27 Syaaban 1431H
Johol, Negeri Sembilan
Akhirnya aku pulang ke gangang [baca: kampung]. Bila anak bandar pulang ke kampung inilah kisahnya....
tapi sehari duk sini, takde pler aku dengar bising hon-hon kereta.
Pelik?! kat KL, jalan punya lebar pun, masih ada yg berebut. camna tu?
Sampai tengahri, tp SubbahanaALLAH, sejuk je suasana kat sini.Nyaman.
klu kat KL, Allah! panas bahangnya Allah sahaja yang tahu.
rambutan tengah berbuah lebat, ayah mama teringin nak makan durian, tapi sadis, musim durian sudah hampir tamat, sian ayah mama. [huaaaaaaaa girangnya aku mndengar perkhabaran ini, tiada durian, tiada bauuu, aiyakkk]
Ayah dengan girangnya mengoffer diri untuk mengait. Mama pun. aku?? haha boleh ke mama ayah ni??
aktiviti mengkait rambutan dijalankan..
Ayah mengepalai akiviti ini.. macam berminat nk cuba.. hehe.
Wow!! hebatnya ayah!! mama pun!!!
aku?? no komen...
selepas beberapa cubaan kelihatan x berapa nak berjaya, aku tetap bertabah..
dah kait rambutan merah, mama ajak g kait rambutan gadek [baca: kuning]. bezanya rambutan ni 'lekang' sikit. tahu x lekang tu apa? haha, meh nak gtau, lekang tu maksudnya, isi dia x lekat kat biji, sedap makan. hehe..
Tiba-tiba...
woaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh......
kenapa xde sapa gtau aku pokok rambutan ni tempat penginapan sang kerenggggggggaaaa...
mama ayah wan dah tergelak-gelak tengok aku tergaru2, tertampar, terkipas2...
sabar jela, berbekalkan kecekalan yang tinggi ku teruskan aktiviti ni, sakit sikit je, kontrol2.
dalam 3 jam lebih beraksi, akhirnya kau angkat kaki, pergh..
susah gak mengait ni. lepas ni, klu aku jumpa penjual2 buah-buahan, ingin ku salute.
boleh x dia berbuai-buaian dekat dengan pokok yang penuh kerengga, sambil bernyanyi lagu Shahir af8 dan misha omar..
[adeh, bdak2 zaman sekarang, yg dihafal bukan Alquran tapi nyanyian yang melalaikan]
Usai kait-mengait, sejukkan badan, pastu wudhu' untuk solat..
PERGH!!! panas-panas terik camni, air kolah masih sejuk bangggggattt..
rasa cam nk terjun terus dalam kolah ni. Bestnyeeee..
berbekalkan fikiran waras, aku abaikan keinginan itu..
Setel jama', wan busu ajak makan pler..
Fuh Fuh FUh!!
Ikan goreng garing, lemak kuning jantung pisang, sayur kicap dan tempoyak
Lauk kampung tuhhh..
Memang masyukkk
huhu, boleh x mama ayah boleh diam bila aku amik lauk lemak kuning dengan beria-ria itu, yang rupa-rupanya berisi tempoyak durian?????
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
rasa loya, tp kutahan, demi menjaga hati wan busu..
xpe2. Selera juga ku makan, sbb de ikan gorenh garing. pergh!!
Next, wan busu disajikan dengan rakaman video walimatulurus kakakku minggu lepas.
puas bergelak, melihat aksi-aksi sibuk dan spontan ahli keluarga yang lain.
Berkenduri memang bESTTTTTTTTTTTTTTTt!!!
Berat rasa nak balik KL.
Dalam kereta, tiba-tiba baru aku teringat..
kampung ni, bukan kampung kami..
kami hanya menumpang. menumpang kasih sebuah kampung nenek saudara sahaja.
hakikatnya, mama ayah tiada kampung sesebenar sebuah kampung.
ye kami orang bandar, xpunya apa-apa, hanya sebidang tanah yg terdirinya sebuah rumah.
tiada pohon-pohon buah utk dikait dan dijamah hasilnya.
Ruginya menjadi orang bandar..
Namun aku tahu ada hikmahnya..
Selalunya, orang jarang bersyukur dengan apa yang dia tiada, dan melepaskan ada yang dia ada
tapi nanti akhirnya menyesal atas apa yang dilepaskan itu.
huhu..
Pepepun
Alhamdulillah, kerana masih ada kampung walaupun hanya menumpang..
Alhamdulillah..
p/s: mungkinkah usikkan wan, suruh bersuamikan orang kampung mungkin penyelesaiannya?
[haha.. org bandar + org kampung, mungkinkah??]
Allahualam.
No comments:
Post a Comment