Assalamualaikum wbt buat para pengundi dan calon yang dihormati,
Pertama kali melihat nama tercalon sekali lagi untuk EXCO dalam pilihanraya ini, cukup meresahkan saya. Apa agaknya yang mahu dituntut oleh para pencadang dan penyokong dari saya? EXCO sahaja pun, tidak apa-apa kata seseorang. TIDAK! Mungkin kecil di mata manusia, namun besar di hadapanNYA. Amanah itu BERAT, lebih PERIT jika tidak berjaya dilunaskan. Pengakuan apa yang bakal diberi di hadapan yang MAHA ESA nanti ?
Hati terpanggil untuk memaklumkan SPR agar nama digugurkan buat kali kedua. Namun, firman Allah yang menjadi pegangan saya selama ini melintasi minda.
O you who believe! If you help (in the cause of) Allah, He will help you, and make your foothold firm.
( سورة محمد , Muhammad, 47:7)
MasyaALLAH. Ini peluang. Peluang kedua, dan mungkin tiada ketiga.
Persoalan lain timbul, MAMPUKAH saya?
Hakikatnya, MAMPUKAH itu bukan soalan, tapi MAHUKAH saya?.
Ya, MAHUkah saya BERUBAH,MEMENUHI dan MEMBERI?
Ya, saya perlu BERANI untuk MAHU.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Berjanji itu bukan kepakaran saya.
Tiada JANJI, cuma ada BAKTI.
PERCAYA anda, KEKUATAN buat saya untuk MENCARI.
YAKIN anda, PENGERAK buat saya untuk MEMENUHI.
UNDI anda, PELUANG buat saya untuk MEMBERI.
UNDILAH calon yang TERBAIK.
Jika yang TERBAIK itu bukan saya,
Nah, deretan calon lain perlukan UNDI anda.
MENGUNDILAH !! Jalankan Amanah ini.
ANDA tahu siapa yang berhak ke atas UNDI anda.
Gunakan KUASA ANDA.
Selamat Mengundi!!
Pilihlah dari hati dan akal yang matang dan tenang.
Berikan amanah itu pada yang berhak ke atasnya.
Tanggungjawab ini kelak bakal disoalNya kembali.
Terima kasih buat para pencadang penyokong dan sesiapa yang punya percaya dan yakin pada kemampuan saya yang tidak seberapa ini.
Ingatan bersama untuk rakan calon:
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta
memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusiayang lain.
- Saidina Ali bin Abi Thalib
Allahualam.
p/s:
[Semoga ALLAH memberi yang terbaik buat aku dan rakan-rakan. Menang atau Kalah, BERUBAH itu perlu. Pemberian aku tetap akan ada, Aku takkan lari, PPIMI sudah amat dekat dengan jiwa aku. InsyaALLAH]
Hope the bEST win!! Senyum-senyum selalu!!
"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?" (Hassan al-Banna)
Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment