Gerak hati yang bersebab...
SubbahanaAllah berterbangan gambar2 yang menyimpan kisah2 hidup terindah tatkala buku ini ditarik keluar dari susunannya!!
Allahu!!
Labbaik Allahumma Labbaik!!
Mata yang kering, kembali basah..
Hati yang keras, kembali bergetar!!
Sungguh Allah!! Aku rindu Haramain!!
Dah lama tergerak hati untuk menulis sedikit kalam tentang perjalan ke tanah suci, namun ketiadaan perkataan dan bahasa untuk mencoretkan kebahagian hati tatkala itu..
Apa yang terjadi harini..
mengerakkan kemahuan itu sekali lagi..
Asal niat ingin menulis sekadar status di mukabuku..
tanpa sedar, panjang berjela pula 'status' itu..
maka direvertke note..
untuk menyemadiakan tulisan ini, ak tiru tampal dari Note ke blog, semoga bermanfaat buat pembaca blog (klu masih ada pembacanya)
maka direvertke note..
untuk menyemadiakan tulisan ini, ak tiru tampal dari Note ke blog, semoga bermanfaat buat pembaca blog (klu masih ada pembacanya)
:)
![]() |
| Tenung dalam-dalam gambar ini Haramain sedang menantimu!! Sungguh! |
Masih teringat beberapa minggu sebelum diberi peluang ke Haramain,
Kebanyakkan mereka yang sudah ke Haramain bercerita yang tanah ini panas hingga kaki merekah berdarah,batuk, demam, pak+mak arab ganas, berpusu-pusu, bertolak-tolak ketika tawaf/saie, diuji itu dan ini, namun diakhir penceritaan mereka, pasti ada 'aku rindu Haramaian', 'mahu ke sana lagi', 'tak puas umrah kali n, nak pergi lagii' etc..
Pelik.
Macamana boleh rasa best kalau rasa susah kat sana.
x faham betul!
itu dulu...
kini aku faham.
Ketenangan dan rasa bahagia di sana menghilangkan semua 'sakit' yang ada.
Keindahan dan kembara rohani yang super overwhelming!!
Bila pulang, ramai yang bertanya pengalaman dan kisah sepanjang di sana.
Aku mampu bercerita, namun tidak mampu memberi rasa.
Kerana manis air, tidak boleh difahami hanya dengan cerita.
Air itu perlu diminum untuk memahami kemanisannya...
Sehingga satu saat, aku cenderung untuk tidak bercerita,
Satunya kerana kamu tidak dapat rasa melainkan PERGI & RASA sendiri.
Keduanya kerana aku tidak mampu menyekat takungan airmata yang mengalir bersama kerinduan aku pada setiap kisah yang dirasai sepanjang perjalanan rohani ini.
Ketahuilah diri ini bukan manusia lembut yang mudah menangis dihadapan orang lain,
tapi aku menjadi manusia yang sangat lemah bila kisah Haramain ini disingkapkan..
Semakin cepat terasa bila nama Haramain disebutkan...
Biarlah..
Kelemahan yang direlakan..
Agar aku sentiasa ingat...
Berniat dan berusahalah dari sekarang.
Buat sahabat-sahabat yang berELAUN, rancang perbelanjaan dan peruntukkan duit untuk Umrah/Haji.
Kalian masih punya masa, belum terlewat untuk mula!!
Tidak akan pernah terlewat...
Kita tidak akan tahu bila masanya Allah swt akan menjemput kita ke tanah sucinya..
Bersedia atau tidak, bukan alasan, kerana Dia lebih tahu tentang dirimu daripada kamu sendiri..
Tunggu soleh/solehah..hmmm...
aku pun masih belum solehah atau baik ketika itu dan hingga kini masih belum cukup solehah ataubaik..
Takut dan risau bercampur baur sehari sebelum tiba hari bertolak,
bimbang akan dosa pada Dia dan manusia yang masih tidak terdiiampunkan..
Pesan mama ayah, itu bisikan syaitan...
Itu alasan yang diberi syaitan untuk memberatkan niat dan kemahuan..persetakan alasan itu, tekadkan NIAT dan MAHU!!
Allah tahu kemahuanmu, andai tidak mampu,
yakin Allah swt pasti akan mencukupkan keperluan dan mahumu. YAKIN!!
Ketahuilah Haramain sedang menanti kehadiranmu.. :)
"Ya Allah bekalilah aku ini dengan afiat pada tubuhku tetap menjaga agamaku, baik kepulanganku dan berilah aku taat setia pada-Mu selama-lamanya selama Engkau membiarkan aku hidup dan kumpulkanlah bagiku kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya allah janganlah Engkau jadikan waktuku ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Sekiranya Engkau jadikan masa terakhir maka gantilah surga untukku dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha kasih Sayang lebih dari segenap yang kasih. wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam."
Teringat pesan mutawif, sampaikan dakwah pada sahabat-sahabat diluar sana tentang umrah/haji hatta dengan sekeping gambar atau seutas tasbih..
Mohon doa agar saya dan keluarga serta sahabat-sahabat saya mendapat seruan dan jemputanNya kembali ke Haramainn ya!! :')
p/s: Yakin, sahabat-sahabat yang sudah kesana berkali-kali lebih baik penceritaannya daripada diri yang pergi baru sekali malah kurang banyak pula ilmunya ini. Semoga sedikit sebanyak, diri yang kerdil ini mampu menjentik rasa MAHU pada sahabat untuk berfikir lebih serius tentang HARAMAIN :)


No comments:
Post a Comment