"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)
Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Monday, March 8, 2010
Mengapa tidak dihancurkan saja Israel? [akhir]
Api yang menyala sedikit menghangatkan suasana. Sejuk hingga sampai ke tulang sum-sum sedikit reda.
“Asadullah, bagaimana kamu?” Satu suara menyapa selepas salam dikeluarkan.
Aku mengangkat kepala. Sinan, senior dalam pergerakan perjuangan ini bergerak mendekati aku.
“Duduk sahabat” Aku memberi ruang. Dia pun duduk.
“Kenapa aku nampak kau macam berfikir panjang? Teringat keluarga kah?”
“Terfikir bila kita boleh menang”
“Bila ummat…” Dan aku pantas memotong biocara Sinan, “Terislah?”
Sinan tersenyum manis. “Ya.”
“Kenapa begitu? Kenapa kita tidak boleh terus sahaja menyerang Tel Aviv dan meruntuhkan kezaliman Yahudi walaupun kita berkemampuan? Sudah lebih 60 tahun tanah Allah ini dinodai” Aku masih tidak faham.
“Sebab, kita tidak berjuang hanya untuk membebaskan sebidang tanah.”
“Eh?” Aku tambah hairan.
“Hal Palestina, bukan hal kita sahaja. Palestina, bukan tanah kita semata-mata. Palestina, adalah masalah ummah. Ini tanah suci ketiga ummah kita. Dan walaupun ini tarafnya tanah suci, ummah kita tetap membuta mata dengan situasinya yang ternoda. Ini, menandakan ummah kita ada masalah” Sinan berbicara.
“Jadi, apa kata kita runtuhkan Tel Aviv sahaja, dan mengakhiri kesengsaraan ini?”
Sinan menggeleng. “Kalau ummah tidak terislah, maka kejayaan kita adalah sia-sia”
“Kenapa?”
“Bayangkan, kita berjaya merampas Palestina dari Israel, kemudian?”
“Kemudian?”
“Tidakkah kau melihat betapa seluruh musuh-musuh Allah di pelusuk dunia akan menumpukan serangan mereka ke arah kita? Ketika itu bagaimana?”
Aku diam. Ya. Kalau kami berjaya, maka pastinya ini akan menggemparkan dunia. Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat tidak akan berdiam diri dan menunggu lama. Pastinya, semua kekuatan akan ditumpukan kepada kami.
“Kau nampak sekarang? Kalau ummah kita seperti hari ini, masih lagi nafsi-nafsi, bergaduhan, tidak bersatu, bacul, pengecut, tidak mengambil Islam sebagai perlembagaan, maka siapa yang akan bersama dengan kita ketika dunia menumpukan seluruh kekuatannya untuk menghapuskan kita?”
Tiada. Akhirnya, semua perjuangan, pengorbanan sebelum ini akan menjadi sia-sia sahaja.
“adakah kau nak mengharapkan ummah kita yang tidak menjalankan perintah Allah?”
Tidak. Mustahil.
“Adakah kau hendak mengharapkan ummah kita yang mengingkari Allah?”
Lagi mustahil.
“Adakah kau hendak mengharapkan bantuan mereka yang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup?”
Tidak. Kalau Islam tidak diambil sebagai cara hidup, bagaimana hendak mengorbankan diri dalam membantu agama Allah?
“Dan ketahuilah Asad, bahawa ummat kita sedang terkena penyakit-penyakit cinta dunia ini. Mustahil mereka ini, akan membantu kita melainkan mereka ini terislah kepada yang benar semula”
“Wahn?”
Sinan mengangguk. Wahn adalah perkataan yang membawa maksud cinta dunia dan takut mati. Rasulullah SAW pernah bersabda akan wahn apabila berbicara berkenaan kelemahan ummat akhir zaman.
“Sebab itu, kita terus bersabar. Tugas kita, adalah bertahan dan menjaga apa yang masih ada.”
“Habis, bagaimana dengan ummah yang perlu diislah kalau betul itu sahaja penyelesaiannya?”
Sinan menghela nafas. “Di sinilah ujiannya. Hendak membebaskan Palestina, perlu amal jama’ie. Amal Jama’ie, tidak semestinya buat satu kerja sama-sama. Tapi kita buat banyak kerja, untuk capai satu matlamat yang sama. Amal jama’ie tidaklah bermakna kita di sini berperang, yang lain pun kena perang juga. Amal Jama’ie di sini yang diperlukan adalah, kita berusaha bertahan, dan masyarakat di luar sana berusaha mengislah diri mereka”
“Patut la…” Aku teringat sesuatu.
“Patut la apa?”
“Aku teringat yang Khaled Mesy’al ada berkata apabila orang bertanya apa yang perlu dilakukan oleh orang di luar Palestina, dia menjawab: Kamu bergeraklah mengislah ummah di kawasan kamu, agar kembali kepada Islam yang sebenar. Itu, adalah bantuan terbesar kamu untuk kami”
Sinan tersenyum. “Ya, sebab tanpa kesedaran dan pengislahan ummah, maka Palestina ini tetap tidak akan terbebas sampai bila-bila”
Baru aku faham. Jihad kami bukan jihad semata-mata merampas semula satu kawasan yang dijajah. Jihad kami adalah bertahan, sambil terus-terusan memperkuat dan memperhebatkan diri, menanti ummah di luar sana bergerak mengislah diri mereka, dan akhirnya barulah bersatu dan membebaskan tanah mulia ini. Amal Jama’ie.
“Habis, bagaimana mereka di luar sana?” Aku bertanya lagi.
“Jangan risau akan hal itu. Kalau di Palestina ada kita, di negara-negara lain pun ada orang-orang seperti kita. Cuma mereka mungkin tidak mengangkat senjata. Mereka bergerak mengislah masyarakat dengan fikrah mereka, mengajak ummah agar kembali kepada Islam yang sebenarnya”
“Benar kah?”
“Benar, bukan kita sahaja yang faham penyelesaian kepada masalah Palestina ini”
Aku gembira. Aku rasa sangat gembira. Maka sekarang, tugas kami adalah bertahan, terus-terusan menjaga tanah ini. Aku rasa bersemangat, aku nampak matlamat aku. Ak-47 kupeluk erat, meluahkan gembiraku kepadanya.
Sinan terus tersenyum. Kami memandang langit bersama-sama.
Moga Allah mencampakkan hidayah kepada semua yang berada di luar sana.
Kami akan terus bertahan, menanti kebangkitan saudara-saudara kami di luar sana untuk sedar dan bergabung perjuangan dengan kami nanti. Bila tiba saatnya, kami akan memenangi peperangan ini, seterusnya disokong seluruh saudara kami di luar sana.
Senyuman aku tidak lekang, melalui malam.
Wahai ummah, aku memanggil-manggil kamu.
sumber: http://ms.langitilahi.com/
MasyaALLAH!!! hiba, sayu dan tertunduk malu ,aku membaca tulisan ini..
Bagaimana dengan saudaraku di luar sana? tahukah mereka hakikat ini??
Kalaulah kita semua sedar.... Kalaulah orang Islam Arab sedar..... Kalaulah Pemimpin Islam Sedar.....
"Kalaulah" ayat yang tiada penghujung.. Menghela penyesalan tidak berguna.
Masa masih ada, JOM!!
mereka tidak TAHU, kita bagiTAHU, agar mereka MAHU, dan akhirnya kita semua MAMPU!!!
Aku Berlindung Denga Nama Mu Ya Allah.... Dari tergolong didalam Golongan orang2 Yang Jahil.....
DEMI ISLAM aku sanggup apa sahaja, kerna TERKORBAN itu sunnah berjuang!
TAKBIR!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment