Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Wednesday, January 13, 2010

Dahulu, aku punya Teman..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

51: Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang teman.

52: katanya: Adakah engkau juga termasuk orang-orang yang membenarkan hari berbangkit?

53: Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?

54: (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat (keadaan temanku itu)?

55: Maka dia pun memandang (ke arah Neraka), lalu dilihatnya temanya itu berada ditengah-tengah Neraka yang menjulang-julang.

56: Dia pun berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

57: Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayat petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab).

58: (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi;

59: Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa?

60: Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.

61: Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).

62: Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?


Surah As-Shaffat, 37:51-62
MasyaALLAH, terkedu baca ayat ni....

Pernahkah kita punya teman seperti itu?
mungkin xdelah sedahsyat tu, sampai mencabar akidah kita. [atau mungkin ada??]

Tapi pernah x teman kita tu, ajak kita ponteng usrah? skip kelas? tipu ibu ayah?
atau kawan kita cakap, pakai tudung xde trend, huduh la, ada rambut tunjuklah..
atau ko pergi usrah?? lamenye, dah ustazah kawan kita ni rupanya..
atau ape baju gebeh2, besar-besar ni.. tak cun la. C'mon, ikut fesyen, cam ak, ketat sana, ketat sini, bonjol sana bonjol sini.. baru HOT
atau tudung labuh-labuh??pakai tudung besa cukup, kne tutup rambut je pun..
atau ko masih single-mingle? haha sian ko xde orang nak. xpe nanti ak kapelkan ko dgn..
atau ko ajak ak g PUISI, PMS, FUIYO apakah, ??? x cool langsung, ajaklah Paris ka..
atau x pernah cakap,jalan, duduk dengan lelaki?? kuno betul. bersosial la sikit..
atau baca quran?? xpa ramadhan nanti ak baca la, jangan sibuk2
atau.. banyak lagi, yang pernah menghadapinya pasti lebih tahu..

Sedar atau tidak..
kata-kata halus ni lagi bahaya, dari teman yang direct seperti kisah di atas.
Teringat surah terakhir dalam Quran,AnNas yang mana Allah berfirman..
"dari kejahatan setan yg bersembunyi, yang berbisik kejahatan ke dalam dada manusia dari
(pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. "
( سورة الناس , An-Nas, 114:4-6)


Tapi apa selalunya kita buat dgn kata-kata teman kita ni??
kawan bergelar teman mungkin x fikir utk terangkan, sebab niatnya utk meTeman di Dunia sahaja, jadi lantaklah teman kita tu, buat apa habis air liur terang-terang semua ni.klu cakap lebih-lebih nanti xnak kawan pula, payah..
tapi, kalau SAHABAT, dia Sayang temannya, maka dia akan Terangkan..
hikmah, tepat dan mudah.mungkin teman tu x suka dan bakal menjauhi, tapi x kisah, sbb dia tahu, dia Sayang. Bantu kat dunia x da apa-apa, bantu untuk kebaikkan kat sana itu yang paling manfaat.
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
( سورة الزخرف , Az-Zukhruf, 43:67)

Dan pesan buat diri dan para pembaca..
Berhati-hatilah dengan kata dan perbuatan kita, adakah ia membawa pahala atau dosa? jika pahala, Alhamdulillah, jika sebaliknya?? dan sahabat kita MENGIKUTnya.. hah! berhati-hatilah!!
"kalau nak buat Jahat sendiri-sendiri, tapi kalau nak buat BAIK ajak ramai-ramai"
" Biar teman makan hati kat sini, jangan makan api di sana"
btul x??

Allahualam

No comments: