Sedih memikirkan, kejahatan musuh Islam, bila kekasihku dipermain, diperlekeh sebegitu rupa.
Apa salah Baginda pada Kalian??
Sakit dan Luka apa telah baginda tinggal pada kalian semua?
Aku umatnya, pantang jika kekasihku diperlaku sebegitu rupa. Pantang!
Namun pantangku bertempat. Tidak aku memaki hamun, membakar bendera, berarak menjerit-jerit, melakukan keganasan dan kehancuran.
kerana itu bukan cara Baginda, dan aku tidak ajar sebegitu.
Dan aku pasti Baginda juga tidak mahu aku berperlakuan seburuk itu. Islam itu cantik secantik akhlak utusanNya.
Teringat aku, betapa hebatnya insan bernama MUHAMMAD saw ini masa hidupnya. SABAR itu jiwanya. Dicerca, disakiti, dipulau, hamburkan sahaja semua kepayahan, tidak satu keperitan pun yang tidak dilaluinya. Namun TENANG itu pilihannya.
" berbuatlah baik kepada musuhmu, walaupun mereka menyakitimu.." ini kata baginda.
Maka akan ku pilih cara ini. Menghambur kata kesat untuk meneggakkan BENAR itu bukan caranya dan bukan juga caraku.
Kepada saudara seIslam ku seluruh dunia, berhenti sebentar. Renung dan berfikir, jika Baginda di sini masih bersama kita, adakah tindakan ini mengembirakannya? Adakah Baginda inginkan baginda dibela seumpama ini? Bersederhana dalam tindakanmu. Ancaman BUNUH itu bukan budaya kita. Memusnah dan membakar daulat negara orang itu bukan budaya kita. Berfikir sebelum bertindak.
Terima Kasih atas hinaan kalian terhadap Nabi kesayanganku, Terima Kasih kerana sekurang-kurangnya, kalian secara tidak langsung mengiktiraf kehadiran Baginda di muka bumi ini. Terima kasih kerana menjagakan Muslim yang lena. Terima Kasih kerana menghebahkan kehebatan pengaruh Baginda dalam hidup manusia bumi. Terima Kasih kerana telah menyatukan kami, umat Islam seluruh dunia untk menyatakan bantahan terhdadap kerja kalian.Terima Kasih juga, kerana kerja kalian juga, sahabat-sahabat non-Muslim mula bertanya, siapa Baginda, apa istimewanya baginda, kenapa baginda dicintai dan disayangi. Terima Kasih kerana memperkudahkan da'wah kami. Sungguh Allah swt ada perancaganNya.
Allahualam.
Baginda, pemilik cintaku selepas ALLAH swt.
No comments:
Post a Comment