Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Wednesday, November 10, 2010

Insan penceria hidup, dialah..

Allahuakabar...

pagi tadi sengaja aku mesej mama, bertanyakan resepi ikan sardin feveret ayah..
[teringin makan ikan tiba-tiba.. lol]

tp mama membalas mesejku agak lewat, sedar-sedar mama membalas:
"mama x sihat, mama demam ina. mama nak ke klinik." ringkas balasan dari mama

berderau darah tatkala membaca mesej ini,
"mama.."

memandangkan kelas terus-menerus tanpa henti, ditambah dengan perbezaan waktu 8 jam, hajat nak telefon terus terpaksa ditunda.

Pagi tadi, aku cuba telefon, hajat ingin bertanya khabar,
[terus lupa akan lauk sardin, sbb semalam dah cuba sardin free-style,.. bolehlah walaupun x seummmpppphh mama's]

Pelik, telefon x berangkat, hati semakin risau
[mungkin mama demam je, tapi itulah sejak dah ambil perubatan selalu terOver diagnosis, maka macam-macamlah DDx dikemukan akal, maka bertambahlah susahlah hati..]

Balik dari hospital, aku terus membuka laptop gedebak 'hadiah' dr RCSI dan men'sign in' Y!mesengger, tiba-tiba POP!!

dicopy paste dari offline message Y!M

Show Recent Messages (F3)
ayah best appears to be offline and will receive your messages after signing in.
ayah best: sayang anak ayahh
ayah best: call mama ker tadi ari ni ayh ngan mama cuti nak gi amik ifi
ayah best: he he he nak resepi ikan sardin tu ker
ayah best: ayh pun leh bagi
ayah best: mula2 masuk sedikit minyak goreng dulu iakan tu depan belakang pas dah agak masak sardin tu ( awas masa goreng kena tutup sbb dia letup2 tau ) pas tu masukkan bawang besar dipotong besar2 , msk bawang putih, cili padi ketuk2 buamg niji pas tu goreng ngan ikan tadi pas tu masukkan lah ssos sardin tu kalau boleh bubuhlah sikit air perahan air asam jawa kalau nak masin tambah lah sikit grm kalau tak tak yah .ok resepi kegemaran ayah dah ready tuk makan umppppppppp sedap sampai menjilat jari ari2 mkn pun tak pa. ok selamat mencuba bye
ayah best: bye anak ayah ayah dah nak gi ipoh doakan ayah selamat sampai n balik kul 5 nnt ayah nak ke PD lak sampai ahad malam baru balik mama ada bagi kursus ok anak ya belajar rajin2 hope u suksess alwayyy sayang anak ayah. muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
ayah best: YA ALLAH KAU BUKAKAN LAH SELUAS2 PINTU REZKI, PINTU RAHMAN, DAN PINTU KEAMPUNAN PADA ANAK KU SYARAFINA DAN KAU PERMUDAHKAN LAH DALAM SEGALA HAL, DAN BERILAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG PADA ANAK KESAYANGAN KAMI . YA ALLAH. KAU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGASIHANI. AMIN YA ROBBALALAMIN

hahahaha... ayah-ayah..
Penceria dan pembahagia kami sekeluarga..

Alhamdulillah kelihatan seperti mama demam-demam biasa,
[pergghh terus ke ipoh ye..]

JZKK Ayah mama, for always being there for me...

MAMA AYAH saya TERBAIK!!!!

Selepas kasih Allah dan Rasul, merekalah pemilik kasih ini. (",)/

Alhamdulillah..

Allahualam

No comments: