Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Saturday, November 28, 2009

Rendang AYAM [biaq betul ni?!]

Assalamualaikum wbt,
Salam AidilAdha semua..
Bertemu lagi dalam rancangan CHEF SYARA in de house edisi Raya Haji 1430H
Alhamdulillah...

Seperti biasa setiap resepi bermula dengan sebuah kisah..

Pagi 10 Zulhijah 1430 H (27/11)
Selamat bersolat raya di RCSI, tepi sedey x faham khutbah arabnya.
Selesai kelas, berarak bersama, yanto, syazo,k,jiho,linto,asmo',mimo, dan erno ke Malaysia Hall ada tugas menunggu. Dalam perjalanan, teringat yg x sempat tepon mama ayah lagi, segera telepon bimbit dicapai. Usai bercakap dengan mama dan ayah, suara Wan Piah kini kedengaran, heee... Wan tanya samada aku memasak x untuk raya. Jawapan ak pastinnya mudah di agak wan, huhu. Di akhir talian wan pesan, suruh cuba masak rendang ayam, takut cucunya ini kempunan agaknya. wan siap gtau, ketiadaan kerisik bukan halangan.
hehe wan.. wan.. mmg cHef rendang terbaek!!
=ransangan pertama untuk memasak

Tiba di Malaysia Hall, tugas yg dijanjikan, telah diselesaikan oleh PG dan diplomat2 yg berdedikasi. Usai makan, kami bersolat zuhur di Malaysia Hall yg super indah permai. [dgrnya berjuta Euro dibelanja utk renovasi hall ni, woW!!]. Tiba-tiba, bertemu dgn adik-adik rumahku, mereka menyatakan keinginan mereka utk masak raya bersama malam nnti, "nak spend masa dgn akakla malam ni" kata izni,intan dan mas. " erk, hehe, akak x pandai masak lauk raya la korng, nasi impit segera boleh la" selorohku. " xpe, kita sama-sama masak, internet kan ada" ujar mereka. [hahaha, kan dh terkena balik, dulu duk pesan kat adik2 ni klu x tahu masak, cari ja kt tenet, skunk kena balik, adoiii]. Aku akui ,aku bukanlah kakak umah yg baik utk adik2 ni, jadi x salah kali ni aku memberi ruang dan masa aku utk mereka, sdg mereka beria-ia nk. Sudah biasa ada adik lelaki, x reti sgt nak melayan adik2 perempuan ni, ak lupa orng kata perempuan ni, kasih sayang kne tunjuk, x macam adik2 lelaki. " hehe, pandai korang ek, InshaALLAH ok ja.." jawabku [menarik gak ek masak2 raya!! cantek!!]
=ransangan kedua untuk masak
~~~~~~~~~~~~~~~
Bila dah stat masak ni, rasa kelaka plak, orng masak sakan malam raya pertama, kami masak malam raya kedua. haha, xpa, raya 3 hari..

Tugasan kami:
Aku-pulut kuning [lg?!] + Rendang Ayam [yakin je, berbekalkn resepi wan td, ak redha]
Izni-Masak Lodeh
Intan- sediakn kerisik
mastura -bersihkan ayam dan menumis
farah- mencari resepi dari buku resepi Mawar + nasi impit

Serunding segera Malaysia-Lodeh/Lontong-Rendang

inilah hasil selepas 4 jam di dapur, dgn kemeriahan yg sgt best!!! [best gak ek ada adik2 perempuan. GAMAT!! hehe. Tangan ngan mulut bergerak seirng sejalan.. haha.. BEST3~

Berdebar betul sebelum nak mula masak rendang ni, yela, mana pernah buat, amek tahu camne nak buat pun x pernah [betul la ak ni..]. Tiba-tiba nak masak sekali banyak utk 8 orng, dgn request 2 ayam sorang. [saja ja adik2 ak ni tau, buli ni!!]. Letak minyak pun dah ketar2. hoho.. lihatlah hasilnya~

Wehee~ Inilah hasil rendang kami secara close-up.. sesuai dimakan dgn nasi impit segera atau pulut kuning 2nd trial ku [wee, ok sikit dr pulut frst dulu, nmpak la pulut skit]

Baiklah, Jom masuk DAPUR..

JUADAH : RENDANG once in a life time

dari berkuah hingga kering~ lenguh woo~

Bahan-Bahan:

A. Ayam [ak gne 16 pieces)
B. Kisar:
• 5 ulas bawang putih
• 10 bawang merah
• 15 cili kering
• 10-20 cili api
• 5 cm halia
C. 3 batang serai dititik
D. Santan pekat (1 paket)
E. Kerisik (kelapa parut* digoreng garing+ blend sampai hancur)
F. Garam & Gula secukup rasa
* xtau cari mana kelapa parut, tp Alhamdulillah jumpa dessicated coconut kt Asia market

Cara-Cara
1. Tumis bahan kisaran hingga naik bau
2. Masukkan cili kering yang dikisar, santan, dan serai
3. Setelah campuran didih, masukkan ayam.
4. Masukkan garam/gula selepas kuah kelihatan sudah hamper kering
5. Gaul-gaul masakan supaya yg bawah tidak hangit dan santan tidak berkepul-kepul
6. Kacau sehingga kering

SELAMAT Mencuba!!

hee, boleh buatkan?? [org kata, xde kerisik xpa, pada ak, kne ada kerisik, sbb kerisik tu yg merasakan rendang tu, huhu]

Cuma, yg leceh sikit pasai rendang ni, mungkin tahap kelamaan utk tunggu dia kering la..
[bru faham perasaan mama, masa raya aritu, huhu, bersalahnya rasa..]
Tapi BOLEH BUAT klu ada rasa MAHU BUAT!!

p/s: siapa sangka aku masak rendang?!! tiada sapa termasuk diri sendiri..
aku semakin menjadi orang 'lain'.. bagus ke x ??

p/s 2: ketakuttan rendang x jadi, hilang, bila ak sendiri merasa rendang itu mmg rasa rendang.. huwaaaa, bahagia betul!! kak mar, chef senior, turut merasa dan dpt approval dr beliau, adik2 umah ak ni xyah cakap la, pujian melampau. [tahukah kita kekadang pujian itu boleh mnjadi ibu kepada dosa?? maka, berhati2lah ketika memuji~]
pepepun Alhamdulillah ak dapat belajar dua ilmu baru: ilmu masak + ilmu kasih sayang.

p/s 3 : mp3 dah 'hidup' kembali!! Alhamdulillah
"sungguh tiada yang mustahil bagi ALLAH, dan tiada manusia yang mudah berputus asa itu melainkan termasuk dalam golongan manusia yg rugi"

Allahualam

No comments: