Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Monday, December 10, 2012

Cari bahagia..




Tawaran hebat!!
Mahu bahagia kini dan selamanyaaaaaaa...?
Jom!!

Antara amalan yang disarankan untuk mendapat kebahagiaan dunia akhirat: 

1)Melazimi ucapan kalimah "Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah". 
Berdasarkan sabda Rasulullah saw: Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seseorang hamba daripada keburukan dunia akhirat melainkan berzikir kepada Allah". 

2)Sentiasa menyebut lafaz "La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzim". 
Sabda Rasulullah saw: Apakah tiada aku tunjukkan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga? Sahabat bertanya:Apakah kunci pintu syurga itu? Rasulullah saw menjawab: Dengan menyebut,"La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzim" tiada daya kekuatan melainkan dgn izin Allah. Apabila kita selalu menyebut dzikir ini,apabila kita ditimpa dengan dugaan dan ujian kita akan sentiasa diberi ketenangan dan akan memperoleh ketenangan drpd Allah swt. 

3) Apabila mendapat nikmat maka ucapkanlah "Alhamdulillah". 
Rasulullah saw bersabda yg bmksud: Ucapan yang paling disukai Allah ada empat, iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Wa Lailaha illallah Allahu Akbar". Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaannya yang berada di atasnya, diserahkan ke tangan seseorang drpd umatku, kemudian org itu berkata Alhamdulillah, maka ucapan Alhamdulillah itu lebih berharga kerana harta dunia akan habis, tetapi ucapan Alhamdulillah itu akan berkekalan hingga ke akhirat insyaAllah. 

 4)Mengucap Bismillahirrahmanirahim setiap kali hendak memulakan pekerjaan. Jika buat kerja,tidak sebut bismillah, tiada keberkatan kpd pekerjaan itu. 

5)Melazimi ucapan "astaghfirullahaladzim wa atubu ilaih"
Nabi saw bersabda: perlukah aku memberitahumu ttg sesuatu penyakit & ubatnya kpd kamu. Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa & ubatnya adlh istighfar. Sesungguhnya manusia tidak sunyi drpd melakukan salah &dosa,maka cepat-cepatlah beristighfar &bertaubat. 
Dlm hadis lain,sabda Nabi saw: Barangsiapa yg membiasakan dirinya membaca istighfar, Allah akan melepaskannya drpd pelbagai mcm kesempitan, & terlepas dari setiap kesusahan & Allah akan memberinya rezeki dr jalan yg tidak disangka2.(Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud, Ibnu Majah) 

6)Solat sunat sebelum subuh. 
Riwayat Imam Muslim, sabda Nabi saw: solat dua rakaat sebelum subuh itu lebih baik dr dunia dan segala isi dunia.

dan...

7) Bersahabatlah dengan mereka yang SOLEH/SOLEHAH
kebahagian itu terletak pada manisnya wajah mereka, lunaknya tutur nasihat mereka, ringannya tubuh mereka melaksanakan taat. Hingga tatkala hati lesu, hatimu mampu cergas dengan ingatannya. Dan bila tubuhmu malas, jasadmu akan segera bertenaga dengan kekuatannya yang rajin mellkukan ibadat seolah tidak pernah lelah.

p/s: Jazakillahukhoiral jaza' kpd sahabat kepada sahabat saya yg berkongsi kepada ingatan ini kepada sahabat saya.

Jom kita cuba sikit-sikit!
Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua :)

Yosh!!

No comments: