
"....apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan berilmu sekalipun. Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkajidan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dankotor.Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat,tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, pentingdiri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buasmacam kuda liar. Meronta-ronta hendak merebut dunia seolaholahtidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia...."
No comments:
Post a Comment