Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Tuesday, January 4, 2011

Siapa yang paling menyayangimu??



Menceritakan kisah seorang hamba Allah yang apabila ditimbang amalan, kurang satu amalan bagi membolehkannya masuk Syurga. Dicarinya semua keluarganya, tapi tiada yang sanggup memberi satu kebajikan kepadanya.
----------------------------
34. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
35. Dan ibunya serta bapanya,
36. Dan isterinya serta anak-anaknya; -
37. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara Yang cukup untuk menjadikannya sibuk Dengan hal dirinya sahaja.
('Abasa:34-37)

Doa Nabi Daud:

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”
(HR Tirmidzi)

Allahuakbar!!!!!

Banyak sangat dah bukti yang ALLAH swt tunjukkan pada kita tentang sayangnya DIA kepada kita.
keras sangat ke hati kita nak kembalikan sayang itu kepada PEMILIKNYA??
Walhal perasaan pun datang daripada DIA.
kenapa kesombongan kita melebihi umur dan kemampuan kita??

Buangkan ego kita dan serahkan kembali roh itu kepada PEMILIKNYA,
rendahkanlah jasad kita untuk sujud, memohon ampun.
rajinkan mulut untuk berzikir..
ringankan tubuh kita untuk melakukan kebaikan yang telah ditetapkan..

INGATLAH..
Tiada siapa yang lebih menyayangi kita, selain daripada DIA, yang MAHA ESA.

peringatan buat diri.... Astaghfirullah Al-Azim.

Allahualam.

Sumber: klik2

No comments: