“MasyaAllah ya syabab, kamu nampak amat bersemangat” Abu Syahid menepuk belakang tubuhku.
Aku menggeleng. “Abu Syahid, apa bezanya denganmu? Walaupun berumur tetap tangkas> Berapa kereta kebal telah kamu letupkan semalam?”
“Tiadalah kamu yang meletupkan itu apabila kamu meletupkan itu, melainkan Allah jugalah yang meletupkannya”
Saya ketawa. Abu Syahid, amat merendah diri. Tawadu’, itu antara ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam semua pemimpin kami. Walaupun dia seorang general yang hebat, tetap mempunyai ciri seperti ini. Sebenarnya, kata-kata Abu Syahid tadi adalah maksud firman Allah SWT yang sering dibacakannya sebelum menembak.
“Dan tidaklah kamu yang melontar ketika kamu melontar melainkan Allah jugalah yang melontar”
Segalanya, diserahkan kepada Allah SWT.
“Alhamdulillah, Allah beri kemenangan kepada kita”
“Alhamdulillah” Aku dan rakan-rakan yang lain menjawab.
“Tapi Abu Syahid, kemenangan ini belum muktamad. Bila agaknya bumi ini akan dibebaskan oleh Allah SWT?” Ahmad Khaffajah bersuara.
“Esok akan ada peperangan lagi, lusa akan ada peperangan lagi, dan begitulah seterusnya ya Abu Syahid. Bila semua ini akan berakhir?” Ayyub, seorang lagi sahabatku bersuara.
Abu Syahid mengukir senyuman. “Bila ummat terislah”
“Saya sebenarnya tidak faham. Apa maksud Abu Syahid apabila ummat terislah? Kita sudah memperkuatkan diri kita semenjak beberapa tahun ke belakangan ini. Kita telah menang pilihan raya dan berjaya melepasi hari-hari sukar apabila Israel membedil tanah kita, bukankah kita sudah ada kekuatan untuk menumbangkan mereka?” Muhannat, rakan rapatku dalam kumpulan ini seakan tidak berpuas hati.
Aku juga ingin mengetahui jawapan Abu Syahid. Sebenarnya, bukan Abu Syahid sahaja. Semua kepimpinan kami, kalau ditanya bila peperangan ini akan berakhir, maka mereka akan menjawab: Bila ummat terislah. Kami tidak faham.
Sedangkan, kami amat arif betapa tentera kami sudah cukup bersedia untuk menumbangkan Tel Aviv. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kami tahu teknologi mereka sudah meningkat, tetapi mereka tetap tidak mampu menembusi sempadan kawasan kami. Semua peperangan kami dengan mereka, berakhir dengan kemenangan di pihak kami.
Walaupun bilangan tentera kami lebih sedikit, dan senjata kami tidaklah setaraf dengan senjata mereka, tetapi kami mempunyai kekuatan yang mereka tiada. Malah, strategi kami amat ampuh. Pembuat-pembuat senjata dan letupan kami juga semakin hebat.
Kenapa perlu menanti ummah ini terislah? Berapa lama itu?
Abu Syahid memandang kami semua. “Apakah kamu sudah bosan dengan harian kamu?”
“Tidak ya Abu Syahid, cuma hati kami tercalar-calar melihat tanah ini dinodai. Kami ingin menghentikannya segera” Muntasir Billah, seorang lagi ahli kami menjawab.
“Kalau niat kita benar hendak membersih bebaskan tanah ini, maka kita kena bersabar sehingga ummat terislah”
“Itu yang kami tidak faham wahai Abu Syahid. Kenapa kena menunggu ummat ini terislah?”
“Sebab apa yang jadi pada kita hari ini, adalah teguran Allah SWT kepada ummah kita ini”
Dan kami diam. Tiada siapa menyambung tanya, tiada siapa membalas jawab.
Apa yang berlaku ke atas kami ini teguran kepada ummah?
“Hanya apabila yang ditegur itu tersedar dan menerima teguran, hanya ketika itu teguran ini akan diangkat dan diselesaikan urusannya” Abu Syahid terus tersenyum. Bazookanya disangkut di belakang tubuh.
“Ayuh, kita gerak” Dia mengeluarkan arahan dalam bentu ajakan, terlebih dahulu melangkah dari kami.
Kami mengikut dalam diam.
Di dalam kepala, aku berfikir.
**** bersambung ****
sumber: http://ms.langitilahi.com/
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)
Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment