Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Saturday, March 6, 2010

Menapa tidak dihancurkan saja Israel ? [2]

“Usamah nak ikut abang” Tangan kecilnya menarik seluarku. Ditarik mengejut, membuatkan kifayeh di leherku melebar ke dada. Aku membetulkan kifayehku, sekaligus duduk memandang mata biru Usamah.

“Sayang, sayang tinggal di rumah dengan ibu. Abang mungkin tidak akan pulang”

Dan aku keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tangisan Usamah selepas itu tidak menghentikan langkahanku. Yang menemaniku hanyalah Ak-47 warisanku daripada ayah yang telah syahid, dan keimanan aku yang tidak tergugah kepada Allah SWT.

“Ibu redha kamu sayang, ibu redha” Itu kata-kata ibu dengan linangan air mata.

Bom!

Bumi bergegar. Ledakan bom yang amat kuat mengejutkan aku dari lena.

“Yallah, bergerak mengikut rancangan, bergerak!” Abu Syahid sebagai ketua pertahanan mengeluarkan arahan.

Aku terus bergerak ke posisi yang telah ditetapkan. Kami menggunakan teknik Khalid Al-Walid semasa peperangan Mu’tah untuk mengabui musuh dengan membuatkan bilangan kami kelihatan ramai.

Bulan terang merupakan kekurangan kepada kami yang cuba bersembunyi dalam kegelapan malam, namun ini juga kelebihan kami untuk mengesan kehadiran mereka. Kami seakan-akan seri.

Aku tidak terus membedil. Memandangkan bekalan peluru kami amat sedikit, aku lebih senang memerhatikan sasaran aku terlebih dahulu, dan menembak dengan tepat. Tidak membazirkan peluru aku. Kelebihan yang Allah berikan kepada aku adalah, mata aku amat tajam.

Aku membidik beberapa kali pada kelibat-kelibat yang mampu ditangkap oleh mataku. Setiap bidikan menamatkan nyawa. Aku amat arif dengan pakaian ketenteraan Israel. Kami telah mengkaji di bahagian mana peluruh boleh menembusi tubuh mereka.

Rakan-rakanku yang lain membedil dengan ganas tanpa memberikan peluang tentera-tentera Israel bergerak maju ke hadapan.

“Wama ramaita iz ramaita walakinnallaha rama!” Abu Syahid menjerit sebelum melepaskan tembakan bazooka.

Peluru menuju tepat ke lubang penembak kereta kebal, menyebabkan kereta kebal itu meletup dengan kuat sekali. Kedudukan tentera Israel semakin jelas dengan cahaya dari api yang keluar. Aku mengambil peluang ini dengan membidik mati beberapa orang lagi tentera Isarel.

“Ubah posisi!” Abu Syahid mengeluarkan arahan. Tembakan Abu Syahid tadi menjelaskan kedudukan kami, menyebabkan bangunan tempat kami bersembunyi diketahui. Tentera Israel mula menumpukan perhatiannya ke arah kami. Perkara ini sudah kami jangka. Kami bergerak ke posisi seterusnya. Bangunan tempat kami bertahan, ditinggalkan.

Baru sahaja kami keluar dari bangunan itu, letupan besar berlaku menyebabkan tingkat tempat kami berlindung tadi roboh dan hancur. Satu lagi kereta kebal mereka menyerang.

Ketika ini, kami dapat mendengar tembakan bertalu-talu di kawasan tentera Israel. Satu lagi kumpulan penyerang sedang melaksanakan tugas. Mereka dari sudut yang berbeza, bertindak sebagai pengkucar kacir barisan tentera Israel.

Strategi ini akan membuatkan kami kelihatan amat ramai, walaupun sebenarnya satu pasukan kami, hanya 10 orang sahaja yang beraksi. Malam ini, sekitar 3 kumpulan sahaja yang dihantar untuk menguruskan tentera Israel yang memecah masuk kawasan ini.

“Tenang, tenang ya syabab” Abu Syahid menepuk-nepuk dadaku.

Aku mengoyak sengih. Aku tenang. Aku tenang. Peluru baru kumasukkan, mengganti kelonsong-kelonsong kosong.

Kami menyerang lagi selepas tentera Israel mula menumpukan perhatian mereka ke pasukan yang lagi satu. Keadaan mereka kucar kacir. Siapa yang lebih tahu akan kawasan ini daripada kami? Hanya Allah.

Aku membidik dengan sepenuh perhatian. Bunyi letupan dan tembakan peluru sudah menjadi musik harian aku. Semenjak ibu melepaskan aku sebagai seorang mujahid, aku tidak lagi berhajatkan apa-apa melainkan kemenangan di tangan muslimin. Aku tidak kisah tidur di mana sahaja, aku tidak kisah makan minum apa sahaja, aku tidak kisah mandi atau tidak. Aku hanya kisah perjuangan aku, dan hubungan aku dengan Allah SWT.

Inilah hakikat menjadi mujahid. Hidup bukan mudah, jalan hidup ditaburi duri-duri terpacak. Kalau dunia itu ada di dalam hati, maka ini tidak akan mampu dilalui. Kecuali selepas melepaskan dunia daripada hati, maka tiadalah apa-apa yang dihargai oleh diri ini melainkan apa yang Allah redhai.

Dan aku sentiasa mengharapkan, aku adalah orang yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bersabda:

“Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran, dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, sesekali tidak akan dapat melukakan mereka, mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka akan tetap sedemikian”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Di Baitul Maqdis, dan sekitar Baitul Maqdis”

“Takbir! Takbir! Takbir!”

Kami menyahut dengan Allahuakbar, sambil terus terusan membidik musuh.

Inilah harian kami. Kami, yang berada di sekeliling Baitul Maqdis.

*** bersambung ***

Sumber: http://ms.langitilahi.com/

No comments: