Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Tuesday, November 30, 2010

Salji Tahun Ketiga

dari akhbar tempatan Independent.ie

It's going snowhere fast as record lows sweep in
UP TO 20cm -- or eight inches -- of snow is forecast to fall over the coming two days, a record for the month of November.And the Arctic spell that has gripped the country will continue until early next week, with temperatures expected to fall to a record low of -13C today.The cold weather is likely to lead to severe disruptions of public transport services and widespread closure of schools as local authorities struggle to keep roads open... [more]

SubbahanaALLAH!!!
Salji turun awal tahun ini. Walhal musim luruh pun masih belum sempat melabuhkan tirainya. Kami panggil salji kali ini. 'Autumn Snow' (",)/

Tak sedar salji turun sehinggalah selepas kami selesai mendengar Tazkirah Subuh dan bersiap-siap untuk senamrobik di QnO.
Haha, tergelak tengok keterujaan adik-adik tahun satu bermain salji. Ikut hari nak join sahaja, hehe. Tersenyum sendiri melihat gelagat adik-adik, mana tidaknya, we were once like that toooo...

Nov 2010: laluan depan rumah yang dipenuhi salji dan tapak kaki kami..

Nov 2010: bukti ketebalan dan kedalaman salji tahun ini.

Nov 2010: Tahun ketiga, tetap masih teruja, sebab, setakat 3 tahun ini, ini yang paling lebat setakat ini...

2 tahun yang lalu...

Banyak kali aku bertanya kakak rumah, bila Dublin nak salji. Jawapan kakak rumah selalu menyedihkan. " Dublin tidak bersalji macam UK syara". Oh! sediihnya...

Tapi tidak lama dari itu, salji mula turun.. Allahuakbar!!!

Jan 2009: dari hadapan rumah @ Grove Park, Rathmines.

Betapa seronoknya aku masa itu. Kak Izyan yang mengkhabarkan aku tentang penurunan salji. hehe... Seronok tidak terkata, dengan pantas aku mencapai baju bubble dan terus ke luar rumah bersama kamera..

Masih ingat hati berdetik.. ' Ntah2 esok dah xde, kena tangkap gamba banyak-banyak ni!!'

maka puaslah bergambar dengan wani, sahabat serumah. Oh, kalau tak silap, usai bergambar, terus skype ayah. Bermain salji bersama ayah, hehe.

Jan 2009: Siap buatkan snowman ciput untuk ayah. haha

Salji masa ini memang sikit. Bak kata Prof Clive Lee (Prof Anat feveret):

" Finally, we have some snow after 35 years".. waaaaaaahhhh!! [mmg teruja betul masa dengar ni, kes kes kes kes ]

Jan 2009

Setahun yang lepas

Buat kali pertamanya, aku merasai salji yang AMAT tebal, tapi bukanlah di Dublin, tapi di Manchester, UK.

Kat sini lagi bukan main seronoklah dapat jumpa snow. tebal amat!! Bila terbayang Dublin, rasa macam, mimpilah Dublin nak snow camni... So, kena main puas-puas.

Memamg puas la!! Sakan jugalah bergambar!.. hahaha kanak-kanak sungguh zaman itu..

Dalam awal Januari, Dublin menjadi sejuk yang sangat sejuk. pelik. petanda snow ka?? Alhamdulillah, memang malam itu salji turun dengan meriahnya.. tapi hanya bertahan dua malam. [kalau tak silap]

Jan 2010: malam ketika study, turunlah salji. Masa 2nd year, kejap je, dalam 2 hari dan x selebat tahun ini

Masih ingat masa itu, tengah study untuk exam JC3. Snowman masih berskala tinggi betis..

xpe, asal dapat rasa snow turun...


Hahaha... itulah pengalaman dengan snow setakat ni...

Tahun ini. 27/11/2010 (sebelum subuh dah ada rasanya)

Nov: 2010: pemandangan dari depan pintu rumah, jam 9 pagi, 28 Nov 2010

Nov 2010: Habes semua diselaputi salji..

Tahun ini, SALJI masyaALLAH!!! sangat lebat, dan turun dalam bulan November. Awal bangat!!

masih belum sempat untuk bermain salji. Lantaran terlalu sibuk dengan kelas. Hanya sempat menikmati tujahan ketulan salji di dalam perjalanan ke hospital..

Sejuk beku betul kali ini, semalam sahaja dah -7'C. Dan mungkin dijangka -10'C dalam seminggu ni.. Allahuakbar!! sejuk gigil-gigil...

Masuk hari ini, dah 3 hari.. Salji tiada tanda untuk berhenti.. Suhu makin turun..

Jalan semakin lecak dan licin. Dah tidak terkira bilangan orang terjatuh. Allahu~

Perubahan cuaca menjadi-jadi. Adakah ini petanda dari Allah yang BUMI ini sudah sangat tua??

Sedarkah manusia-manusia di atasnya akan keadaan ini??

Atau adakah kita masih leka dengan keseronokkan dunia??

Andai sejuk sdikit ini pun kita sudah sakit, bagaimana pula NERAKA yang jauh lebih dahsyat??

Allahuakabar!!

Allahuakbar!!

Allahuakbar!!

Masukkanlah aku serta keturunanku di dalam golongan yang sentiasa INGAT akan MATI dan HARI PERHITUNGAN, agar kami tidak lalai dan jauh dariMu.

Matikanlah kami dalam Husnul Khatimah!!

Allahualam.

No comments: