Assalamualaikum wbt...
SubbahanaALLAH!!!
Peristiwa terpenting dalam sejarah ni..
Beamount Hospital.
Kalau naik bas sahaja sudah memakan masa hampir 45 minit, tanpa kesesakan jalan raya. Andai ada yang mahu berbasikal ke Beaumont pun dah dikatakan kurang waras. Inikan pula berjalan kaki dari Beaumont dengan keadaan bersalji dan laluan kaki yang licin amat. Bersama hujanan bebola ais dari anak-anak dole. Sangat menarik!!!
Kelas ditamatkan seawal 2.30pm. Prof kata jika lewat kami dibenarkan pulang, akan merbahayakan kami. Kami tidak mengerti.. Teruskan sahaja kelas, tiada masalah buat kami untuk berjalan ke lab untuk mirob class. Kami sanggup redah Prof!! Semangat!
Sambil kaki menuju ke luar hospital untuk menunggu bas..
Angin sejuk menerpa pipi, Allahu~ sejuknya. Kawasan hospital memutih..Amat PUTIH. keseluruhan kawasan diliputi salji yang sangat TEBAL. Butir-butir salji masih tidak putus-putus gugur dari langit... Seronoknya.. Sebijik macam cerita Narnia.. Seronok2~
Sedang bergembira bermain salji di tepi hentian bas, seorang rakan memberitahu bas mungkin tidak beroperasi akibat cuaca salji yang teruk. " Jalan licin agaknya" teka kami. Mana mereka tahu bus bakal tidak beroperasi?? Oho.. HTC, Iphone kan ada.. lupa pler kecanggihan masyarakat pelajar Malaysia di sini..
Rancangnya ingin mencuba nasib bas di luar kawasan hospital, maka belum sempat memulakan perjalan ke luar kawasan hospital, satu balingan bebola ais hinggap di badan aku...
Debussssssssssh!!!.. sejuknya.. sabar2..
Oh, tidak rakan-rakan muslimat sudah mula berperang bebola ais.. sesi bergambar dengan pokok togel dan salji bermula.. Ye pastilah aku turut serta sekali. Bila lagi nak main kan..
Bila fikir-fikir balik, mungkin kami bermain di dalam kawasan hospital, bersuka-ria dikala kebanyakkan manusia berhati gundah di sini..
Tidak lama bermain, kami mula menuju ke pintu keluar hospital. sekeping lagi gambar di ambil di papan tanda BEAUMONT HOSPITAL. Terasa seperti pelancong pun ada kami ni...
Perjalanan diteruskan ke bus stop yang diyakini bakal dilalui bas 16/a dan 20b. Kelihatan rakan-rakan muslimin menanti di 16/a. " Aik, lama dah rasanya depa ni keluar dari kami, bas 16/a pun tiada ke?" ngomel aku sendirian..
Dengan berkat kesabaran yang tidak berapa tinggi, kami menanti dalam 10 minit di bus stop, dan mengambil keputusan untuk jalan kaki ke city dan ambil bas dari sana ke rumah. Cadangan aku mengundang mata-mata kepelikkan dan soalan-soalan tidak percaya. hahaha..
Aku serius ni!!.. [walhal, jalan ke arah mana pun aku x pasti..]
Kata sepakat untuk berjalan telah dicapai. Namun ada yang mahu ambil teksi dipertengahan jalan untuk terus ke rumah. Haah, bagus juga idea tu.. tapi itupun kalau ada teksi yang sudi nak berhenti la.. huhhu.. Berjalan lurus mengikut tanda tempat berhenti bas memberi keyakinan yang amat tinggi. Redahnya. Dalam tengah-tengah perjalanan. Kumpulan muslimat yang asalanya terdiri daripada wani, shira, shikin, erni, aku, K, dhil, nofee, mira dan lin berpecah dua.
aku, K , dhil, nofee, mira dan lin bertekad untuk ikut route bas 20b, yang lain hilang tanpa kesan. Akhirnya shira menelefon memberitahu mereka mengikut route bas 16/a, bersama mereka ada juga muslimin. Alhamdulillah sekurang-kurangnya mereka ada KP.
Dalam beberapa minit berjalan dengan yakin, kami berjumpa Iqbal yang kemudian diangkat menjadi ketua perjalanan (KP) kami, Alhamdulillah kami dipandu beliau dengan baik sekali. Jzkk KP!! Dalam 40 minit perjalanan yang agak sukar. Kenapa sukar?? berjalan dengan sangat perlahan dan berhati-hati, sebab salji tebal dan jalan raya yang superb LICIN-lencun. Rasa macam tengah belajar jalan balik. Seronok rasa dapat jalan-jalan ramai-ramai camni, lagi-lagi dibawah turunan salji yang salju. haha, saya serius, memang best!!
Tiba-tiba, Khadijah mencadangkan mahu naik teksi, sebab dia akan masak harini, takut lewat dan orang-orang rumah kelaparan. Alhamdulillah sambil-sambil jalan, ada teksi yang sudi berhenti. Kami bertiga [aku, dhil dan K] naik teksi dalam 30 minit, tapi sayang jarak kami dengan titik perpisahan aku dengan sahabat-sahabat tidak setanding masa kami di dalam teksi. Keadaan trafik sangat teruk!! Pak Cik Teksi dan berengus-rengus sudah. Andai dia Islam , mahu sahaja kami suruh dia pasangkan ayat Al-Quran atau zikir, bagi tenang sikit. Meter dah menunjukkan 22.10. Erk?!! Ni cab masa atau cab jarak? kompius..
Setiba di BUSARAS, kami mengambil keputusan untuk terus berhenti dan meneruskan perjalanan dengan KAKI. Lebih jimat dan laju. Pak cik teksi kami tinggalkan dengan hati yang berat. kesian pula tengok teksi tak bergerak-gerak. Jalanraya PENUH!!! huhu..
Kaki terus melangkah ke Eden Quay, merentasi Lifey River dan menanti di hadapan Spar untuk bas ke rumah. Banyak bas yang beroperasi nampaknya. Sementara menanti, aku ke dalam spar mencari sesuap roti untuk dimakan, lapar. Menanti dalam hampir 30 minit bas ke South Circ tidak kelihatan. GGgggggrrrrRRRR kesejukkan yang menggila menyebabkan kami nekad naik sahaja Bus 19a. Bertabah K, tak jauh dah tempat berhenti 19a dengan umah kita. Ayuh kita!
Alhamdulilah, lega betul dapat duduk dengan suhu yang suam-suam. Bas meluncur laju. Cermin bas tidak membenarkan kami melihat keluar. Berkabus semuanya. Ku capai tisu yang tidak berapa nak bersih, lalu ku gosok ke cermin bas. " dah ada kerja baru ye syara" kata K. Aku ye kan sahaja. " Eh kita dah sampai ke K??" berdebar aku. "belum, satu lagi". Haha macam adik-adik tahun pertama naik bas. Bas berhenti, dan kami turun. KeDEEeeeBUKKkkk!!! Jatuh.
Ye saya jatuh. >_<
Are you ok lady? Are you ok Girl? Are You ok my love? hahaha.. orang-orang Irish ni memang begini, manalah aku tidak jatuh cinta pada mereka. Semua tangan menghulur untuk membantu..
dengan gaya ala-ala gagah, aku bangun dan mengucapkan terima kasih pada semua. Mereka tersenym dan aku tersenyum sambil berjalan macho menuju pintu keluar. Macamana aku boleh jatuh??!! Entah kejadian berlaku terlalu cepat. sedar-sedar dah terduduk atas tangga. Terbaik!! Alhamdulillah baju tebal, kuranglah daya hentakkannya. [Sakit sebenarnya, tapi ku tabahkan]
Pembersih dosa.. InshaALLAH. Tapi kelakar, tempat yang aku patut jatuh, aku selamat. tempat yang aku patut selamat, aku jatuh. haha. Tema harini: Ku Jatuh Jua Akhirnya. haha
Sempat singgah ke FFC. hehe.. Combo 6 Euro menjadi pilihan. Belum lagi sampai rumah kami ni. Masih perlukan perjalanan. Pinggang dah rasa sengal-sengal. Rilek-rilek, cover macho depan K. haha. Jalan ke arah south circular melalui Griffith College dan Dublin Mosque agar mencabar. Lebih LICIN dari jalan kawasan Beaumont. Hampi-hampir sahaja K mengikut jejakku. Alhamdulillah dia seimbang. Masing-masing jalan penuh sopan. Dalam 20 minit sampailah kami di RUMAHku SYURGAku. Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya saat kami dapat melihat bumbung rumah. Allahuakbar!!!
Alhamdulillah, tiba jua..
Satu hari yang penuh cerita CERIA dan BAHAGIA.
Aku tidak merungut. Aku suka harini.
Status geng-geng Beaumont semua sama. Sejarah berjalan kami dari hospital ke rumah.
Semuanya bergembira dengan pengalaman ini. Gembira dengan JUJUR.
Alhamdulillah.
Hari ini bakal diingati sampai bila-bila.
Kenangan Khas milik pelajar-pelajar perubatan RCSI tahun ketiga.
Khas buat kami. Menjadi satu hanya dengan kejadian harini.
Menarik bukan??
Alhamdulillah...
hari ini hari dalam sejarah..
(",)/
Seorang doktor itu harus bijak menyembunyikan derita,
Seorang doktor itu harus bijak berfikiran pantas dan rasional,
Seorang doktor itu harus panjang akal,
Seorang doktor itu harus KUAT dan bersedia pada bila-bila masa,
itu seorang doktor, aku masih bakal doktor,
Jadi harus belajar untuk ke arah itu, maka harini ini, 'kelas' extra 3 jam mengajar kami semuanya.
Allahualam,


No comments:
Post a Comment