Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Friday, January 4, 2013

Resepi Cream Puff

cream puff. my first attempt :)
versi terlebih nutrient
 Bahan-bahan untuk PUFF (betul ke?)
1 cawan air
1/2 buku mentega
1 cawan tepung gandum
4 biji telur Gred A (apa beza gred A dan B dan C? entah..)
1 sudu besar esen vanila
secubit garam

Bahan-bahan untuk CREAM
2 sudu besar tepung
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar esen vanila
1 1/2 susu segar
2 biji telur
3-5 sudu gula (mengikut citarasa)
[Boleh dapat dalam 80 ++ cream puff comel dgn kuantiti ni, insya Allah]

Cara-cara memPUFF:

a. Baca Bismillahirrahmanirrahim.
b. Betulkan niat, sahaja aku masak kerana Allah swt, nak gembirakan  housemate.. nak.. etc etc..

1. Panaskan periuk, masukkan air dan mentega. Gaul-gaul sampai sebati dan mendidih.
2. Masukkan tepung dan kacau-kacau. Alih periuk ke tempat yang sejuk.
3. Kacau-kacau sampai sebati.
4. Masukkan telur satu per satu. dan kacau-kacau
5. Masukkan esen vanila dan secubit garam
6. Kacau, kacau,kacau, kacau sampai sebati..
(kacau sampai tangan lenguh, kalau belum lenguh maknanya belum sebati)

Rehat jap.. renggang-renggangkan otot tangan sebelum mula projek seterusnya

7. Sediakan loyang, sapu mentega sikit atasnya.
8. Letak doh bulat-bulat dan kecil-kecil kat atas loyang.
AWAS, doh ini akan mengembang..
maka kena agak saiz selepas dibakar.. too small or too big x sedap dimakan.
9. Bakar pada suhu 200'C dalam 25 minit.
10. Sediakan Cream...

Cara membuat Cream/Castard
1. Atas api, campur susu, tepung dan tepung kastard, gaul-gaul
2. Masukkan telur, gula, esen vanila
(saya tambah coklat masakan, utk buat cream coklat, hehe, memandai je)
3. Kacau-kacau sehingga campuran menjadi pekat, macam jem kaya
4. perlahankan api dan biarkan sejuk.

Ucaplah Alhamdulillah, kerana terselamat dari segala kebahayaan dapur dan diringankan jasad untuk belajar benda baru..
(ie termelecur etc etc)

Seterusnya....
Potong tengah-tengah puff, dan sumbatkan cream ditengahnya..
boleh dihidang sebagai hidangan minum petang bersama air teh/milo panas..
perghhh..
InsyaAllah sedap :)

cream puff versi kechik, bakaran yang kedua
(kredit to kak chaq atas ketelitian membulatkan doh)

p/s: entah bila last aku post resepi, 2009 mungkin? sibuknya aku.. (tkdmka)
InshaAllah kalau ada cuba benda baru, akan dikongsi lagi..

pp/s: mimpi apa la aku harini, beriya baking and masaking.
(ooo.. baru kutahu rahsia mee goreng sedap: kicap dan telur!)
sejak bila dapur menjadi tempat destress.. hmmm..
sudah sampai umur 'tua' mungkin..

Doakan aku nak exam final Med on Feb-Mei 2013 ni ye!!
Dr. Nur Syarafina Abd Aziz in the making insyaAllah!!


No comments: