Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Friday, March 5, 2010

Mengapa tidak dihancurkan saja Israel? [1]


Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”

Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan. Seperti buih di lautan.

Sabda Rasulullah SAW yang masyhur akan keadaan ummatnya pada akhir zaman, tergiang-giang di dalam kepalaku. Ak-47 kurapatkan di dada. Teman setiaku beberapa tahun kebelakangan ini. Kulayan seperti salah sebuah bahagian tubuhku.

Sekarang aku sedang bertahan bersama sekumpulan kumpulan pejuang yang lain. Israel memecah masuk kawasan kami secara mengejut semalam dan melakukan kemusnahan yang besar. Mujur, plan kecemasan dapat berjalan dengan baik, maka bilangan yang terkorban amat sedikit. Kini, bandar ini telah kosong dan yang tinggal hanya pejuang-pejuang sahaja.

Dalam kesejukan malam yang mencecah 0 darjah celcius ini, fikiran aku menerawang kepada nasib kami, penduduk tanah berdarah Palestina.

Sampai bila agaknya kami akan begini?

Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku menoleh, kelihatan Abu Syahid sedang tersenyum ke arahku. Terang cahaya rembulan membuatkan wajahnya yang bersih tampak bersinar.

“Pejuang tidak boleh leka wahai Asad.”

Aku mengemaskan pegangan senjataku. Kami ditugaskan mengawal di bahagian hadapan. Menanti musuh yang melalui di kawasan ini untuk melancarkan serangan hendap.

“Apa yang kamu fikir-fikirkan hingga kulihat seakan-akan rohmu sudah terawang-awangan?” Abu Syahid menyoal. Walaupun umurnya lebih tua, dan pengalamannya lebih luas, dia memang terkenal dengan sikap ramah dengan mereka yang lebih muda daripadanya.

“Hanya terfikir akan nasib kita” Aku menjawab pendek. Segan sebenarnya.

Abu Syahid mengangguk. “Apa maksud nasib kita?”

“Ya la, nasib bumi kita ini, nasib diri kita ini”

“Kau rasa menyesal dengan nasib yang Allah berikan ini?”

Aku menggeleng. Sesekali tidak. Walaupun orang melihat ini satu bencana, aku melihat ini satu kemuliaan. Peluang berjihad di jalan Allah, peluang mengorbankan nyawa, dan peluang untuk mencapai syahid. Kemuliaan apakah yang lebih besar daripada kemuliaan ini?

“Saya cuma terfikir akan masa hadapan kita”

“Kau rasa kita tiada masa hadapan?”

Sekali lagi aku menggeleng. “Bukankah Allah telah berjanji tidak akan mensia-siakan kita?”

Abu Syahid menguntum senyum. “Habis, apa yang kau gusarkan?”

“Bila semua ini akan berakhir?” Aku menghela nafas.

“Bila ummat terislah” Jawapan pendek Abu Syahid, membuatkan aku diam dan berfikir.

Bila ummat terislah. Tambah aku teringat akan hadith riwayat Abu Daud tadi.

“Kalau begitu, tidak akan berakhir la perjuangan kita ini?” Aku mendalami mata Abu Syahid.

Abu Syahid ketawa kecil. “Akan berakhir, apabila ummah ini terislah”

Dan aku diam. Abu Syahid pula tidak menyambung kalamnya. Perhatian kami terus tertumpu pada suasana sekeliling. Rembulan terang hari ini, menemani penjagaan kami.

** bersambung **

Sumber: http://ms.langitilahi.com/

No comments: