Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Saturday, May 8, 2010

MEI, bulan teristimewa untuk aku, dia dan Mama~

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..

"At every womb Allah appoints an angel who says, 'O Lord! A drop of semen, O Lord! A clot. O Lord! A little lump of flesh." Then if Allah wishes (to complete) its creation, the angel asks, (O Lord!) Will it be a male or female, a wretched or a blessed, and how much will his provision be? And what will his age be?' So all that is written while the child is still in the mother's womb." (Sahih Bukhari)

6 Mei lalu
Genaplah aku 22 tahun. [amat besar nilai umur ini buat aku, amat besar dengan tanggungjawab yang berat~Allah bantu aku!]

Ucapan terima kasih buat MAMA AYAH, sista, brada2ku, adik-adik umah,usrah, sahabat-sahabat dan semua atas ucapan dan 'suprise' (walao x bpe nk jd, hehe), emel yang niceee serta post yang suweet~

7 Mei semalam
Genaplah adikku, ADIB SYAHMI 20 tahun

Sentiasa berdoa adikku agar dia menjadi seseorang yang dicintai Allah dan Agamanya, bakal berterima kasih kepada sesiapa yang mampu membawanya ke arah itu.

Ya ALLAH sibukkanlah kami dengan urusan tentangMU, selamatkan kami dari Dunia yang penuh penipuan ini

9 Mei esok
Genaplah 24 tahun ibuku dirai untuk hari teristimewa untuk insan bergelar ibu
"Selamat Hari Ibu"

Malaikatku di Bumi~
Kepada Mamalah jua ucapan tahniah dan kegembiraan sempena hari lahirku patut diberikan..
Kerana dia, ibuku.. Tanpa mama dan ayah , tidak aku di sini dengan izinNYA..

--------------------------------------------------------

Tazkirah ringkas buat diri, adikku, serta sahabat-sahabat yg dilahirkan bulan Mei

Mengapa kita masih dihidupkan hingga hari ini, di saat ini??

pernahkah kita terfikir, untuk apa aku masih dihidupkan??

adakah kerana..

Aku masih muda?
kalau ya, ingatlah TUA bukalah syarat untuk Mati

atau

Aku masih sihat?
kalau itu jawapanmu, ingatlah SAKIT itu bukan syarat untuk Mati

Maka, jawapan apa kita harus beri sebenarnya??

Jawablah--->

Kerana Dosa2ku yang menggunung itulah, aku masih dihidupkan..
Dosa-dosa itu minta diampunkan
Dosa-dosa itu minta untuk tidak ditambah lagi

Kalau ini, yang terkeluar dr pikiran setiap orang pada setiap pagi bila bangunnya dia dari kematian yang sebentar,

pasti Takutlah ia akan hari-hari yang dia akan hadapi..

Berlumba-lumbalah dia memohon taubat
Berwaspadalah dia agar tidak menambah dosa-dosa yang sudah sedia ada selama hidupnya..

Alangkah cantiknya peribadi hamba Allah yang sentiasa ingat akan matlamat hidupnya..
Aku mahu menjadi seperti ini.

InshaALLAH, ini misi dan visi hidupku kini..

Hidup baru ku bermula..

dan berharap, sahabat-sahabatku juga begitu..

Alangkah tenang hidup disamping kasih sayangNya.

Allahualam.

p/s: terima kasih MAMA AYAH atas ucapan yang sentiasa paling awal
terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran kalian
Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki atas kenakalan kami sejak dari kecil hingga kini
Halalkan makan minum dan ilmu kami~

TERIMA KASIH MAMA AYAH
TERIMA KASIH ALLAH swt atas nikmat dan cabaran hidup yang KAU kurniakan kepada kami

Alhamdulillah...
>_<

No comments: