Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Friday, November 4, 2011

Yukk Puasa Sabtu ni!!







Buat sahabat-sahabat Malaysia, yang sempat baca post ni sebelum Zuhur, jom niat PUAS sunat rini!!
Tapi dengan syarat korang belum lagi buat hal-hal yang membatalkan puasa selepas azan subuh nanti na..

Buat sahabat-sahabat di Eropah. jom bangun sahur dan puasa Esok (sabtu) ni!!



Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari ‘Arafah, sabdanya bermaksud:
“Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya.” 
(Riwayatkan oleh Muslim dan al-Tirmizi)

 Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Puasa pada hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datang.” (Diriwayat oleh Muslim)

Ganjaran berganda-ganda dari Allah swt ni!!

Kalau manusia bagi hadiah rasa segan kan x amik..
Ni Allah bagi 'hadiah' lagi super dupper best, rugilah x amik kan :)

Siapa lagi Maha Menunaikan Janji selain Allah swt :)
'... siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.' 
(At-taubah, 9:111)

Hari Arafah tu apa?! :)

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Hari Arafah tu hari jemaah haji berwukuf di padang Arafah :)
keadaan manusia berkumpul rama-ramai sebegini, bolehlah kita iktibarkan seperti bakal berkumpulnya kita semua umat manusia di Padang Mashyar. Allahu..

No comments: