Assalamualaikum wbt..
Anda ada sahabat? Bagaimana kita melayan sahabat-sahabat kita??
Kita selalu cuba nasihat pada sahabat-sahabat kita, tapi depa x lut dek nasihat??
mengapakah??
Jom lihat macamana Rasul kita mendepani sahabat-sahabatnya..
ala.. sahabat nabi ni orang-orang terpilih, kita ni lain..
opppsss.. maksumkah sahabat Rasul? bukan manusiakan sahabat-sahabat nabi ini?? :)
8 tips dari Rasulullah:
1. Sampaikan nasihat secara berselang seli.
Secara logiknya, mustahil ada para sahabat yang buhsan mendengar bicara Rasul Allah ini. Rasulullah x bagi nasihat pada sahabat-sahabat tiap-tiap hari, tapi baginda meraikan waktu-waktu tertentu untuk menyampaikan nasihat.
Tapi kenapa Rasulullah menggunakan stratergi ini?
Mengikut Ibnu Masud:
' Nabi saw memberi nasihat secara berselang seli dalam beberapa hari bagi menggelakkan rasa jemu kepada kami"
Kita pun kalau orang bagi nasihat tiap-tiap hari, mahu berasap telinga. Faham, faham tapi kita akan ambil nasihat tu dengan rasa berat dan muak. Tapi kalau jarang-jarang dapat nasihat ni, sekali dengar terus semangat nak buat. Lagipun kalau ada sengang waktu antara satu nasihat dengan nasihat seterusnya dapatlah masa nak test drive nasihat yang diberi.. x gitu? :)
2. Bercakap dengan JELAS dan TERANG.
Kehebatan Rasulullah saw ni, sekali baginda cakap, sahabat-sahabat terus boleh ulang ayat yang sama sepertimana yang diungkapkan baginda. WOW! Bukan setakat boleh ulang, malah boleh disebar-sebarkan terus pada masyarakat ketika itu. Maka inilah rahsianya kenapa hadis nabi saw dengan mudah dapat dihafaz dan ditulis oleh para sahabat. Hebat!
Malah menurut Aisyah:
" Apabila nabi saw berbicara dalam sesuatu isu, sekiranya ingin dihitung ungkapan yang baginda gunakan, sudah tentu dapat menghitungnya" [WOW!]
Konklusinya, susun ayat, terangkan dengan jelas dan terus pada tajuk. Usah terlalu berbunga-bunga hingga susah difahami apatah lagi diamalkan.
3. Khususkan berita dan jawatan tertentu kepada sahabat tertentu.
Kebolehpercayaan dan kemampuanterimaan seseorang itu berbeza. Kita yang biasa ni pun kalau nak cerita berita hot pun kita pilih orang yang tertentu untuk kongsi. Orang yang suka cakap lepas, sah-sah bukan pilihan utama.
Apatah lagi dalam berita-berita tentang stratergi zaman nabi saw.
Situasii 1:
Mu'az Bin Jabal ra melaporkan, Rasulullah saw bersabda:
" Sesiapa yang menunaikan puasa Ramadhan, solat dan fardhu haji-saya tidak ingat adakah baginda menyebut solat atau tidak-melainkan menjadi hak Allah untuk mengampunkan dosanya tanpa mengira, samada berhijrah pada jalan Allah atau hanya berada di kampung halaman sahaja. Kata Mu'az: Bolehkah saya memberitahu orang ramai tentang perkara ini?. Sabda baginda; Biarkan orang ramai beramal.Sesungguhnya dalam syurga ada 100 tingkat. Jarak antara satu tingkat dengan satu tingkat yang lain adalah sejauh langit dan bumi. Syurga Firdaus adalah syurga yang paling tinggi sekali dan paling utama. Di atasnya adalah Arasy tuhan Al-Rahman. Daripadanya mengalir sungai-sungai syurga. Jika anda berdoa untuk memohon syurga, pohonlah SYURGA FIRDAUS."
Kenapa Rasulullah melarang Mu'az memberitahu kepada orang ramai?
Supaya mereka tidak hanya menumpukan ibadat khusus tanpa mahu melakukan amalan-amalan lain yang lebih afdal.
Kenapa disampaikan hanya pada Mu'az?
Bukan bertujuan membezakan para sahabat, sebaliknya berbentuk meraikan keadaan seseorang sahabat dari segi kemampuan menyimpan dan menjaga rahsia berbanding sahabat dengan sahabat yang lain, yang kurang mampu.
Siapa tidak kenal perwatakan Mu'az bin Jabal ini...
Situasi 2:
Rasullah ingin melantik Amr bin al-Asr ra sebagai panglima tentera sedangkan beliau baru sahaja memeluk Islam dan dalam pada masa yang sama ramai lagi para sahabat yang lebih senior. Malahan suasana peperangan juga lebih sukar. Maka memerlukan kepada kebolehpercayaan yang tinggi kepada orang yang dipilih.
Rasulullah saw bersabda pada Amr ra:
" Saya ingin melantik anda untuk mengetuai satu angkatan tentera. Allah akan menyerahkan mereka kepada anda dan memberi harta rampasan kepada anda. Saya mengharapkan anda dikurniakan harta dalam misi tersebut. Kata Amr: Wahai Rasulullah saya tidak pernah memeluk Islam untuk mendapatkan harta benda, sebaliknya saya memeluk Islam semata-mata inginkan Islam menjadi pegangan hidup saya dan saya sentiasa dapat bersama Rasulullah. Sabda baginda: Sebaik-baik harta yang baik itu, apabila berada di tangan lelaki yang baik (yang pandai menguruskannya).
Maka amanah yang diberi adalah kerana kemampuan dan kelayakan yang ada pada Amr, kebolehannya kini disalurkan kepada untuk kepentingan ummah dan Islam. Ingat hadis logam?
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”.[Bukhari]
Sebaliknya Rasulullah tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar al-Ghifari ra yang meminta jawatan gabenor. Baginda menepuk-nepuk bahu Abu Zar dan bersabda:
" Wahai Abu Zar, anda seorang yang lemah. Sedangkan jawatan yang anda pinta itu mendatangkan kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat kelak kecuali orang yang memegangnya dengan cara yang benar dan melaksanakan amanah yang terdapat di dalamnya."
Dengan cara ini juga, kita dapat membuat sahabat kita rasa istimewa. :)
Menjadi insan terpilih, sesungguhnya pasti sesuatu yang membanggakan..
kan?
4. Beri fatwa yang berbeza.
Rasulullah pernah ditanya tentang soalan tentang amalan apakah yang paling afdal . Sahabat menerima pelbagai jawapan dari rasulullah. Kisahnya begini...
Jawapan Rasulullah kepada Abu Hurairah :
Beriman kepada Allah swt, berjihad pada jalan Allah dan menunaikan ibadah haji yang mabrur.
Jawapan Rasulullah kepada Abdullah Bin Mas'ud :
Solat pada awal waktu, berbuat baik pada kedua ibubapa dan berjihad di jalan Allah.
Jawapan Bagnda kepada Abu Zar ra :
Beriman kepada Allah dan berjihad pada jalan Allah
Jawapan Baginda kepada seorang lelaki daripada Khath'am :
Beriman kepada Allah, menghubungkan silaturahim dan menyuruh yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar.
Sungguh berbeza.. mengapa?
Kerana ingin meraikan keadaan orang yang bertanya mengikut kesesuaian keadaan tempat dan situasi yang dialami oleh orang-orang yang bertanya itu sendiri.
Menurut al-Qadi Iyad, Rasulullah mengajar masyarakat berdasarkan apa yang PERLU dan meninggalkan sesuatu yang tidak penting dan tidak perlu diketahui. PROIRITI.
Baginda juga mengajar tentang perkara asas yang masih belum disempurnakan dan belum dapat dicapai oleh amalan yang dilakukan orang yang bertanya.
Bagi orang yang dah ready untuk jihad, maka galakkan jihad lebih utama. Buat yang masih mempunyai ibubapa yang sudah tua, yang mana kalau ditinggalkan kerana keluar berjihad, akan menyebabkan ibubapanya terabai, kerana itu berbuat baik pada ibu bapa adalah lebih utama. Bagi yang sudah ke haji, seruan ke medan perang adalah lebih dan begitulah sebaliknya. BIJAK!!
Aplikasinya?
ha.. dalam usrah kita ada macam-macam jenis mad'u. ada yang baru kenal Islam, ada yang adh advanced, memukul rata semua dalam memberi nasihat adalah tidak tepat. Jadinya ikut nabi saw... buat mad'u yang baru berjinak-jinak dengan usrah nasihatkan dia tentang solat, puasa sunat etc. Kukuhkan hal yang asas. jangan terjun terus kepaad keperluan berdakwah dan berjemaah. Mahu melompat si adik itu nanti. Bila selesai perkara asas itu terjaga, inshaAllah mad'u ini sendiri yang akan bertanya tentang dakwah dan jemaah.
banyak sangat dah ni.. nanti overloaded..
kita sambung lagi 4 nanti ye..
InshaAllah kita cuba dulu yang empat ni, tengok macamana hasilnya.. :)
Selamat beramal
Allahualam.
Sumber: Bab Psikologi Rasulullah dalam berinteraksi dengan para sahabat. Buku Psikologi Rasulullah s.a.w dalam berinteraksi dengan Masyarakat.
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)
Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment