Hijrah kaum Muslimin ke Madinah. Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salam Al-Makhzumi Radhiallahu 'Anhu bersama dengan isterinya Ummu Salamah Radhiallahu 'Anha.

- Hijrah beramai-ramai secara sembunyi, sehinggakan tiada yang tinggal di Mekah kecuali Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Al-Suhaib ar-Rumi dan Zaid bin Harithah Radhiallahu 'Anhum juga beberapa wanita di kalangan keluarga nabi saw.

- Bemulanya perbincangan di Dar an-Nadwah untuk merancang pembunuhan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

- Hijrah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersama Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu, (2 Rabi'ul Awal bersamaan 20 September 631 Masihi) 13 tahun selepas perutusan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai rasul.

- Rencana untuk membunuh baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dilaksanakan pada malam hijrah.

- Rumah dikepung oleh pemuda-pemuda dari pelbagai qabilah.

- Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah menggantikan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam di tempat tidur.

- 3 hari di Gua Thur.

- Abdullah bin Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu ditugaskan menyelidik berita-berita di Kota Mekah.
- Amir bin Fuhairah Radhiallahu 'Anhu di suruh memadamkan kesan tapak kaki ke gua Thur dengan menuntun kambing.

- Asma' binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anha menyediakan makanan.

- Detik genting di gua Thur; diselamatkan oleh Allah dengan sarang labah-labah dan sarang merpati.

- Dikejar oleh Suraqah bin Malik.

- Mukjizat di perkhemahan Ummi Ma'bad Al-Khuza'i; Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerah susu daripada kambing kurus.

- Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam tiba di Quba' (8 Rabi'ul Awal). Singgah di rumah Kalthum bin Hudm Radhiallahu 'Anha selama tiga hari.

- Pembinaan Masjid Quba'.

- Tiba di Madinah. (12 Rabi'ul Awal)

- Di sambut dengan gilang-gemilang oleh 500 orang Ansar dan diiringi masuk ke dalam kota Madinah.

- Solat Jumaat pertama dalam sejarah Islam di perkampungan Banu Salim bin 'Auf.

- Menetap di rumah Abu Ayub Al-Ansari Radhiallahu 'Anhu di Madinah.

PERISIWA TAHUN PERTAMA HIJRAH

Suasana Madinah:

>3 kelompok besar Yahudi:

1.Yahudi Banu Qainuqa' – ketika ini terdapat sekitar 700 lelaki dewasa.
2.Yahudi Banu Quraizah – 700 hingga 900 orang lelaki dewasa.
3.Yahudi Banu Nadhir – 700 lelaki dewasa
menguasai ekonomi Madinah

>Aus dan Khazraj:
-Aus tinggal di kawasan yang subur, berjiran dengan Yahudi Banu Nadhir dan Yahudi Banu Quraizah.
-Khazraj tinggal di kawasan yang kurang subur berjiran dengan Yahudi Banu Qainuqa'.

-Aus dan Khazraj sering berperang. Peperangan yang pertama ialah peperangan Samir dan peperangan yang terakhir peperangan Buwat (5 tahun sebelum hijrah – dimenangi oleh Aus)

-Dalam peperangan Buwat, Khazraj bersekutu dengan Yahudi Banu Qainuqa'.

-Masyarakat pada masa ini menyembah berhala Manat kerana mengikut apa yang diamalkan di Mekah. (Berhala Uzza disembah di Mekah dan berhala Laata di Taif)
-Tanah yang subur di Madinah digunakan untuk menanam anggur dan kurma.
-Penukaran nama Yathrib kepada Madinah.

Pembinaan Masjid an-Nabawi:

-Dibina di atas tanah yang dibeli kepunyaan 2 orang anak yatim.
-Asalnya ialah tempat pengeringan tamar dan terdapat perkuburan lama.
-Bermulanya seruan azan dalam Islam yang dilaungkan oleh Bilal bin Rabah Radhiallahu 'Anhu.
-Penggubalan Piagam Madinah: Perlembagaan bertulis pertama dalam Islam yang digubal antara orang Islam (Ansar dan Muhajirin) dengan Yahudi Madinah.
-Mempersaudarakan Muhajirian dan Ansar.
-Ketibaan keluarga Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan baki kaum Muslimin ke Madinah. (Rabi'ul Akhir)

-Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Zaid bin Harithah dan Abu Rafi' Radhiallahu 'Anhuma ke Mekah untuk mengambil saki baki kaum Muslimin yang masih belum tiba. Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan.

Antara yang dibawa ke Madinah ialah:
1.Fatimah binti Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
2.Ummu Kalthum binti Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3. Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha (Isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam).
4.Ummu Aiman Radhiallahu 'Anha (Isteri Zaid bin Thabit Radhiallahu 'Anhu).
5.Usamah bin Zaid Radhiallahu 'Anhu.
6.Abdullah bin Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma.
7.Ummu Ruman Radhiallahu 'Anha (Isteri Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu).
8.'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma.
9.Asma' binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma (Isteri Zubair bin Al-Awwam Radhiallahu 'Anhu, ketika ini sedang mengandungkan Abdullah bin Zubair Radhiallahu 'Anhu)

Keizinan berperang melalui turunnya Surah Al-Hajj. (Rejab)

Sariyah Hamzah bin Abdul Muttalib Radhiallahu 'Anhu: (Ramadhan)
-Juga dinamakan Sariyah Saiful Bahr.
-Disertai 30 orang Muslimin.
-Panji dibawa oleh Abu Marthad Radhiallahu 'Anhu.

-Bertujuan untuk menyekat kafilah perniagaan Quraisy, seramai 300 orang Musyrikin bersama-sama Abu jahal.
-Pertempuran dihalang oleh Majdi bin Amru.

Sariyah Ubaidah bin Al-Harith Radhiallahu 'Anhu: (7 Syawal)
-Juga dinamakan Sariyah Rabigh.
-Disertai 60 orang Muhajirin
-Berlaku panah-memanah dan berakhir dengan larinya golongan Musyrikin.
-Kelahiran Abdullah bin Zubir Radhiallahu 'Anhu. (25 Syawal) Kelahiran pertama di Madinah dari kalangan Muhajirin.

Sariyah Sa'ad bin Abi Waqqas Radhiallahu 'Anhu: (Zulkaedah)
-Juga dinamakan Sariyah Al-Kharar.
-Disertai 20 orang Muslimin.
-Bertujuan menyekat kafilah Quraisy. Kafilah berlalu dan tidak berlaku pertempuran.

Kematian Tahun Pertama

1. Uthman bin Maz'un Radhiallahu 'Anhu. (saudara susuan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam)
2. Kalthum bin Al-Hadm Radhiallahu 'Anha.
3. Asad bin Zurarah Radhiallahu 'Anhu (salah seorang daripada 12 Naqib)
4.Barra bin Ma'arur Radhiallahu 'Anhu (juga Naqib)
5. Al-Walid bin Mughirah (Musyrikin penentang dakwah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam)

Sariyah: Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Terdiri daripada kumpulan tentera seramai antara 90-100 orang.

Klik disini utk peristiwa2 2-8 hijrah

Pembukaan MEKAh (Ramadan 8 Hijrah)

• Berpunca daripada pengkhianatan Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyah apabila mereka menyerang Banu Khuza'ah.

• Abu Sufyan bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk berunding semula tapi ditolak.

• Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersiap untuk menyerang Mekah pada hari (Rabu, 10 Ramadhan) bersama 10 000 angkatan Muslimin.

• Hatib bin Abi Balta'ah Radhiallahu 'Anhu cuba memberitahu Musyrikin Quraisy tentang sebahagian rancangan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan mengutus sepucuk surat tetapi diketahui oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

• Keislaman Abu Sufyan bin Harb Radhiallahu 'Anhu.
• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam hanya membenarkan 6 lelaki dan 4 perempuan tertentu sahaja dibunuh, atau musuh yang bertindak melawan.

• Penduduk Mekah memeluk Islam beramai-ramai.

• Antara yang memeluk Islam:
i) Mu'awiyah bin Abi Sufyan Radhiallahu 'Anhu.
ii) Abu Quhafah Radhiallahu 'Anhu.
iii) 'Ikrimah bin Abu Jahal Radhiallahu 'Anhu.
iv) Safwan bin Umayyah Radhiallahu 'Anhu.
v) Abdullah bin Sa'ad bin Abu Sarah Radhiallahu 'Anhu.
vi) Habbar bin Al-Aswad Radhiallahu 'Anhu.
vii) Al-Harith bin Hisyam Radhiallahu 'Anhu.
viii) Zuhair bin Abi Umayyah Radhiallahu 'Anhu.
ix) Ka'ab bin Zuhair Radhiallahu 'Anhu.
x) Wahsyi bin Harb Radhiallahu 'Anhu (yang telah membunuh Hamzah radhiaalahu 'Anhu)
xi) Suhail bin Amru Radhiallahu 'Anhu.
xii) Hindun binti Utbah Radhiallahu 'Anhu.
• Antara yang dibunuh:
i) Abdul 'Uzza bin Khatal
ii) Muqis bin Hababah
iii) Abdullah bin Abi Sarah
iv) Al-Harith bin Nufail bin Wahab

• Berlaku Bai'ah an-Nisa'.

• Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tinggal di Mekah selama 19 hari dengan mengqasar solat.

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Khalid bin Al-Walid Radhiallahu 'Anhu bersama 30 pengikut untuk menghancurkan berhala Uzza.

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Amru bin Al-'Ash Radhiallahu 'Anhu untuk menghancurkan berhala Suwwa'

• Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Sa'ad bin Zaid Radhiallahu 'Anhu bersama 20 pengikut untuk menghancurkan berhala Manat.

klik disini utk ketahui peristiwa 9-10 hijrah

PERISTIWA TAHUN KE-11 HIJRAH

Sariyah Usamah bin Zaid Radhiallahu 'Anhu ke Balqa': (Safar)

-Sekembalinya dari Mekah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyuruh kaum Muslimin bersiap untuk meyerang Rom.
-Usamah bin Zaid Radhiallahu 'Anhu dipilih sebagai ketua.
-Kalangan munafiqin tidak puas hati dengan kepimpinan Usamah yang masih muda. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam murka. (pada masa ini Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sudahpun mengalami sakit kepala)

(Sariyah dibatalkan setelah mendapat berita kewafatan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam).

-
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mula gering.
-Abu Bakar mengimami solat Subuh hari Isnin, 13 Rabi'ul Awal.

Kewafatan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

-Hari Isnin, 13 Rabi'ul Awal tahun ke 11 Hijrah bersamaan 8 Jun tahun 633M.
-Berumur 63 tahun (Qamariah) sempurna 3 hari, bersamaan 61 tahun (Syamsiah) 84 hari.
-Dikebumikan di tempat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat, iaitu di dalam bilik Aisyah Radhiallahu 'Anha


Wallahualam.

Saturday, March 7, 2009

Menyelusuri Jejak BAginda :3

SALAM,

3.0 DARI KERASULAN HINGGA PERISTIWA HIJRAH

Penurunan Wahyu:

- Wahyu pertama turun. (Julai tahun 610 Masihi bersamaan dengan 17 Ramadan tahun ke-13 sebelum Hijrah).

- Pulang dalam ketakutan dan pertemuan dengan Waraqah bin Naufal, sepupu Khadijah Radhiallahu 'Anha.

- Terputusnya wahyu selama 40 hari.

- Turunnya awal Surah Al-Muddathir.

- Seruan Dakwah dan Penentangan:

- Bermula seruan dakwah secara sulit selama 3 tahun.

- Golongan awal memeluk Islam :
i) Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
ii) Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah
iii) Zaid bin Harithah Radhiallahu 'Anhu
iv) Abu Bakr bin Abi Quhafah Radhiallahu 'Anhu
v) Uthman bin 'Affan Radhiallahu 'Anhu
vi) Az-Zubair bin Al-Awwam Radhiallahu 'Anhu
vii) Abdul Rahman bin 'Auf Radhiallahu 'Anhu
viii) Sa'ad bin Abi Waqqas Radhiallahu 'Anhu
ix) Talhah bin 'Ubaidillah Radhiallahu 'Anhu

- Apabila penganut Islam berjumlah 30 orang, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Arqam Radhiallahu 'Anhu sebagai markaz dakwah.

- Turunnya Surah Al-Hijr ayat ke-94 memerintahkan dakwah dilakukan secara terang-terangan.

- Mengumpulkan Banu Fihr dan Banu 'Adi di Bukit Safa.

- Bermulanya penyeksaan; dicekik oleh 'Uqbah bin Abi Mu'it semasa sedang solat di Kaabah, dilontar najis.

- Sahabat-sahabat mula diseksa.

- Golongan-golongan penentang:
i) Abu Jahal 'Amru bin Hashim
ii) Abu Lahab bin Abdul Muttalib; bapa saudara Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
iii) 'Uqbah bin Abi Mu'it
iv) Al-'Ash bin Wa'ail
v) Al-Aswad bin Abdu Yaghuth
vi) Al-Aswad bin Abdul Muttalib
vii) Al-Walid bin Al-Mughirah
viii) An-Nadhr bin Al-Harith

- Keislaman Hamzah bin Abdul Muttalib Radhiallahu 'Anhu hasil daripada penindasan Musyrikin Quraisy terhadap Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

- Hijrah pertama ke Habsyah – 10 lelaki 5 perempuan. (Rejab tahun ke-5 kenabian)

- Keislaman Umar Al-Khattab Radhiallahu 'Anhu.

- Kepulangan Muhajirin dari Habsyah selepas 3 bulan di perantauan.

- Permintaan Musyrikin Quraisy kepada Abu Talib agar menyerahkan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk dibunuh.

- Bermulanya pemulauan ekonomi ke atas Banu Hashim dan Banu Abdul Mutalib. (Tahun ke-7 kenabian)

- Musyrikin Quraisy bersetuju tidak mengahwini, tidak berjual beli, memutuskan hubungan, menyekat sumber-sumber rezeki dan tidak menerima sebarang perdamaian. Naskhah perjanjian digantung di Kaabah (Pemulauan ini berlaku selama 3 tahun bermula bulan Muharam tahun ke-7 hingga tahun ke-10 selepas kebangkitan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjadi rasul. Berakhir dengan anai-anai menggerit naskhah perjanjian)

- Hijrah kedua ke Habsyah – 83 lelaki 18 perempuan. (Rabi'ul Awal tahun ke-6 kenabian)

- Berakhirnya pemulauan dengan peristiwa keluar 5 orang pemuka Quraisy melanggar perjanjian:
i) Hisyam bin 'Amru bin Rabi'ah
ii) Zuhair bin Umayyah
iii) Mut'im bin 'Adi
iv) Abu Al-Bakhtari bin Hisyam
v) Zam'ah bin Al-Aswad

- Utusan pertama menemui Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam semasa musim haji. Rombongan Nasrani Najran seramai lebih kurang 20 orang yang akhirnya memeluk Islam.

- Kewafatan Khadijah Radhiallahu 'Anha (tahun ke-10 kenabian), diikuti dengan kewafatan Abu Talib sebulan lima hari selepas itu; merupakan tahun perkabungan dan tahun kesedihan.

- Bertambah hebat penentangan kepada dakwah Islam.

- Perkahwinan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha pada bulan yang sama dengan kematian Khadijah Radhiallahu 'Anha.

- Sebulan kemudian perkahwinan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan 'Aisyah binti Abu Bakr Radhiallahu 'Anhuma.

- Perantauan ke Taif bersama dengan Zaid bin Harithah Radhiallahu 'Anhu. (tahun ke-10 kenabian)

- Dakwah Nabi ditolak oleh Banu Thaqif; Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam disakiti.

- Peristiwa Isra' Mi'raj: (Rejab tahun ke-10 kenabian / 18 bulan sebelum hijrah)

» Mukjizat Isra' Mi'raj.

» Solat lima waktu sehari semalam difardukan.

» Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian dinaikkan ke Sidratul Muntaha.

» Pendustaan Musyrikin Quraisy terhadap peristiwa ini dan Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu mendapat gelaran As-Siddiq

- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah yang datang menunaikan haji di Mekah; keislaman Abu Dzar Radhiallahu 'Anhu.

- Bermulanya golongan Ansar memeluk Islam, semuanya daripada kalangan Khazraj seramai 6 orang: (tahun ke-11 kenabian)

i) As'ad bin Zurarah Radhiallahu 'Anhu
ii) 'Auf bin Al-Harith Radhiallahu 'Anhu
iii) Rafi' bin Malik Radhiallahu 'Anhu
iv) Qutbah bin 'Amir Radhiallahu 'Anhu
v) 'Uqbah bin 'Amir Radhiallahu 'Anhu
vi) Jabir bin Abdullah Radhiallahu 'Anhu

- Perjanjian Al-'Aqabah yang pertama: (tahun ke-12 kenabian)

» Disertai 12 lelaki Ansar - 10 daripada Khazraj dan 2 daripada Aus:
i) As'ad bin Zurarah Radhiallahu 'Anhu
ii) Auf bin Al-Harith Radhiallahu 'Anhu
iii) Muaz bin Al-Harith Radhiallahu 'Anhu
iv) Rafi' bin Malik Radhiallahu 'Anhu
v) Zakwan bin Qais Radhiallahu 'Anhu
vi) 'Ubadah bin Al-Samit Radhiallahu 'Anhu
vii) Yazid bin Tha'labah Radhiallahu 'Anhu
viii) Al-Abbas bin 'Ubadah Radhiallahu 'Anhu
ix) 'Uqbah bin 'Amir Radhiallahu 'Anhu
x) Qutbah bin 'Amir Radhiallahu 'Anhu
xi) Abu Al-Haitham bin Al-Tihan Radhiallahu 'Anhu (Aus)
xii) Uwaim bin Sa'adah Radhiallahu 'Anhu (Aus)

» Dimetrikan sepertimana Bai'ah An-Nisa' – perjanjian ketaatan dan keimanan tidak mengenai soal perang dan jihad.

- Pengutusan Mus'ab bin Umair Radhiallahu 'Anhu sebagai guru Al-Quran, beliau dikenali sebagai "Muqri' Al-Madinah". Kemasukan Islam beramai-ramai oleh masyarakat Madinah.

- Perjanjian Al-'Aqabah yang kedua: (musim haji tahun ke-13 kenabian)

» Disertai 73 lelaki - 62 daripada Khazraj dan 11 daripada Aus berserta 2 wanita.

» Permintaan Ansar agar dipilih seramai 12 orang naqib.


Wallahualam

Friday, March 6, 2009

Menylusuri JeJAk BAginda : 2

SaLam,

2.0 PERISTIWA PENTING DARI KELAHIRAN HINGGA DIANGKAT MENJADI RASUL.

1.Dipelihara oleh datuknya 'Abdul Mutalib setelah lahir.

2.Disusukan oleh Suwaibah hamba Abu Lahab sebelum diserahkan kepada Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Sa'ad bin Bakr.

3.Mendatangkan keberkatan kepada Kampung Banu Sa'ad bila tiba di sana.

4.Selepas dua tahun dibawa balik kepada bondanya Aminah, namun Halimah As-Sa'adiyah memujuk bonda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk terus memelihara baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

5.Belajar mengembala kambing sejak daripada kecil dan dapat bercakap bahasa Arab Fusha dengan baik hasil daripada tinggal di kampung Banu Sa'ad.
Peristiwa di bedah dada oleh malaikat, kemudiannya dihantar pulang ke jagaan ibunya.
(Umur 5 tahun)

6.Wafatnya Aminah di Abwa'.
(Umur 6 tahun)

7.Dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttalib.

8.Di pelihara oleh Abu Talib selepas kematian Abdul Muttalib. (Umur 8 tahun)

9.Memulakan perjalanan pertama ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, bertemu dengan paderi Buhaira. (Umur 12 tahun)

10.Mula berdikari mencari rezeki dengan menternak kambing.

11.Berlaku Harbu Al-Fijar: (Umur 20)

12.Hilfu Al-Fudhul:
Bertujuan untuk membela hak-hak orang yang dianiaya.
Berpunca dari kejadian seorang Badwi dari Usun Zubaid datang ke Mekah menjual barang namun seorang pembeli, 'Ash bin Wail tidak membayar harga barangan yang dibeli.

13.Musafir kali ke-2 ke Syam bersama Maisarah membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha. (Umur 25 tahun)

14.Khadijah Radhiallahu 'Anha menawarkan diri menjadi suri hidup Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam melalui Nafisah binti Manbah.

15.Perkahwinan dengan Khadijah Radhiallahu 'Anha semasa baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam berumur (25 tahun), manakala Khadijah Radhiallahu 'Anha berumur (40 tahun).

16.Kelahiran Qasim Radhiallahu 'Anhu pada umur (28 tahun).

17.Kelahiran Zainab Radhiallahu 'Anha.

18.Wafatnya Qasim Radhiallahu 'Anhu semasa berumur 2 tahun.

19.Penyertaan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam pembinaan Kaabah yang runtuh akibat banjir di Kota Mekah. (Umur 35 tahun)

20.Menyelesaikan persengketaan dalam usaha meletakkan Hajarul Aswad.

21.Terkenal dengan panggilan Al-Amin.

22.Mula gemar berkhalwat di Gua Hira'. (Umur 40 tahun)

Wallahualam.

Thursday, March 5, 2009

Menyelusuri JeJAk BAginDA : 1

Salam,

InshaALLAh.. mulai 5/3 hinGGa 9/3 blog ini akan membawa anda2 semua menjEjaki kisah2 seorang Insan MULIA, Nabi Muhammad s.a.w, dari baginda dilahirkan, kemudian diangkat menjadi Nabi seehingga ke saat kewafatan baginda..

Ini adalah bersempena dgn KetiBAan 12 RABiuLawaL 1430 pada 9 Mac ini InshaALLAH..

MArilah sama2 kita Mengrefresh kembali ingatan kita ttg BagInda yg mungkin masih Segar diingatan ataupun hampir pudar2...

Tiada KAsih SEbelUm adanya PerkeNAlan.. SelamaT meNyelusUri siRAh2 BginDA..


1.0 BIOGRAFI NABI JUNJUNGANKU...

Nama :

Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.

Bapa :

Abdullah bin Abdul Mutalib

Ibu :

Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab

Tarikh lahir :

Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Status :

Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.

Isteri-isteri :

Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha
'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma
Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma
Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha
Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha
Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha
Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha
Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma
Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anha

-Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu 'Anha.

-Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.

Surriyyah :(Hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya. Mukhtar Al-Sihah.)

Mariah binti Syam'uun Radhiallahu 'Anha (Hadiah raja Mesir, Muqauqis)
Raihanah binti Zaid Radhiallahu 'Anha (Tawanan perang yang masuk Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dari Banu Nadhir)

Zuriat :

1.Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
Zainab Radhiallahu 'Anha
Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
Fatimah Radhiallahu 'Anha
Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.
Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.

-Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anhu.
-Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.


SUMBER dari ANAK soLEH

Wallahualam.