14 Syaaban 1432H
Alhamdulillah sudah hampir seminggu lebih dari tarikh mula NICE'11 di Kem Kijang,KB.
Dari rasa berat hati sebelum bertolak, kini aku boleh dikatakan sudah sedikit jatuh hati dengan KB, warganya, suasananya dan juadahnya. (hehe.. syurgha makanan KB nih!)
Bertolak dari KL jam 10 malam, dengan kelajuan bas yang dahsyat, kami selamat sampai di KB jam 0515.
Dengan ehsan ayah asma', kami dibawa terus ke rumah. SubbahanaAllah, besarnya rumah orang-orang KB nih, rumah asma juga tidak terkecuali. Impian untuk cuba tido di rumahala-ala kampung, nampaknya tidak berhasil (tp jauh disudut hati, amat bersyukur, hehe). Usai solat subuh dan mandi, kami dijamu. Alhamdulillah terima kasih auntie :D
Jam 0900 terus berjalan ke Pasar Siti Khadijah. Tidak seperti yang dilihat di dalam akhbar dan TV. Pasar ni sama macam pasar biasa. Sebijik macam pekan rabu kat aloq setaq. Cuma pekan rabu x dak pasar basah kat bawahnya. Target kunjungan pertama ni adalah TUDUNG. yeah..dsbbkan kesuntukkan bajet, hanya 2 helai tudung mampu dibeli dan sehelai tshrt muslimah. okla.. mmg murahla!
Usai membeli belah, kami ke Restoran Ulam Kampung (kut.. ke Kg Kraft.. hehe x hingat)
Makan makanan kampung+ ulam2an. PeRGH!!! mmg menyelerakan!! tambah2 dengan air bandung spesel. :) kira punya kira, 6 org makan dengan lauk yang agak mewah, bil hanya menunjukkan RM 30++
hoh!! murahnya!!! mmg syurgha makanan.. sironok ini..
Berhenti zohor di rumah asma azim dan terus ke usrah. (Panas sungguh cuaca KB ya.......)
Kagum dengan sahabat2 usrah yang boleh fokus time usrah dengan keadaan yang agak bahang. peluh dirasakan menitik2 tanpa henti. huhu..
Selepas usrah, kak safiah ajak makan CTP, hoh?!! apakah ini...
Cendol.Tapai.Pulut =CTP..ohhho.. mmg masyuk... esp time2 panas gini..
ketabahan sungguh melihat penunggang motor dan penjual di gerai berniaga di bawah terik mentari.salute!
Jam 2030 kami round Wakaf Che Yeh (selalu duk sasul2 jd Wakaf Che yAh, haha). Hasil tangkapan... kurang memberangsangkan.. tp dapatlah 3 pasang blouse labuh untuk kami bertiga, aku,yan dan asma.
save duit ye dak.. :)
Malamnya..
tiba masa untuk TIDOOORRR.. weheeeeee...
K.E.L.A.M.B.U did i spell it right? heh
yea.. FIRST TIME tido dalam kelambu (ke bawah kelambu).. kenangan terindah bersama kak safiah ini..
Alhamdulillah tiada sekor nyamuk berjaya menembusi kelambu ini.. inshaAllah...
Konklusi 1 hari
Orang-orang KB - KAYA.PERAMAH.
KB- Syurga Makanan -Sedap dan Murah
Esoknya..
tersedar apabila azan SUBUH berkumandang. SubbahanaAllah amat jelas kedengaran azan ini.
amat mendamaikan..
Pukul 11 kami bertolak ke Kem Kijang. Kem yang dikatakan.............
Nantikan update NICE'11 pada next post, InshaAllah.. :))
Allahua'alam.
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)
Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Showing posts with label Summer'11. Show all posts
Showing posts with label Summer'11. Show all posts
Thursday, July 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)