Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Cari bahagia..




Tawaran hebat!!
Mahu bahagia kini dan selamanyaaaaaaa...?
Jom!!

Antara amalan yang disarankan untuk mendapat kebahagiaan dunia akhirat: 

1)Melazimi ucapan kalimah "Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah". 
Berdasarkan sabda Rasulullah saw: Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seseorang hamba daripada keburukan dunia akhirat melainkan berzikir kepada Allah". 

2)Sentiasa menyebut lafaz "La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzim". 
Sabda Rasulullah saw: Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga? Sahabat bertanya:Apakah kunci pintu syurga itu? Rasulullah saw menjawab: Dengan menyebut,"La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzim" tiada daya kekuatan melainkan dgn izin Allah. Apabila kita selalu menyebut dzikir ini,apabila kita ditimpa dengan dugaan dan ujian kita akan sentiasa diberi ketenangan dan akan memperoleh ketenangan drpd Allah swt. 

3) Apabila mendapat nikmat maka ucapkanlah "Alhamdulillah". 
Rasulullah saw bersabda yg bmksud: Ucapan yang paling disukai Allah ada empat, iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa Lailaha illallah Allahu Akbar". Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaannya yang berada di atasnya, diserahkan ke tangan seseorang drpd umatku, kemudian org itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah itu akan berkekalan hingga ke akhirat insyaAllah. 

 4)Mengucap Bismillahirrahmanirahim setiap kali hendak memulakan pekerjaan. Jika buat kerja,tidak sebut bismillah, tiada keberkatan kpd pekerjaan itu. 

5)Melazimi ucapan "astaghfirullahaladzim wa atubu ilaih"
Nabi saw bersabda: perlukah aku memberitahumu ttg sesuatu penyakit & ubatnya kpd kamu. Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa & ubatnya adlh istighfar. Sesungguhnya manusia tidak sunyi drpd melakukan salah &dosa,maka cepat-cepatlah beristighfar &bertaubat. 
Dlm hadis lain,sabda Nabi saw: Barangsiapa yg membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya drpd pelbagai mcm kesempitan, & terlepas dari setiap kesusahan & Allah akan memberinya rezeki dr jalan yg tidak disangka2.(Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud, Ibnu Majah) 

6)Solat sunat sebelum subuh. 
Riwayat Imam Muslim, sabda Nabi saw: solat dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik dr dunia dan segala isi dunia.

dan...

7) Bersahabatlah dengan mereka yang SOLEH/SOLEHAH
kebahagian itu terletak pada manisnya wajah mereka, lunaknya tutur nasihat mereka, ringannya tubuh mereka melaksanakan taat. Hingga tatkala hati lesu, hatimu mampu cergas dengan ingatannya. Dan bila tubuhmu malas, jasadmu akan segera bertenaga dengan kekuatannya yang rajin mellkukan ibadat seolah tidak pernah lelah.

p/s: Jazakillahukhoiral jaza' kpd sahabat kepada sahabat saya yg berkongsi kepada ingatan ini kepada sahabat saya.

Jom kita cuba sikit-sikit!
Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua :)

Yosh!!

Saturday, November 3, 2012

Bumi itu bulat..




Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...


Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.


Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kita… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kita bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.


Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan anda bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.


Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.


Harap mendapat isi tersirat cerita ini. Senyum.

Wednesday, August 8, 2012

mendongaklah..





Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.


TINGG!
...
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masihbelum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmatatau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acapkali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Tiru Tampal dari: Zainuddin Ghaffar

Thursday, July 5, 2012

Forgive me today and every single day.

On This Night! 
By Abdullah Rasool


Strange how on this night we seek forgiveness yet we are supposed to be doing so every night. 


Strange how on this night we read extra prayers yet every night we don't even read what is obligatory. 


Strange how on this night we become good Muslims yet we are supposed to be so throughout our lives. 


Strange how on this night we remember that Allah descends tothe lowest heaven yet He does so every single night.

Strange how on this night the Masjid is full yet it should be full every night.

Strange how on this night we go to the lecture but never attend the shorter lectures every week.

Strange how on this night we spread that seven types of people won't achieve Mercy of Allah yet it is the case every night.

Strange how on this night we make so much duaa yet we are supposed to be doing so every night.

Strange how on this night we visit graveyards and remember the dead yet we are supposed to be doing that throughout the year.

Strange how on this night we ask Allah to free us from hell yet we are supposed to be asking that every night.

Strange how on this night we spread that the books are renewed for the year yet we know that that happens on laylatul qadar.

Strange how on this night we cling to the most strongly debated narration yet everyday we ignore the unanimously agreed ones!

Strange how we have become seasonal Muslims, clinging onto innovated big nights yet every night is a BIG NIGHT.

Strange how we become angry and furious when reminded to be true every single day and not just one day yet we are happy to forward fabrications without clarifying.

Forgive me today and every single day.



copied from Mufti Ismail Menk


Tuesday, June 26, 2012

Teknologi 1400 tahun lalu, rahsia kemenangan?



Assalamualaikum wrbt, 

Tahukah kita?
Anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya: 
1. Lebih dari 140 orang hafal al-Quran. 
2. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. 
3. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. 
4. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. 
6. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. 
7. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara 
8. 4 orang wanita yang bertudung kemas. 

Tarbiyah rabaniyah yang telah disusun untuk mereka: 

1. Membaca al-Quran satu juzuk sehari
2. Istighfar 100 kali sehari
3. Qiyamullail minimum dua rakaat
4. Berzikir secara ma’tsur 

dan apakah lagi teknologi yang lebih hebat untuk kemenangan Ikhwan kali ini?


Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu  (klik untuk bacaan penuh)



 “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.”
- Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu

Allahualam.

Monday, May 21, 2012

1 Rejab, ini sahaja yang aku tahu..





Ini sahaja hadis yang aku yakin untuk dikongsi
yang lain-lain tiada ilmu aku ke atasnya...





3 bulan pasti akan berlalu dengan pantas
Rejab-Syaaban-RAMADHAN

Latihan bermula..

InshaAllah

Selamat datang 1 Rejab 1433H,
moga-moga hari-hari yang datang, kita tergolong dalam golongan hambaNya yang sentiasa bertambah baik.
Amin.


Monday, April 30, 2012

Sayang & benci sekadarnya...





‎"Ahbib habibaka haunan ma, 'asa an yakuna baghidhoka yauman ma.
Wa abghidh baghidhoka haunan ma, 'asa an yakuna habibaka yauman ma"

Ertinya:
Cintailah kekasihmu itu sekedarnya saja, boleh jadi kamu akan membencinya suatu ketika.
Dan bencilah orang yang kamu benci sekedarnya saja, boleh jadi kamu akan mencintainya suatu ketika..
(HR. Tirmidzi).

‎"Love your friend moderately lest he becomes your enemy one day, and hate your enemy moderately lest he becomes your friend one day!" Tirmidhi 


When we get extremely close to people and lower our guard by letting them know every detail of our life, trusting them with everything, a day can come when we regret because they can hold us ransom with what they know about us if the friendship is broken for some reason. 


 At times we cannot correct people because we have allowed them to get so close to us that they would use against us some of what they know of us. 


Similarly when we dislike someone, we should never oppress them or do something unbecoming of a true believer as a day may come when a strong friendship is developed between us and we are embarrassed by past actions. Amazing piece of advice which is worth pondering over and making good use of in our lives. 


An enemy can become a very great friend or relative and a friend can become a fierce enemy. "


The Almighty is all able to create between you and your enemies a strong bond of friendship for indeed Allah is All Able, Allah is Most Forgiving Most Merciful" S60 V7 
- MUFTI ISMAIL MENK

Entah mengapa tatkala hadis di atas di baca, hati terasa seperti di sindir...
Allahu

Sempurnanya ISLAM, hatta sehingga dalam berperasaan pun kita diajar bersederhana..

Allahu Allahu..

Bantulah aku bersederhana dalam berperasaan..

Allahuakbar..
La haula wala quwwata illah billah..

Saturday, March 17, 2012

Dalam Tahajjudku


Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.

 “Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!

 “Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!” 

“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]

 “Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”

 “Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2] 

“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”

 “Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]

 “Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”

"Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]

“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?” 


“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]

 “Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”

 “Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]

 “Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…” 

“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7] 


 “Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.” “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]

 SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah. Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.

 Terima kasih Allah.
 Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
 Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
 Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

 Terima kasih ya Allah!

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” 
(Al-Baqarah: 186)

 SISIPAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN DAN HADIS QUDSI 

 1. Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Riwayat Qudha’I, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)

 2. “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

 3. Berkata Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Saw. telah bersabda: ”Allah telah berfirman: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasih-Ku, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” (Riwayat Qudha’i)

 4. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)

 5. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaff: 16)

 6. Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

 7. Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” (Riwayat Dailami) 8. “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)

tiru&tampal dari : PSIPUM 

Saturday, March 3, 2012

Air Mata


Bila akhir air mata kita menitis kerana rasa takut pada Allah?




Punca HATI menjadi keras? 
Banyaknya DOSA dan kurangnya AIR MATA yang menitis kerana TAKUTKAN dan RINDUKAN ALLAH swt. 


Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.  
(Al-Baqarah, 2:74)





RIYADHUS SOLIHIN 
BAB 54: Keutamaan menangis kerana takut dan rindu kepada Allah swt. 

”Tidak akan masuk neraka, seseorang yang menangis karena takut kepada Allah, sehingga air susu itu kembali ke puntingnya. Tidak akan bisa berkumpul debu yang menempel karena berjuang di jalan Allah dengan asap neraka Jahannam.” 
(HR. Tirmidzi)

 ”Tidak ada sesuatupun yang lebih dicintai Allah daripada dua titis dan dua bekas, yaitu titisan air mata karena takut kepada Allah dan titisan darah yang menitis sewaktu berjuang di jalan Allah. Adapun dua bekas adalah bekas luka sewaktu berjuang di jalan Allah dan bekas dari menjalankan salah satu kewajiban-kewajiban Allah Ta’ala.”
(HR. Tirmidzi)

Jadi InshaAllah, kita boleh amalkan DOA dibawah agar kita sentiasa kekal diberi nikmat air mata.

 'Ya Allah kurniakanlah kepadaku sepasang mata yang sering mengalirkan air mata, yang air mata itu boleh menyembuhkan jiwaku dengan air mata-air mata yang menitis kerana takutkan engkau ya Allah, sebelum nanti mengalirnya air mata darah' 
(Doa Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani)

Rujukan: sini

BILA AKHIR KITA MENANGIS??? 


Fikir & Zikir.

Ayuh cintai majlis ilmu :)
Majlisilmu.com @FB, klik2 and like

Tolong sahabat, ingatkan aku selalu.

Allahualam






Saturday, February 25, 2012

Astaghfirullah Al-Azim adalah kalimah itu..





Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.” 
(Riwayat Muslim) 


Istighfar bukan setakat jalan untuk memohon ampun atau taubat, tapi ianya jalan kepada pembukaan pintu-pintu rezeki.

bukti-buktinya...

1. Kisah Nabi Nuh dan Kaumnya

"Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu', sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". 
(Nuh : 10-12) 

2. Kisah Umar bin Khaththab Radhiyallahu 'anhu  ketika beliau memohon hujan dari Allah Ta'ala.

 Mutharif meriwayatkan dari Asy-Sya'bi :
"Bahwasanya Umar Radhiyallahu 'anhu keluar untuk memohon hujan bersama orang banyak.
Dan beliau tidak lebih dari mengucapkan istighfar (memohon ampun kepada Allah) lalu beliau pulang.

Maka seseorang bertanya kepadanya, 'Aku tidak mendengar Anda memohon hujan'.
Maka ia menjawab, 'Aku memohon diturunkannya hujan dengan majadih'.

3. Kisah Imam Al-Hasan Al-Bashri  kepada setiap orang yang mengadukan kepadanya tentang kegersangan, kefakiran, sedikitnya keturunan dan kekeringan kebun-kebun.

Imam Al-Qurthubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasanya ia berkata :
"Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan (bumi)
maka beliau berkata kepadanya,
'Ber-istighfar-lah kepada Allah!.

Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan
maka beliau berkata kepadanya,
'Ber-istighfar-lah kepada Allah!.

Yang lain lagi berkata kepadanya, 'Do'akanlah (aku) kepada Allah, agar Ia memberiku anak!,
maka beliau mengatakan kepadanya,
'Ber-istighfar-lah kepada Allah!.

Dan yang lain lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya
 maka beliau mengatakan (pula) kepadanya,
'Ber-istighfar-lah kepada Allah!".

Dan kami menganjurkan demikian kepada orang yang mengalami hal yang sama.

 Maka Al-Hasan Al-Bashri menjawab,
'Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri.
Tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh.

Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". 
(Nuh 10-12). 

4. Kisah Nabi Hud AS kepada kaumnya

 " Dan (Hud berkata), Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat lebat atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa".
 (Hud : 52) 

" Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat". 
(Hud : 3) 

5.  Hadits yang diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhuma ia berkata,

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Artinya : Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka " 



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang." (Riwayat Muslim) 

 Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Az-Zumar: 53) 

 Orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. 
(Surah: Al-Imran 135-136) 

Tapi berhati-hatilah dengan niat istighfar itu, jaga sekadar tinggal pada percakapan tanpa perbuatan.
Kerana Allah itu itu Maha TAHU apa yang ada di dalam hatimu.
Kepada siapa kamu mahu menipu??

Akhir sekali...
Ingatlah pesan nabi ini

“Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Karena sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.” 

Apabila dibandingkan dengan Nabi, maka ketahuilah kita ini jauh lebih memerlukan istighfar dan taubat daripada baginda..

Oleh itu, 
. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk hamba-hamba-Mu yang pandai ber-istighfar. 
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan. Amin, wahai Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus mahluk-Nya. 

Astaghfirullah Al-Azim...

Allahualam.

Ingatkan aku selalu..

Saturday, February 18, 2012

Ihfazillah Yahfazka




"Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu" 

Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu,
 bila engkau meminta, mintalah kepada Allah,
bila engkau memohon pertolongan, mohonkanlah kepada Allah.

Ketahuilah bahawa jika seluruh umat ini berkumpul utk memberikan sesuatu yg bermanfaat bg mu,
maka mereka tdk akan dpt memberi manfaat kpd mu kecuali dgn sesuatu yg telah ditetapkan Allah utkmu. 

Dan jika seluruh umat ini berkumpul utk memudharatkanmu dgn sesuatu, maka mereka tdk akan dpt memudharatkanmu kecuali dgn sesuatu yg telah ditetapkan oleh Allah kpdmu. 

Pena2 telah diangkat dan lembaran catatan telah ditutup" 
(hasan sahih, riwayat Tirmidzi) 

bertepatan dengan firman Allah swt...

 Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad, 47:7)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.
 (19:96) 


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 
(Al-Hasyr:18)


Bukanlah mudah untuk menjaga hakMu ini ya Allah..
Memang benar, dan kerana itulah Tuhanmu ini telah berfirman...

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah, 2:214)


“Luar biasa urusan orang mukmin. Semua urusannya baik dan itu tidak berlaku pada sesiapapun melainkan orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan jika mendapat musibah, dia bersabar dan itu baik baginya” 
(H.R Muslim)



Ya Allah, aku takut..
bukankah zaman kini sesiapa yang berusaha menjaga hakMu pasti akan disusahkan dan ditentang...

Janganlah kamu berdua takut, sesungguhnya Aku bersama kamu berdoa Aku Mendengan dan Melihat (Thaha: 46). 


" Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. 
(At Taubah / 9 : 40). 


Rasullah SAW bersabda yang artinya : 
"Wahai hambaku, inginkah aku ajarkan beberapa kalimat yang Allah akan memberikan manfaat karenanya kepadamu, Sahabat menjawab ya ingin Wahai Rasulllah SAW. 


Jagalah Allah (dengan mengingatnya) 
maka Allah akan menjagamu (dengan rahmat-NYA), 


Jagalah Allah 
(dengan mengingatnya) maka Allah akan membimbingmu" 
(HR. Ibnu Abbas r.a)


Tetaplah kamu menjaga hak Allah, dengan cara...

” Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu . Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,agar mereka beroleh kebenaran” 
(Al-Baqarah:186)

“Iman pasti lusuh di hati salah seorang dari kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian.. Kerana itu, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di hati kalian.” 
(H.R At-Thabrani )



Raih cintaNya untuk bahagia yang kekal...

Dan juga dalam sabdaNya; “Jika Allah mencintai seseorang hamba, Dia menyeru Jibril; ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Lalu hamba tersebut dicintai Jibril, kemudian Jibril mnyeru para penghuni langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Maka hamba tersebut dicintai seluruh penghuni langit dan diterima bumi” 
(Muttafaqun ‘alaih)

p/s: hanya dengan keYAKINan kamu mampu memberikan PENGORBANAN.
Kenalilah Allah swt dengan sebenar-sebenar Ilmu, dan itu adalah salah satu hakNya.

Allahualam.

Saturday, November 5, 2011

Solat Aidiladha wajib ?!!

SOLAT AIDILFITRI DAN AIDILADHA

Disyari’atkan bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakan solat sebanyak dua rakaat apabila tibanya dua hari perayaan iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.


 HUKUM SOLAT HARI RAYA

Ulamak berbeza pendapat tentang hukum solat Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysiamereka berpegang kepada pendapat bahawa hukum solat tersebut adalah sunat mu’akkadah (yang dituntut). Ulamak yang berpegang kepada pendapat ini berpandangan bahawa dengan wujudnya hadis-hadis yang menyatakan solat yang hukumnya wajib hanyalah solat lima waktu membuktikan solat pada Hari Raya tidak termasuk di dalam kumpulan solat yang wajib. Antara hadis yang dijadikan pegangan mereka adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ مَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ

كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ.
Maksudnya:
Ada lima solat yang diwajibkan Allah ke atas hamba-hamba-Nya. Maka siapa yang mengerjakannya dan tidak mensia-siakan walau satu pun di antaranya disebabkan menganggap mudah, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 457.

            Selain dari hadis di atas mereka juga berhujah dengan riwayat daripada Thalhah bin ‘Ubaidillah, dia berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ يُسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ

وَلاَ يُفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنْ الْإِسْلاَمِ.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ.

فَقَالَ: هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا.

قَالَ لاَ إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ.

Seorang lelaki Nejd datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan kepala penuh debu. Kami mendengar suaranya tetapi tidak mengerti apa yang diucapkannya sehingga dia mendekatkan diri kepada Rasulullah. Kemudian dia bertanyakan perihal Islam. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Solat Lima waktu dalam sehari semalam.
Kemudian dia kembali bertanya: Apakah ada lagi selain itu?
Rasulullah pun menjawab: Tidak ada lagi kecuali jika anda suka mengerjakan solat sunat. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Imaan, no: 46.

Bagi ulamak yang berpendapat solat pada Hari Raya itu fardu ‘ain atau wajib, mereka melihatkan kesungguhan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya sebagai bukti kewajipannya. Malah baginda sendiri tidak pernah gagal untuk mengerjakan solat Hari Raya. Bahkan baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut. Tambahan pula bagi wanita yang tidak memiliki pakaian yang sempurna untuk menutup aurat telah diperintahkan untuk dipinjamkan pakaian kepada mereka hanya semata-mata untuk turut serta di musolla.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَذَوَاتِ الْخُدُورِ,

فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

Bagi wanita yang tidak memiliki pakaian sempurna untuk bersolat Hari Raya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لِتُلْبِسْهَا صَاحِبَتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا فَلْيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُؤْمِنِينَ.

Maksudnya:
(Jika dia tidak mempunyai jilbab) hendaklah temannya meminjamkan jilbabnya, sehingga dia dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah orang-orang mukmin. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 980.

Pandangan akan wajibnya solat Hari Raya ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat Hari Raya ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama. Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain. Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan Hari Raya adalah:

عَنْ إِيَاسِ بْنِ أَبِي رَمْلَةَ الشَّامِيِّ قَالَ: شَهِدْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ.

قَالَ: أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ. قَالَ: نَعَمْ.

قَالَ:فَكَيْفَ صَنَعَ." قَالَ: "صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ.

فَقَالَ: مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ.

Maksudnya:
Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: Aku pernah menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (Hari Raya dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari? Dia menjawab: Ya. Mu’awiyah bertanya: Lalu apa yang baginda kerjakan? Dia menjawab: Baginda mengerjakan solat Hari Raya, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 904.

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:

… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat ‘Ied itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi’i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.
Adapun pendapat mereka yang menyatakan tidak wajib maka ia benar-benar jauh (dari kebenaran), kerana ia termasuk salah satu syi’ar agama Islam yang paling agung. Dan orang-orang yang berkumpul untuk mengerjakannya lebih banyak dari solat Jumaat. Di dalamnya disyari’atkan bacaan takbir. Sedangkan pendapat orang yang menyatakan bahawa solat ‘Ied merupakan fardu kifayah, sama sekali tidak kuat… - Dinukil dari kitab Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah (Edisi terjemahan dengan tajuk Meneladani Rasulullah S.a.w. Dalam Berhari Raya) ditulis oleh Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 47-48.

Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim pula berkata:

Pendapat yang kuat adalah pendapat pertama (iaitu hukumnya wajib), yang berdasarkan kepada dalil-dalil di atas. Sedangkan pendapat yang menyatakan bahawa solat Hari Raya hukumnya sunatmu’akkadah adalah pendapat yang lemah, kerana hadis seorang Badwi tidak boleh dijadikan dalil, ia hanya menyebut solat lima waktu untuk menguatkan kewajipannya secara terus-menerus pada setiap siang dan malam harinya. Sedangkan solat-solat yang lain wajib dilakukan hanya pada waktu-waktu tertentu dan jarang. – rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 924.

Apa pun jua pendapat yang dipegang sama ada wajib mahupun sunat mu’akkadah, ketahuilah bahawa bagindashallallahu ‘alaihi wasallam amat menitik-beratkan agar kesemua umat Islam memenuhi musolla termasuk kaum wanita sebagaimana yang tercatat di dalam hadis-hadis di atas. Ini berbeza dengan amalan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang mana kaum wanita hanya ditinggalkan di rumah untuk menyiapkan apa-apa persediaan yang diperlukan di rumah sempena budaya rumah terbuka pada hari Lebaran. Budaya sedemikian rupa perlu dikikis. Berusahalah untuk membawa seluruh isi keluarga untuk menghadirkan diri bagi mengerjakan solat Hari Raya. Setelah selesai solat Hari Raya boleh teruskan apa jua agenda yang berupaya menggembirakan keluarga anda asalkan tidak bertentangan dengan syari’at.


 TEMPAT PERLAKSANAAN SOLAT HARI RAYA ADALAH DI MUSOLLA

Mengerjakan solat Hari Raya di musolla merupakan satu amalan yang hampir tidak dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil manusia yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Apakah itu musolla dan apakah perbezaannya dengan masjid? Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullahberkata:

Adapun perbezaan di antara musolla dan masjid adalah bahawa musolla berada di tempat terbuka (seperti padang-pen) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Sedangkan masjid berada di dalam sebuah tempat (bangunan-pen) yang tertutup, sehingga terkadang seorang khatib hanya dapat melihat sebahagian sahaja para hadirin. Solat Hari Raya disunnahkan untuk dilakukan di musolla, dan tidak dilakukan di masjid kecuali apabila di dalam keadaan darurat (seperti hujan, angin kencang dan lainnya-pen). - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.282.

Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat Hari Raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى.

فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.

Maksudnya:
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 956.

Ketahuilah bahawa solat di Masjid Nabawi itu adalah seribu kali lebih baik dari bersolat di masjid-masjid lain. Ini sebagaimana sabda baginda shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ.
Maksudnya:
Solat di masjidku ini (iaitu Masjid Nabawi) adalah lebih baik dari seribu kali solat di masjid lainnya kecuali Masjidil Haram (di Mekah al-Mukarramah). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jamaah, no: 1190.

Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musolla.

Ibnu Qudamah rahimahullah di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

Mengerjakan solat Hari Raya di musolla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula parakhulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat pada setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat Hari Raya. - Penulis nukil dari artikel bertajukBimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris S, ms. 40.

Tentang hikmah diselenggarakan solat Hari Raya di musolla, Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

Sesungguhnya mengerjakan dua solat Hari Raya di tanah lapang (musolla) memiliki hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidaknya boleh berkumpul bersama dua kali selama setahun. Semua orang dari penjuru negeri berkumpul di sebuah tempat, baik lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (kalimat tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan demikian, Hari Raya benar-benar memiliki erti yang agung bagi mereka. - Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, (edisi terjemahan dengan tajuk Koreksi Total Ritual Solat, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), ms. 394.

Menurut Syaikh Wahid Abdussalam pula:

Para ulamak telah mengemukakan sejumlah hikmahnya:
a.    Berkumpulnya kaum muslimin di satu tempat untuk menampakkan kejayaan kaum muslimin.
b.   Berkumpulnya kaum muslimin di tempat terbuka yang terlihat awal dan akhirnya disertai takbir dantahlil, dapat menguatkan keimanan dan memantapkan keyakinan.
c.    Keluarnya kaum muslimin di satu tempat, dewasa dan kanak-kanak, laki-laki dan perempuan, adalah salah satu fenomena kegembiraan pada Hari Raya.
d.   Tercerai-berainya kaum muslimin di beberapa masjid pada hari yang diberkahi ini menyebabkan perselisihan hati dan tercerai-berainya kalimat.
e.    Kaum muslimin memakai pakaian baru dan berkumpul di satu tempat dengan bertakbir, bertahlil, solat dan mendengarkan nasihat (khutbah), adalah salah satu bentuk rasa syukur kepada Allah, Rabb semesta Alam yang berfirman

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya:
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. - al-Baqarah (2) : 185

f.    Berkumpulnya kaum muslimim di dalam pemandangan yang disegani ini dapat menggentarkan para musuh agama dan membuat marah kaum kafir. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, Al-Kalimat al-Nafi’ah fil Akhtha’ asy-Sya’iah, ms. 298-299.

Namun begitu janganlah disebabkan di Malaysia solat Hari Raya tidak dilaksanakan di musolla maka ada yang beranggapan tidak perlu untuk menunaikan solat tersebut kerana menghindari amalan bid’ah. Menunaikan solat Hari Raya di masjid telah dibenarkan oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah sekiranya masjid tersebut mampu menampung seluruh penduduk di daerah tersebut. Imam al-Syafi’i berkata:

Jika sesebuah masjid di dalam sebuah daerah dapat menampung seluruh penduduk, maka menurut saya mereka tidak perlu lagi pergi ke tanah lapang (untuk mengerjakan solat Hari Raya). Tetapi jika tidak dapat menampung seluruh penduduk, maka tidak dianjurkan melakukan solat ‘Ied di dalamnya. - Dinukil daripada Fathul Baari, jilid 5, ms. 283.

Dari fatwa Imam al-Syafi’i ini maka al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah membuat kesimpulan seperti berikut:

Dari sini dapat disimpulkan, bahawa permasalahan ini sangat bergantung kepada luas atau sempitnya sesuatu tempat, kerana diharapkan pada Hari Raya itu seluruh masyarakat dapat berkumpul di suatu tempat. Oleh kerana itu, jika hal itu dapat dilakukan di dalam masjid, maka melakukan solat Hari Raya di dalam masjid lebih utama dari di tanah lapang. - al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 283.

Apapun jua bagi penulis mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah lebih utama kerana hadis-hadis baginda bersifat umum tanpa meletakkan sebarang syarat berkaitan keluasan atau kesempitan sesebuah masjid dalam menentukan tempat untuk dilaksanakan solat Hari Raya. Wallahu a’lam.

Oleh itu sewajarnya umat Islam di Malaysia berusaha untuk mengembalikan pengamalan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang semakin dipinggirkan ini. Alangkah indahnya sekiranya seluruh kepimpinan tertinggi di Malaysia melaksanakan solat Aidilfitri dan Aidiladha bersama rakyat jelata di tanah-tanah lapang di daerah masing-masing.


 TATACARA SOLAT HARI RAYA

 Waktu Mengerjakan Solat Hari Raya.
Waktu untuk mengerjakan solat Hari Raya adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk dilewatkan solat Aidilfitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya. Manakala bagi solat Aidiladha disunnahkan untuk mempercepatkannya bagi memudahkan untuk menguruskan penyembelihan haiwan korban setelah solat tersebut.

 Tiada Solat Sunat sebelum Dan Sesudah Solat Hari Raya.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا.

Maksudnya:
Daripada Ibnu ‘Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Hari Raya al-Fithri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 989.

Namun di Malaysia ini solat Hari Raya dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyyatul Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyyatul Masjid.

q  Tiada Seruan Azan atau Iqamah.
Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Hari Raya. Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الْعِيدَ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ.
Maksudnya:
Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat Hari Raya tanpa azan dan tanpa iqamah. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 968.

Apa yang jelas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setibanya di musolla lalu terus mendirikan solat Hari Raya. Ini sebagaimana disampaikan oleh Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى.

فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ.
Maksudnya:
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 956.

Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendirikan solat dua rakaat dahulu sebelum khutbah, tanpa ada ucapan al-sholatu jami’ah. Apa yang benar menurut al-Sunnah adalah tanpa ucapan itu. Baginda dan para sahabat tidak ada yang mengerjakan solat sebelum mahupun sesudah solat ‘Ied. - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah,Zaadul Ma’ad, ms. 48.

q  Tiada Laungan al-Sholatu Jami’ah.
Melaungkan al-Sholatu Jami’ah sebelum memulakan solat Hari Raya merupakan satu perbuatan yang lazimnya di amalkan di Malaysia dan inilah juga pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah. Amalan ini adalah bersandarkan kepada sebuah hadis mursal daripada al-Zuhri bahawa dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُ اَلْمُوءَذِّنَ فِي الْعِدَيْنِ أَنْ يَقُوْلَ: اَلْصَّلاَةُ جَامِعَة.

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memerintahkan kepada mu’adzin (tukang azan) ketika di dalam solat Hari Raya untuk mengucapkan al-Sholatu Jami’ah.

Hadis mursal adalah hadis yang disandarkan kepada tabi’in secara langsung kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamtanpa menyebut nama sahabat yang meriwayatkan. Di dalam hadis di atas al-Zuhri adalah seorang tabi’in yang menyandarkan sebuah hadis terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tanpa melalui seorang sahabat sedangkan al-Zuhri tidak pernah bertemu dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Hadis mursal hukumnya dha’if (lemah) dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah. Imam Muslim di muqaddimah kitab Shahih Muslim telah berkata:

Riwayat-riwayat yang mursal itu pada dasar perkataan kami dan perkataan/pendapat ahli ilmu hadis, tidaklah boleh dijadikan sebagai hujah. - Di nukil dari kitab Al Masaa-il (masalah-masalah agama) karya Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qolam, Jakarta 2004, jilid 3, ms. 291.

Oleh itu sewajarnya kita kekal hanya dengan riwayat-riwayat yang sabit daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu dengan tidak melaungkan apa-apa perkataan seperti al-Sholatu Jami’ah sebelum memulakan solat Hari Raya.

 Jumlah Rakaat Untuk Solat Hari Raya.
Jumlah rakaat solat Hari Raya adalah dua. Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh dia berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمَ الْفِطْرِ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ...
Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Hari Raya al-Fithri kemudian solat dua rakaat… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 989.

 Takbir Dalam Solat Hari Raya.
Oleh itu perlaksanaan solat Hari Raya ini sama dengan tatacara perlaksanaan solat dua rakaat yang lain hanya sahaja terdapat tambahan dua belas kali takbir di dalamnya. Pada rakaat pertama setelah Takbirat al-Ihram dan doa Iftitah serta sebelum bacaan surah al-Fatihah disunatkan membaca takbir sebanyak tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali.

عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى

فِي الْأُولَى سَبْعَ تَكْبِيرَاتٍ وَفِي الثَّانِيَةِ خَمْسًا ... سِوَى تَكْبِيرَتَيْ الرُّكُوعِ.

Maksudnya:
Dari ‘Aisyah, dia berkata: Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat Aidilfitri dan Aidiladha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 970.

Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan:

Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat Hari Raya (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)… Namun Ibnul Mundzir berkata: “Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai.” - Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, ms. 395-396.

Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim berkata:

Dan tidak ada sesuatu pun yang sahih bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat tangan ketika takbir dalam solat Hari Raya. Akan tetapi Ibnul Qayyim menyatakan: Ibnu ‘Umar –dengan semangatnya mengikuti sunnah- beliau mengangkat tangannya setiap kali takbir.
Saya katakan (Syaikh Kamal): Barangsiapa yang berpendapat bahawa Ibnu ‘Umar tidak melakukannya kecuali ada contoh daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka dia boleh mengangkat tangan setiap kali takbir, tetapi jika tidak maka sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. – rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 935.

Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahu’alam.

q  Bacaan Zikir Di Antara Takbir.
Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari berkata:

Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat Hari Raya, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas’udradhiallahu’ anh bahawasanya dia berkata mengenai solat Hari Raya: “Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah 'Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atas-Nya. - Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah, ms. 61.

Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti سُبْحَانَاللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar”. - Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286.

Pendapat inilah yang telah dipilih oleh umat Islam di Malaysia.

q  Bacaan Ayat al-Qur’an Dalam Solat Hari Raya.
Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setelah membaca al-Fatihah pada solat Hari Raya, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata:

Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih daripada baginda tentang bacaan itu (iaitu pada solat Hari Raya). - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49.

Dalil yang dijadikan sandaran adalah seperti berikut:

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ سَأَلَ أَبَا وَاقِدٍ اللَّيْثِيَّ:

مَا كَانَ يَقْرَأُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الأَضْحَى وَالْفِطْرِ؟

فَقَالَ:كَانَ يَقْرَأُ فِيهِمَا بِق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ وَاقْتَرَبَتْ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ

Daripada ‘Ubaidillah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah, bahawasanya ‘Umar bin al-Khatthab pernah bertanya kepada Abu Waqid al-Laitsi: Apa yang biasa dibaca oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri? Dia menjawab:
Pada Hari Raya tersebut baginda membaca surah Qaaf wal quraanil majeed dan Iqtarabatis saa’atu wanshaqqal qamar. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedain, no: 891.

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ

بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ.

قَالَ: وَإِذَا اجْتَمَعَ الْعِيدُ وَالْجُمُعَةُ فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ يَقْرَأُ بِهِمَا أَيْضًا.

Daripada Nu’man bin Basyir radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah biasa membaca pada solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta solat Jumaat Sabbihisma rabbikal a’laa dan Hal ataaka hadiitsul ghaasyiyah. Dia berkata: Jika Hari Raya bertepatan dengan hari Jumaat dibacakan kedua surah tersebut pada kedua solat tersebut. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 878.

 Mengqadha Solat Hari Raya.
Apabila seseorang tidak dapat menyertai solat Hari Raya bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:

وَقَالَ عَطَاءٌ: إِذَا فَاتَهُ الْعِيْدُ صَلَّى رَكَعَتَيْنِ.
Maksudnya:
Jika seseorang terlewatkan (dan tidak dapat menunaikan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat Hari Raya, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat.

Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:

Sesiapa yang ketika ingin bersolat Hari Raya mendapati imam sebelum salam maka harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai dengan sifat solat Hari Raya. Dan orang yang tertinggal solat Hari Raya maka hendaklah dia mengqadhanya sesuai dengan sifat solat Hari Raya. – Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwaijiri, Mukhtasar al-Fiqh al-Islami, ms. 720.

 Ringkasan tatacara mengerjakan solat Hari Raya.

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ“Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5)      Membaca surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ“Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali
2)      Membaca surah al-Fatihah
3)      Membaca Surah al-Qur’an
4)      Rukuk
5)      Iktidal
6)      Sujud
7)      Duduk antara dua sujud
8)      Sujud kali kedua
9)      Duduk untuk tahiyyat akhir
10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

 Khutbah Hari Raya.
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Dari Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى

فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ ثُمَّ يَنْصَرِفُ فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ

فَيَعِظُهُمْ وَيُوصِيهِمْ وَيَأْمُرُهُمْ.
Maksudnya:
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat Hari Raya. Kemudian baginda berpusing dan menghadap jamaah yang sedang duduk di shaf-shaf mereka. Kemudian baginda memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 956.

Khutbah Hari Raya berbeza dengan khutbah Jumaat kerana ianya tidak dibahagikan menjadi dua khutbah dan khatib tidak perlu duduk di antara dua khutbah tersebut. Imam al-Nawawi rahimahullah telah berkata:

Apa yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud bahawa dia mengatakan: “Disunnahkan berkhutbah pada Hari Raya dengan dua khutbah yang keduanya dipisahkan dengan duduk adalah dhai’f (lemah) lagi tidak bersambung. Tidak ada satu riwayat sahih pun yang menyebutkan dua khutbah. - Dinukil dari kitab Al-Kalimat al-Nafi’ah fil Akhtha’ asy-Sya’iah, karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali, ms. 424.

Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari berkata:

Dan tidak ada satu hadis pun yang diriwayatkan secara sahih yang menyebutkan bahawa khutbah Hari Raya itu terdiri dari dua khutbah, yang dipisahkan antara keduanya dengan duduk.. - Syaikh ‘Ali Hassan bin ‘Ali al-Halabi al-Atsari, Ahkaam al-‘Iedain fis Sunnah al-Muthaharah, ms. 73.

Para jemaah juga tidak diwajibkan untuk menghadiri khutbah Hari Raya ini. Oleh itu setelah selesai mengerjakan solat Hari Raya bagi seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut. Ini sebagaimana diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin al-Sa’ib, dia berkata:

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِيدَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلاَةَ

قَالَ: إِنَّا نَخْطُبُ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَجْلِسَ لِلْخُطْبَةِ فَلْيَجْلِسْ. وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَذْهَبَ فَلْيَذْهَبْ.

Aku pernah menghadiri solat Hari Raya bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan ketika selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah, barangsiapa ingin duduk untuk mendengarkan khutbah maka dipersilakan. Dan barangsiapa yang ingin pergi, maka dipersilakan untuk pergi. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 975.

Tiru dan Tampal : sini2