Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Wednesday, January 5, 2011

Asam Pedas MeletOOoOOp dan Kita.

KISAH BENAR!!!!

Sejarah hari ini.
Lokasi: 8, St Annes, SCR, Dublin 8
Tarikh: 5 Januari 2010

ISU: Asam Pedas MeletOoOOOp salah siapa?? chefnya atau cili keringnya?

bukan gambar sebenar.hanya gambar hiasan.

Bahan-bahan masakan dah lengkap, rasa dan bau dah terangkat.
Tapi bila lauk mula dijamah, PergH!! MeleTOOOPPpp tak hingat!!
Berasap-asap telinga. Mendidih otak. Berpinar-pinar mata.Habis semua cecair terembes keluar.

1. Buat yang punya pedas treshold yang tinggi, mereka akan tetap GAGAH menghabiskan lauk yang telah diambil.
Chef gembira, walaupun rasa bersalah, si pemakan pun gembira sebab kenyang dan berterima kasih sebab sudi juga masak untuk dia, walaupun dah terseksa [tarbiyah badaniyyah ye, hehe]

2. Buat yang sebaliknya, alamatnya ke tong sampahla jawabnya lauk itu.
Chef sedih, si pemakan pun sedih. Dua-dua tak dapat manfaat.

Analogi kehidupan ini sama dengan realiti dakwah:
Niat si pemberi dakwah dah betul. Ilmu yang nak disampaikan pun sememangnya memang cantik! Ilmu-ilmu Allah semuanya kan, mana ada yang tak sempurna.

Tapi itulah, cara pelaksaan pula kurang tepat.
Andai kata-kata 'aluan' dah menyakitkan , akhlak si pemberi dakwah pula keras, tidak boleh berkrompomi, suka attack2 terus..
alamatnya tak sempat isi dakwah disampaikan, madu' dah cabut.

Kalau masak ada caranya, apatah lagi dalam Dakwah.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
[3:159]


Jauhi KEKERASAN!!


Dakwah ada seninya..
Nak tahu apa seninya, anda harus lalui PROSESNYA..

Itu sahaja tazkirah ringkas buat diri dan sahabat-sahabat. Ini dapatan saya hari ini.
Mungkin esok sahabat-sahabat pula..
LIHAT.FIKIR.TAFSIR.KONGSI.

Lihatlah sekelilingmu, dan berfikirlah, kamu pasti akan mendapat sesuatu daripada usaha berFIKIR itu.

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
[2:269]

p/s: Nak jadi ceritakan, rajinla pula si penulis ni masak kan...
Ada hikmahnya.. >_=.. kes kes kes..

***** tiba-tiba terjumpa komik ni, macam kena dengan ibrah kita: klik2*********

Allahualam.

No comments: