Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Rindu Haramain, kenapa?






Gerak hati yang bersebab...
SubbahanaAllah berterbangan gambar2 yang menyimpan kisah2 hidup terindah tatkala buku ini ditarik keluar dari susunannya!!
Allahu!! 

Labbaik Allahumma Labbaik!!


Mata yang kering, kembali basah..
Hati yang keras, kembali bergetar!!
Sungguh Allah!! Aku rindu Haramain!!

Dah lama tergerak hati untuk menulis sedikit kalam tentang perjalan ke tanah suci, namun ketiadaan perkataan dan bahasa untuk mencoretkan kebahagian hati tatkala itu..

Apa yang terjadi harini..
mengerakkan kemahuan itu sekali lagi..





Asal niat ingin menulis sekadar status di mukabuku..


tanpa sedar, panjang berjela pula 'status' itu..
maka direvertke note..

untuk menyemadiakan tulisan ini, ak tiru tampal dari Note ke blog, semoga bermanfaat buat pembaca blog (klu masih ada pembacanya)


:)


Tenung dalam-dalam gambar ini
Haramain sedang menantimu!! Sungguh!



Masih teringat beberapa minggu sebelum diberi peluang ke Haramain,

Kebanyakkan mereka yang sudah ke Haramain bercerita yang tanah ini panas hingga kaki merekah berdarah,batuk, demam, pak+mak arab ganas, berpusu-pusu, bertolak-tolak ketika tawaf/saie, diuji itu dan ini, namun diakhir penceritaan mereka, pasti ada 'aku rindu Haramaian', 'mahu ke sana lagi', 'tak puas umrah kali n, nak pergi lagii' etc..

Pelik.
Macamana boleh rasa best kalau rasa susah kat sana.
x faham betul!
itu dulu...

kini aku faham.
Ketenangan dan rasa bahagia di sana menghilangkan semua 'sakit' yang ada.
Keindahan dan kembara rohani yang super overwhelming!!

Bila pulang, ramai yang bertanya pengalaman dan kisah sepanjang di sana.
Aku mampu bercerita, namun tidak mampu memberi rasa.
Kerana manis air, tidak boleh difahami hanya dengan cerita.
Air itu perlu diminum untuk memahami kemanisannya...

Sehingga satu saat, aku cenderung untuk tidak bercerita,
Satunya kerana kamu tidak dapat rasa melainkan PERGI & RASA sendiri.
Keduanya kerana aku tidak mampu menyekat takungan airmata yang mengalir bersama kerinduan aku  pada setiap kisah yang dirasai sepanjang perjalanan rohani ini.
Ketahuilah diri ini bukan manusia lembut yang mudah menangis dihadapan orang lain,
tapi aku menjadi manusia yang sangat lemah bila kisah Haramain ini disingkapkan..
Semakin cepat terasa bila nama Haramain disebutkan...
Biarlah..
Kelemahan yang direlakan..
Agar aku sentiasa ingat...

Berniat dan berusahalah dari sekarang.
Buat sahabat-sahabat yang berELAUN, rancang perbelanjaan dan peruntukkan duit untuk Umrah/Haji.
Kalian masih punya masa, belum terlewat untuk mula!!
Tidak akan pernah terlewat...

Kita tidak akan tahu bila masanya Allah swt akan menjemput kita ke tanah sucinya..
Bersedia atau tidak, bukan alasan, kerana Dia lebih tahu tentang dirimu daripada kamu sendiri..
Tunggu soleh/solehah..hmmm...
aku pun masih belum solehah atau baik ketika itu dan hingga kini masih belum cukup solehah ataubaik..
Takut dan risau bercampur baur sehari sebelum tiba hari bertolak,
bimbang akan dosa pada Dia dan manusia yang masih tidak terdiiampunkan..
Pesan mama ayah, itu bisikan syaitan...

Itu alasan yang diberi syaitan untuk memberatkan niat dan kemahuan..persetakan alasan itu, tekadkan NIAT dan MAHU!! 
Allah tahu kemahuanmu, andai tidak mampu,
yakin Allah swt pasti akan mencukupkan keperluan dan mahumu. YAKIN!!

Ketahuilah Haramain sedang menanti kehadiranmu.. :)

"Ya Allah bekalilah aku ini dengan afiat pada tubuhku tetap menjaga agamaku, baik kepulanganku dan berilah aku taat setia pada-Mu selama-lamanya selama Engkau membiarkan aku hidup dan kumpulkanlah bagiku kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya allah janganlah Engkau jadikan waktuku ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Sekiranya Engkau jadikan masa terakhir maka gantilah surga untukku dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha kasih Sayang lebih dari segenap yang kasih. wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam."

Teringat pesan mutawif, sampaikan dakwah pada sahabat-sahabat diluar sana tentang umrah/haji hatta dengan sekeping gambar atau seutas tasbih..
Mohon doa agar saya dan keluarga serta sahabat-sahabat saya mendapat seruan dan jemputanNya kembali ke Haramainn ya!! :')

p/s: Yakin, sahabat-sahabat yang sudah kesana berkali-kali lebih baik penceritaannya daripada diri yang pergi baru sekali malah kurang banyak pula ilmunya ini. Semoga sedikit sebanyak, diri yang kerdil ini mampu menjentik rasa MAHU pada sahabat untuk berfikir lebih serius tentang HARAMAIN :) 

Tuesday, July 5, 2011

off to KB dengan hati yang...

Assalamualaikum wrbt...

Alhamdulillah sudah hampir 6 hari sampai Kuala Lumpur terchenta :D

Malam ni bermula la perjalanan pertama ke pantai timur sendiri..
Kota Bharu, orang luar ini mahu berteduh sebentar di tanahmu..

InshaAllah akan menghadiri NICE di Kem Kijang dari 7-10 Julai

Huahuahua.. x tau kenapa berat sangat hati nak g KB, mungkin sebab ia sebuah negeri asing. Sungguh asing. orang, bahasa dan adatnya..
Mungkin juga sebab  negeri ni aku selalu fikir dan bayang kata-kata orang akan kehebatan Islamnya. Takut2 expectationku x mencapai sasaran dan lantas menyebabkan kekuciwaan terhadap parti islam yang aku kagumi dari dulu.
Wallahualam.

Ya Allah berdebar sangat hati ni..
tapi kata-kata mama ayah sangat soothing..
Nak pergi majlis ilmu, besala rasa berat, syaitan akan cuba buat macam-macam untuk malaskan kita pergi..

Allahu.. jzkk mama ayah.
Jzkk sebab bagi ina pergi dan belajar. :)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.  
(  سورة التوبة  , At-Taubah, 9:14)



Allahualam.


semoga selamat sampai dan menuntut ilmu
Ya Allah luruskan niatku selalu 
dan selalu ingat2kan aku...

Sunday, June 5, 2011

Permulaan yang tidak diketahui bila akan mulanya

Bismillahirrahmanirrahim...

Gerakan mengemas rumah sudah bermula...
Dalam duk sibuk-sibuk mengemas bilik, tiba-tiba kak tein panggil, katanya ada sesuatu yang kak mirah nak bagi...
Tudung labuh..
Ho?! 

Tudung labuh bulat berwarna biru keputihan ku amati..
Nak amik ke tudung nih.. Pakai ke aku nanti ni..
" Testing sat.. " kataku sambil menyarungnya ke kepala..
Wahaa.. labuhnyer..

Balik umah nanti, susah pula nak dapat tudung labuh ni, mama ayah x gemar sangat aku dengan tudung labuh bulat ni.
Bukan tak bagi, cuma pesannya kalau dah pakai kena pakai terus, jangan tanggal... 
Dan mereka tahu siapa aku.. lasak dan nampak sangat x sesuainya dengan tudung labuh bulat.

Takpa, aku ambil je tudung ni, just in case aku perlukannya satu hari nanti..
We will see.. InshaAllah..
Ada hikmah kenapa kak mirah tergerak hati memberikan tudung itu pada aku..
Tak tergerak hati seorang hamba kecuali dengan izin dan arahanNya..
Allah swt sedang mengetuk hati hamba kecil dan hinaNya ini..
Mahukah aku menyambutnya...

Pepepun, take note this date.. 4 Jun 2011
Tudung Labuh Bulat pertama di dalam simpananku..
Bila ia menjadi pakaianku, Allahualam..

Azamku, inshaAllah hari itu akan tiba..
Sesungguhnya pakaian akan menentukan akhlak dan adabmu..

Persoalannya: Kenapa perlu bertudung labuh??

Allahualam

Mohon doa..

Tuesday, November 30, 2010

Salji Tahun Ketiga

dari akhbar tempatan Independent.ie

It's going snowhere fast as record lows sweep in
UP TO 20cm -- or eight inches -- of snow is forecast to fall over the coming two days, a record for the month of November.And the Arctic spell that has gripped the country will continue until early next week, with temperatures expected to fall to a record low of -13C today.The cold weather is likely to lead to severe disruptions of public transport services and widespread closure of schools as local authorities struggle to keep roads open... [more]

SubbahanaALLAH!!!
Salji turun awal tahun ini. Walhal musim luruh pun masih belum sempat melabuhkan tirainya. Kami panggil salji kali ini. 'Autumn Snow' (",)/

Tak sedar salji turun sehinggalah selepas kami selesai mendengar Tazkirah Subuh dan bersiap-siap untuk senamrobik di QnO.
Haha, tergelak tengok keterujaan adik-adik tahun satu bermain salji. Ikut hari nak join sahaja, hehe. Tersenyum sendiri melihat gelagat adik-adik, mana tidaknya, we were once like that toooo...

Nov 2010: laluan depan rumah yang dipenuhi salji dan tapak kaki kami..

Nov 2010: bukti ketebalan dan kedalaman salji tahun ini.

Nov 2010: Tahun ketiga, tetap masih teruja, sebab, setakat 3 tahun ini, ini yang paling lebat setakat ini...

2 tahun yang lalu...

Banyak kali aku bertanya kakak rumah, bila Dublin nak salji. Jawapan kakak rumah selalu menyedihkan. " Dublin tidak bersalji macam UK syara". Oh! sediihnya...

Tapi tidak lama dari itu, salji mula turun.. Allahuakbar!!!

Jan 2009: dari hadapan rumah @ Grove Park, Rathmines.

Betapa seronoknya aku masa itu. Kak Izyan yang mengkhabarkan aku tentang penurunan salji. hehe... Seronok tidak terkata, dengan pantas aku mencapai baju bubble dan terus ke luar rumah bersama kamera..

Masih ingat hati berdetik.. ' Ntah2 esok dah xde, kena tangkap gamba banyak-banyak ni!!'

maka puaslah bergambar dengan wani, sahabat serumah. Oh, kalau tak silap, usai bergambar, terus skype ayah. Bermain salji bersama ayah, hehe.

Jan 2009: Siap buatkan snowman ciput untuk ayah. haha

Salji masa ini memang sikit. Bak kata Prof Clive Lee (Prof Anat feveret):

" Finally, we have some snow after 35 years".. waaaaaaahhhh!! [mmg teruja betul masa dengar ni, kes kes kes kes ]

Jan 2009

Setahun yang lepas

Buat kali pertamanya, aku merasai salji yang AMAT tebal, tapi bukanlah di Dublin, tapi di Manchester, UK.

Kat sini lagi bukan main seronoklah dapat jumpa snow. tebal amat!! Bila terbayang Dublin, rasa macam, mimpilah Dublin nak snow camni... So, kena main puas-puas.

Memamg puas la!! Sakan jugalah bergambar!.. hahaha kanak-kanak sungguh zaman itu..

Dalam awal Januari, Dublin menjadi sejuk yang sangat sejuk. pelik. petanda snow ka?? Alhamdulillah, memang malam itu salji turun dengan meriahnya.. tapi hanya bertahan dua malam. [kalau tak silap]

Jan 2010: malam ketika study, turunlah salji. Masa 2nd year, kejap je, dalam 2 hari dan x selebat tahun ini

Masih ingat masa itu, tengah study untuk exam JC3. Snowman masih berskala tinggi betis..

xpe, asal dapat rasa snow turun...


Hahaha... itulah pengalaman dengan snow setakat ni...

Tahun ini. 27/11/2010 (sebelum subuh dah ada rasanya)

Nov: 2010: pemandangan dari depan pintu rumah, jam 9 pagi, 28 Nov 2010

Nov 2010: Habes semua diselaputi salji..

Tahun ini, SALJI masyaALLAH!!! sangat lebat, dan turun dalam bulan November. Awal bangat!!

masih belum sempat untuk bermain salji. Lantaran terlalu sibuk dengan kelas. Hanya sempat menikmati tujahan ketulan salji di dalam perjalanan ke hospital..

Sejuk beku betul kali ini, semalam sahaja dah -7'C. Dan mungkin dijangka -10'C dalam seminggu ni.. Allahuakbar!! sejuk gigil-gigil...

Masuk hari ini, dah 3 hari.. Salji tiada tanda untuk berhenti.. Suhu makin turun..

Jalan semakin lecak dan licin. Dah tidak terkira bilangan orang terjatuh. Allahu~

Perubahan cuaca menjadi-jadi. Adakah ini petanda dari Allah yang BUMI ini sudah sangat tua??

Sedarkah manusia-manusia di atasnya akan keadaan ini??

Atau adakah kita masih leka dengan keseronokkan dunia??

Andai sejuk sdikit ini pun kita sudah sakit, bagaimana pula NERAKA yang jauh lebih dahsyat??

Allahuakabar!!

Allahuakbar!!

Allahuakbar!!

Masukkanlah aku serta keturunanku di dalam golongan yang sentiasa INGAT akan MATI dan HARI PERHITUNGAN, agar kami tidak lalai dan jauh dariMu.

Matikanlah kami dalam Husnul Khatimah!!

Allahualam.

Saturday, November 13, 2010

Dan ayah lagi...

dicopy paste dari kotak menjerit disebelah:

8:40 AM 12/11/10
T O ANAK KU SYARA:
ASSALAMUALAIKUM WBT
YA ALLAH KAU BUKAKAN LAH SELUAS2 PINTU REZKI, PINTU RAHMAN, DAN PINTU KEAMPUNAN PADA ANAK KU SYARAFINA DAN KAU PERMUDAHKAN LAH DALAM SEGALA HAL, DAN BERIKAN JUA KEJAYAAN YANG CEMERLANG KPD ANAKKU SERTA SAHABAT2NYA YG SAMA2 MERNTAU MENIMBA ILMU DEMI MEMBANTU UMAT DIMUKA BUMI NI YAALAH BERIKAN KEKUATAN MINDA FIZIKAL DAN ROHANI DEMI MENERUSKAN CITA2 NYA YAALLLAH PERKENANKAN DOA KAMI YAALLAH AMIN YA ROBBALALAMIN

Allahuakbar, ayah seperti selalu...

Seperti boleh membaca hatiku.. Allahu~
Ayah betapa eina sangat memerlukan doa dan sokongan dari ayah dan mama!!!

JZKK ayah mama!!!
dah bertakung dah mata ni..
ALLAHUAKBAR!!
Kuatkan aku sebagaimana aku sentiasa kelihatan KUAT di mata hero-hero kecilku.

Semoga Allah swt mengembalikan kasih sayang dan keluhuran hati ayah dan mama melalui rahmatNya...

Alhamdulillah, Allah saya hampir tiada lagi permintaan di dunia ini, melainkan kau jadikan aku serta adik-beradikku anak-anak yang soleh dan solehah, HADIAH buat AYAH dan MAMA kami!!!

serta peliharalah ayah dan mamaku sementara aku masih disini. Lapang dan gembirakanlah hati mereka dengan rahmatMU.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!!!!

Allahualam

Wednesday, November 10, 2010

Insan penceria hidup, dialah..

Allahuakabar...

pagi tadi sengaja aku mesej mama, bertanyakan resepi ikan sardin feveret ayah..
[teringin makan ikan tiba-tiba.. lol]

tp mama membalas mesejku agak lewat, sedar-sedar mama membalas:
"mama x sihat, mama demam ina. mama nak ke klinik." ringkas balasan dari mama

berderau darah tatkala membaca mesej ini,
"mama.."

memandangkan kelas terus-menerus tanpa henti, ditambah dengan perbezaan waktu 8 jam, hajat nak telefon terus terpaksa ditunda.

Pagi tadi, aku cuba telefon, hajat ingin bertanya khabar,
[terus lupa akan lauk sardin, sbb semalam dah cuba sardin free-style,.. bolehlah walaupun x seummmpppphh mama's]

Pelik, telefon x berangkat, hati semakin risau
[mungkin mama demam je, tapi itulah sejak dah ambil perubatan selalu terOver diagnosis, maka macam-macamlah DDx dikemukan akal, maka bertambahlah susahlah hati..]

Balik dari hospital, aku terus membuka laptop gedebak 'hadiah' dr RCSI dan men'sign in' Y!mesengger, tiba-tiba POP!!

dicopy paste dari offline message Y!M

Show Recent Messages (F3)
ayah best appears to be offline and will receive your messages after signing in.
ayah best: sayang anak ayahh
ayah best: call mama ker tadi ari ni ayh ngan mama cuti nak gi amik ifi
ayah best: he he he nak resepi ikan sardin tu ker
ayah best: ayh pun leh bagi
ayah best: mula2 masuk sedikit minyak goreng dulu iakan tu depan belakang pas dah agak masak sardin tu ( awas masa goreng kena tutup sbb dia letup2 tau ) pas tu masukkan bawang besar dipotong besar2 , msk bawang putih, cili padi ketuk2 buamg niji pas tu goreng ngan ikan tadi pas tu masukkan lah ssos sardin tu kalau boleh bubuhlah sikit air perahan air asam jawa kalau nak masin tambah lah sikit grm kalau tak tak yah .ok resepi kegemaran ayah dah ready tuk makan umppppppppp sedap sampai menjilat jari ari2 mkn pun tak pa. ok selamat mencuba bye
ayah best: bye anak ayah ayah dah nak gi ipoh doakan ayah selamat sampai n balik kul 5 nnt ayah nak ke PD lak sampai ahad malam baru balik mama ada bagi kursus ok anak ya belajar rajin2 hope u suksess alwayyy sayang anak ayah. muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ayah best: YA ALLAH KAU BUKAKAN LAH SELUAS2 PINTU REZKI, PINTU RAHMAN, DAN PINTU KEAMPUNAN PADA ANAK KU SYARAFINA DAN KAU PERMUDAHKAN LAH DALAM SEGALA HAL, DAN BERILAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA ANAK KESAYANGAN KAMI . YA ALLAH. KAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGASIHANI. AMIN YA ROBBALALAMIN

hahahaha... ayah-ayah..
Penceria dan pembahagia kami sekeluarga..

Alhamdulillah kelihatan seperti mama demam-demam biasa,
[pergghh terus ke ipoh ye..]

JZKK Ayah mama, for always being there for me...

MAMA AYAH saya TERBAIK!!!!

Selepas kasih Allah dan Rasul, merekalah pemilik kasih ini. (",)/

Alhamdulillah..

Allahualam

Monday, August 9, 2010

Pulang ke gagang

08.08.2010
27 Syaaban 1431H
Johol, Negeri Sembilan

Akhirnya aku pulang ke gangang [baca: kampung]. Bila anak bandar pulang ke kampung inilah kisahnya....

teruja sungguh. hijau-hijau semua. sempit-sempit jalan kat kampung ni kan?
tapi sehari duk sini, takde pler aku dengar bising hon-hon kereta.
Pelik?! kat KL, jalan punya lebar pun, masih ada yg berebut. camna tu?
Sampai tengahri, tp SubbahanaALLAH, sejuk je suasana kat sini.Nyaman.
klu kat KL, Allah! panas bahangnya Allah sahaja yang tahu.


Niat balik kampung ni nak hantar periuk belanga wan busu sebenarnya, tapi nak dijadikn cerita,
rambutan tengah berbuah lebat, ayah mama teringin nak makan durian, tapi sadis, musim durian sudah hampir tamat, sian ayah mama. [huaaaaaaaa girangnya aku mndengar perkhabaran ini, tiada durian, tiada bauuu, aiyakkk]
Ayah dengan girangnya mengoffer diri untuk mengait. Mama pun. aku?? haha boleh ke mama ayah ni??

Apa lagi..
aktiviti mengkait rambutan dijalankan..
Ayah mengepalai akiviti ini.. macam berminat nk cuba.. hehe.
Wow!! hebatnya ayah!! mama pun!!!
aku?? no komen...

sebagai permulaan, ini hasilnya. Yakin sungguh wan busu dengan kami, siap bagi bakul sebesar ni untuk letak hasil kaitan [adeh, tercabar sungguh!!]


berbekalkan baju kurung serta sepatu yang x berapa nak tinggi, ak mevolunteerkan diri untuk mengait. ye ini kali pertama aku mengait dan memegang alat ini. FUH!! hebat betul idea orang kampung ni. bukanya ada pisau ke apa ke kat hujung buluh ni. Dorang hanya potong hujung buluh ni jadi cam penyepit ketam. Konsep mengait: patahkan dahan [baca: ranting]. Cara: masukkan ranting antara celahan buluh, kemudian pusing2kan buluh, sampai ranting patah, dan POP!! berguguranlah buah rambutan.. wahaaaaa bahagianya!!!



selepas beberapa cubaan kelihatan x berapa nak berjaya, aku tetap bertabah..
dah kait rambutan merah, mama ajak g kait rambutan gadek [baca: kuning]. bezanya rambutan ni 'lekang' sikit. tahu x lekang tu apa? haha, meh nak gtau, lekang tu maksudnya, isi dia x lekat kat biji, sedap makan. hehe..
Tiba-tiba...

tanpa aku sedari, pedih-pedih gatal yang aku rasakan sejak dari awal tadi, rupa-rpanya datang dari kawanan KERENGGGGGGGA ...
woaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh......
kenapa xde sapa gtau aku pokok rambutan ni tempat penginapan sang kerenggggggggaaaa...
mama ayah wan dah tergelak-gelak tengok aku tergaru2, tertampar, terkipas2...
sabar jela, berbekalkan kecekalan yang tinggi ku teruskan aktiviti ni, sakit sikit je, kontrol2.
dalam 3 jam lebih beraksi, akhirnya kau angkat kaki, pergh..
susah gak mengait ni. lepas ni, klu aku jumpa penjual2 buah-buahan, ingin ku salute.

Muadz, 2 pupuku, mmg anak kampung sejati..
boleh x dia berbuai-buaian dekat dengan pokok yang penuh kerengga, sambil bernyanyi lagu Shahir af8 dan misha omar..
[adeh, bdak2 zaman sekarang, yg dihafal bukan Alquran tapi nyanyian yang melalaikan]

Usai kait-mengait, sejukkan badan, pastu wudhu' untuk solat..
PERGH!!! panas-panas terik camni, air kolah masih sejuk bangggggattt..
rasa cam nk terjun terus dalam kolah ni. Bestnyeeee..
berbekalkan fikiran waras, aku abaikan keinginan itu..

Setel jama', wan busu ajak makan pler..
Fuh Fuh FUh!!
Ikan goreng garing, lemak kuning jantung pisang, sayur kicap dan tempoyak
Lauk kampung tuhhh..
Memang masyukkk
huhu, boleh x mama ayah boleh diam bila aku amik lauk lemak kuning dengan beria-ria itu, yang rupa-rupanya berisi tempoyak durian?????
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
rasa loya, tp kutahan, demi menjaga hati wan busu..
xpe2. Selera juga ku makan, sbb de ikan gorenh garing. pergh!!

Next, wan busu disajikan dengan rakaman video walimatulurus kakakku minggu lepas.
puas bergelak, melihat aksi-aksi sibuk dan spontan ahli keluarga yang lain.
Berkenduri memang bESTTTTTTTTTTTTTTTt!!!

Berat rasa nak balik KL.

Dalam kereta, tiba-tiba baru aku teringat..
kampung ni, bukan kampung kami..
kami hanya menumpang. menumpang kasih sebuah kampung nenek saudara sahaja.
hakikatnya, mama ayah tiada kampung sesebenar sebuah kampung.
ye kami orang bandar, xpunya apa-apa, hanya sebidang tanah yg terdirinya sebuah rumah.
tiada pohon-pohon buah utk dikait dan dijamah hasilnya.

Ruginya menjadi orang bandar..
Namun aku tahu ada hikmahnya..
Selalunya, orang jarang bersyukur dengan apa yang dia tiada, dan melepaskan ada yang dia ada
tapi nanti akhirnya menyesal atas apa yang dilepaskan itu.

huhu..

Pepepun
Alhamdulillah, kerana masih ada kampung walaupun hanya menumpang..
Alhamdulillah..

p/s: mungkinkah usikkan wan, suruh bersuamikan orang kampung mungkin penyelesaiannya?
[haha.. org bandar + org kampung, mungkinkah??]

Allahualam.

Tuesday, May 11, 2010

Jadual Exam

Assalamualaikum wbt,

Mama Ayah ni jadual exam ina, seperti yang mama ayah pesan haritu. >_<

InshaALLAH

Week 1
12/05/2010 (Wednesday)
1100-1400 : TOSCE
(Jumpa patient -Hx taking dan Physical Ex)

13/052010 (Thursday)
1445-1545: OSCE
(MCQ Microbiology + Pathology)

Week 2
18/052010 (Tuesday)
0930-1545: CardioRespiratory
(MCQ + Written)

19/05/2010 (Wednesday)
1100-1350: Biology and Epidemiology of Disease
(MCQ + Written)

Week 3
25/05/2010 (Tuesday)
0930-1430 : GI/Hepatology
(MCQ + Written)

Doakan ina ye mama ayah!!

Semoga dipermudahkan untuk semua paper yang bakal diduduki.

InshaALLAH, Ina akan cuba yang terbaik!! InshaALLAH!!

Bittaufiq wannajah buat diri serta sahabat-sahabat sekapal.

Amin~

Allahualam

Saturday, May 8, 2010

MEI, bulan teristimewa untuk aku, dia dan Mama~

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..

"At every womb Allah appoints an angel who says, 'O Lord! A drop of semen, O Lord! A clot. O Lord! A little lump of flesh." Then if Allah wishes (to complete) its creation, the angel asks, (O Lord!) Will it be a male or female, a wretched or a blessed, and how much will his provision be? And what will his age be?' So all that is written while the child is still in the mother's womb." (Sahih Bukhari)

6 Mei lalu
Genaplah aku 22 tahun. [amat besar nilai umur ini buat aku, amat besar dengan tanggungjawab yang berat~Allah bantu aku!]

Ucapan terima kasih buat MAMA AYAH, sista, brada2ku, adik-adik umah,usrah, sahabat-sahabat dan semua atas ucapan dan 'suprise' (walao x bpe nk jd, hehe), emel yang niceee serta post yang suweet~

7 Mei semalam
Genaplah adikku, ADIB SYAHMI 20 tahun

Sentiasa berdoa adikku agar dia menjadi seseorang yang dicintai Allah dan Agamanya, bakal berterima kasih kepada sesiapa yang mampu membawanya ke arah itu.

Ya ALLAH sibukkanlah kami dengan urusan tentangMU, selamatkan kami dari Dunia yang penuh penipuan ini

9 Mei esok
Genaplah 24 tahun ibuku dirai untuk hari teristimewa untuk insan bergelar ibu
"Selamat Hari Ibu"

Malaikatku di Bumi~
Kepada Mamalah jua ucapan tahniah dan kegembiraan sempena hari lahirku patut diberikan..
Kerana dia, ibuku.. Tanpa mama dan ayah , tidak aku di sini dengan izinNYA..

--------------------------------------------------------

Tazkirah ringkas buat diri, adikku, serta sahabat-sahabat yg dilahirkan bulan Mei

Mengapa kita masih dihidupkan hingga hari ini, di saat ini??

pernahkah kita terfikir, untuk apa aku masih dihidupkan??

adakah kerana..

Aku masih muda?
kalau ya, ingatlah TUA bukalah syarat untuk Mati

atau

Aku masih sihat?
kalau itu jawapanmu, ingatlah SAKIT itu bukan syarat untuk Mati

Maka, jawapan apa kita harus beri sebenarnya??

Jawablah--->

Kerana Dosa2ku yang menggunung itulah, aku masih dihidupkan..
Dosa-dosa itu minta diampunkan
Dosa-dosa itu minta untuk tidak ditambah lagi

Kalau ini, yang terkeluar dr pikiran setiap orang pada setiap pagi bila bangunnya dia dari kematian yang sebentar,

pasti Takutlah ia akan hari-hari yang dia akan hadapi..

Berlumba-lumbalah dia memohon taubat
Berwaspadalah dia agar tidak menambah dosa-dosa yang sudah sedia ada selama hidupnya..

Alangkah cantiknya peribadi hamba Allah yang sentiasa ingat akan matlamat hidupnya..
Aku mahu menjadi seperti ini.

InshaALLAH, ini misi dan visi hidupku kini..

Hidup baru ku bermula..

dan berharap, sahabat-sahabatku juga begitu..

Alangkah tenang hidup disamping kasih sayangNya.

Allahualam.

p/s: terima kasih MAMA AYAH atas ucapan yang sentiasa paling awal
terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran kalian
Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas kenakalan kami sejak dari kecil hingga kini
Halalkan makan minum dan ilmu kami~

TERIMA KASIH MAMA AYAH
TERIMA KASIH ALLAH swt atas nikmat dan cabaran hidup yang KAU kurniakan kepada kami

Alhamdulillah...
>_<

Wednesday, December 30, 2009

Reply untuk ayah..

Assalamualaikum wbrt.

Huhu, ini adalah post yang tak dirancang..
terwujudnya ia kerana aku mendapat external stimulus. primary gain.
hahaha [psychological disorder mula merasuk..]

I got a message from ayah tru kotak menjerit aka shoutbox yang bertulis
[disini eina sertakan sekali reply eina ye ayah]

ayah to eina sayang:

assalam ayah baru balik dari kg semua keluarga disana sihat walafiat.
[Waalaikumusalam wbrt, ayah. Alhamdulillah!! eina pun sihat!^_^]

selesai sudah kenduri pak lang, suhail dan amar dah selamat berumahtangga.
[hee, x sangka cepat betul masa berlalu. x sabar nak kenal dgn kakak2 ipar ni!! Alhamdulillah semuanya lancar!!]

erm erm anak ayah?????
[huh?? anak ayah??!! ye saya.."hal2 under age xakan dilayan"]

he he he ok ok ok ...
[hahaha, betapa ayah mengenali anaknya ini. eina under age lg la yah!!]

ok rajin2 mentelaah pelajaran untuk exam jan 2010 nanti
[heee.. sedang study ni]

ayah mama sanak saudara dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan anak ayah, dayang [kak dayang?? hee] dan semua kawan2 ina disana beroleh kejayaan yang cemerlang insyaAllah,
[hehe, ayah ni.. Rakyat Malaysia tu terbaboww sgt.. hiks3~ AMIN3!!]

Ya Allah permudahkan anakku Ina dan semua pelajar2 malaysia disana dalam menimba ilmu pelajaran. Berilah kejayaan kepada mereka sepanjang masa dan berkatilah ilmu yg mereka pelajari yg kelak dapat berbakti pada umat di muka bumi ini .
[Amin!!! jzkk ayah.ayah x pernah lupa kawan-kawan eina. Ayah mmg terBAEK!!!]

Dan Ya Allah berilah kesihatan yg baik kepada mereka dan jauhi diri anak ku Syarafina dan sahabat2nya daripada segala wabak penyakit yang melanda dunia ini. bantulah mereka ya Allah. Amin
[AMIN, ya rabbal alamin!!]

ayah , mama , adik2 Miss u sayang.
[eina miss ayah,mama, adik2 juga!!!!! isk3~ @_@]


Berita Baik Hanifi Dapat 8 A dalam UPSR 2009 ini.
[UPSR? 8 subjek?? hoh, max 7 kn?? hehehe]


Salah buukan UPSR, PMR tersasul lak ayah gembira sangat2
[hehehe, Alhamdulillah!!!! ina pun gembira sangat yah!!! semangat ja nak reply masa hanifi sms eina, tp kredit xde time tu + kt uk, x smpt nk top up. hehe best3!! Semoga ada berkat dlm kejayaan hanifi! Alhamdulillah!!]


InsyaAllah dia kata nak jadi mcm akak Ina gak....
[huhu, terharunya.. not medic pliez bro, tp klu medic pun ok gak, igt x misi ayah " klinik Syarafina dan adik-adik2".haha.. chomell ja ayah. tp apa crita France nnti]

komputer umah kena virus hu hu hu baru jer repair dan format semula.
[yeayyyy!! boleh start videocam balik.. wehiiiiiiii, Alhamdulillah!!]

Mereka penawar duka, penambah ceria, penggamat suasana. Tiada Tara. Hadiah terbaik dari Allah. Alhamdulillah!


SubbahanaAllah, rasa berbunga-bunga bila baca message ayah..
rase spesel sungguh msg kali ni. JZKK ayah mama..
mungkin rase spesel, sbb tgh mngalami mild mood swing sbb exam yg bakal muncul. jd kata2 ayah ni mmg berjaya menstabilkan mood ku!! fuh23~ >_<
Ayah memang terBAEk bab-bab berbahasa ni.. thumbs up to AYAH!! [tapi, sayang genetik ayah ni x diwarisi oleh aku, rugi2]

my happy family.. Selepas Allah & Rasul, Family comes next!

ok ayah mama. ina nak sambung study balik. InsyaALLAH, ina tepon mama ayah ye esok.

Salam sayang dari bumi Shamrock buat orang-orang tersayang di KL yang damai lagi permai..

p/s:TAHNIAH abg Ammar,abg SUHAIL dan HANIFI bradah!! Semoga Berkat Allah bersama kalian!!

Allahualam.

Thursday, November 6, 2008

KeturuNAnku..

SaLam..

Alhamdulillah berjaya mencapai targetku harini.. =) semua lecture note ttG lower limb telah selamat ak bca.. huhu Yg lekat di minda.. HAnya ALLAh yg thu.. Biarlah ilmu2 ini terus lekat sampai bila.. agar mudah ak mengamalkannya kelak.. AMIn..

Misi turN masak ak arini juGA Berjaya.. NAsi goreng AYAm ngan sayur campur.. licin...hiks3~

PAstu sempaT tePon ayah.. huhu sian MAma ngan AYah..sibuk SunGGUH.. MAma outstation lg.. huhuhu.. Semoga kesibukkan MAma ngan Ayah dianggap sebgai salah satu JihaD & IBadah hmm At LeasT kurng la dpt wat hal yg sia2.. inshsaALLAh.. =)

Sibuk2 borak2 ngan ayah tetiber.. "Eina family ayah de Kaitan nGAn RAja SIAm..".. "uh betul ke yah?!! ".. "haah.." pnjang tul perbualan ak hrini ngan ayah.. CAm dh jD kelas Online sejaRAh..hiks3~ Ayah2 dr ngantuk2 terus segar.. (hihi sowie ayah kol lewat2 mlm..)Tp mmg dh lame adik beradik ayah cbe trace balik kuarga2 dorng.. nmpaknyer dh mendatangkan hasil.. Alhamdulillah..

Ape yg ak faham Moyang ayah ngan MoyanG Sultan Kedah sekarang adalah adik beradik.. huhU.. MAksud "moyang" tu cam kompius skit... Klu dah ayah kate betul maka no Doubt la.. SApe lg ak nk percaya klu BUkan my OWN CoolEST DAd.. hihihi..

Ayah de swuh ak BUkak Blog insan ni.. swuh bce ttg sejarah2 keturunan2 "ak" tu.. huhuhu..biler la agak nyer ak de mase ek.. hmm.. xpela.. klu korng nk bcekan utk ak pun ok je..
ni link dier... http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ lgPun link de Kisah SejaraH yg DIkorek sendri oleh oRang2 kita.. kebanyakkan sejarah2 yg kita baca semua Bias kpada pihak BArat.. jd klu rse2 cam keCintaAn terhadap Agama dan Negara tu membuak2.. sila2 lah lawat..

Ini bermakna keturunan ak ni dh bercampur2 aduk la... huhuhu.. Belah MAma de BANJA + maMAk. Belah Ayah campUr SIAm+ CIna + MInanG+.. hohoho.. sbb tu kut muka ktorng adik beradik len2.. hoho UNIK betul CiptaAn ALLAh.. suBbahAnaALLAH... tp camne ak boleh diiktiraf jd MELAYU pula ek?? unik2..


ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. Surah A-li 'Imraan, Ayat 34

perlukah ak thu semua ni?!! akan de pepe perbezaan yg berlaku ke??.. rse2nye xde.. Tp bUkankah menjalinkan pertalian persaudaraan itu satu TUntuTAn.. lg2 yg mmg dh terpisah.. hmm.. tp ak anak permpuan.. cam payah je.. sbb nnti ak bakal de susur galur ak sendri..huks3~ swuh kt adik2 ak.. hmm cam x jalan je..

hA!!! de idea2.. bg kt abg suhail la.. dier cam rajin skit.. semoga2 Salasilah keturunan ak ni x abes sampai generasi orng2 tua je dh la..


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah Al-Hujuraat, Ayat 13

PepePUn BetapA GAhnyer keturunan kita.. DimATa ALLAh itu xde ape2 meLAinkan TAhap IMAN.. huhu.. Jd xde pepe perbezaan pun akan berlaku.. PAngkat keturunan HArta tu semua
mainan DunIA, makin kita cintakannya, MAkin JAuhla kita dgn MAtlamAt hidup sebagai KhaliFAh..

Cuma HArapan ak,ktorng buley kumpul ramai2 collect semua keturunan dr generasi pertama hingga ke generasi ke 20 (agaknyer).. musti syIoK.. waH!! tingginyer ciTA2, Anak Arwah Atok saAd ak je dh 20 orng, cucU2 + ciciT, pastu kumpUl lg generasi2 td.. haha..MAhu Penuh la stu negeri.. kui3~ ApE yg PEnting?!!! JAlinan UKhWAH!!!..yeaY...

hmm.. berfikir2.. Analisis.. Dan mencari..

WAllahualam.