Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Friday, May 13, 2011

Sang Pencerah [Harus Tonton]




Alhamdulillah!!
Tak sangka ramai sahabat-sahabat yang dah lama tunggu movie ni..
terasa lambat pula diri ini.. huhu
Almaklumlah.. baru nak mula belajar hargai sejarah-sejarah gerakan islam dunia..
makanya masih tersekat dekat Malaysia, x sampai kat Jawa lagi.. heeee


Apapun thumbs Up untuk movie ni..
MUHAMMADIYYAH gerakkan islam kedua terbesar di Indonesia selepas NU (gerakan tradisionalist).


Movie ni bagus sebab ada pengajaran seperti..
1. Tak guna belajar kat luar negara tapi bila balik tak mampu nak buat PERUBAHAN.
2. BERANI menegakkan hal yang salah.
3. Bila kebenaran mahu ditegakkan, maka jalannya tidak mudah. Kerana itulah jalan dakwah. MUDAH bukan janji.
4. Jika nak buat perubahan, melakukannya SEORANG diri itu mustahil mengikut sunatullahNya.
5. ada juga di sebut kepentingan berJemaah.
6. ada juga disebut keperluan bergabung dengan kumpulan kafir. Antara dialognya, " Islam boleh berkerjasama dengan sama sesiapa pun, cuma pastikan.. 'Untukmu agamamu, untukku agamaku' "
7.Keperluan gerakan TAJDID didalam sesebuah masyarakat.
8. dan paling terbaik adalah bab.. konsep BERLAPANG DADA..  
"Kita berikhtiar, kerana kebenaran hanya ada pada Allah swt.'Hidup ini singkat, Allah berserta orang-orang yang peduli..InshaAllah apa juga pendirianmu, Allah akan meredhai usahamu.."


Kepelbagaian jemaah memang tidak boleh dinafikan..
Namun apa guna AKAL yang diciptakan andaianya ianya tidak digunakan untuk berfikir dan membuat pilihan yang terbaik..


Konsep berlapang dada ni amat penting, tapi sayang akibat terlalu banyak jemaah ni, ada juga yang memilih untuk tidak menyertai mana-mana..
Malang sungguh..


Dalil AlQuran dan Sunnah sudang dibentangkan..
Usul Fiqh juga telah diceritakan..
Maka seruan apa lagi yang ditunggu???
Seruan akhir dari Illahikah??


Jangan jadi orang RUGI.
Jalan dakwah telah dibentangkan..
Terserah diri sendiri untuk memulakan langkah..
Jangan sampai terlewat..
Umur kita tidak panjang..


Bagi sesiapa yang belum jumpa..
Pesanku CARI dan berTANYAlah..


Allahualam..
Selamat Beramal..


p/s: Untuk yang x faham bahasa Jawa, boleh tengok movie ni kat link ni, ada subtitle english [klik2] 


[hehe, banyak sangat makan tempe sampai dah boleh faham bahasa jawa..]

No comments: