Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Thursday, April 23, 2009

PreGnant.Pregnancy.Baby.

Salam,

Di satu petang yg Nyaman lagi sejuk-membeku (zaman musim sejuk dahulu kala) tika itu ak, kak izyan dan rakan2 umah berjalan ke ALDI (ASDA Superkecik versi Eire.. hehe)utk berGrocerY...

"Syara, akak nak bg awak thu stu bende ni... " kak izyan berbisik + tersenyum manis..
" hehehe.. ape die" kataku tersengih2~
" Akak gtau ni, syara jgn terkejut yea.." kta beliau lembut
ak menganguk tanda dh bersedia..
" akak. PREGNANT.. hehe" kata kak izyan penuh ceria
"erk.. Pregnant??!! aiyak!!!" hampir tercabut jantung ak..
"Wah!!! Tahniah!!!" kataku mnyembunyikan ketergamamanku yg amat.. huhu..
"akak bgtau awak sorng je dlu tau.. hosmate yg len akak x bgtau lg.. hehe.. sbb dorng "kecik2" lg.. takut dorng terkejut... hehe" kak izyan memperjelas..
"hehe.. baik2~ no HAL la.." kataku Ceria.. [hehe.. ak assume beliau anggap ak matang.. hihi.. yeay!!! bukan senang nk dpt title ni.. ]
" kak izyan ok ke dgn baby ni??" tnyaku penuh risau + curious tiba2~ (erkk mungkin ni soalan yg kurang bijak.. huhu)
" Ok la, apa la syara ni.. haha" jawab beliau bersahaja

Menarik + Peliknya.. sepanjang pergi & pulang dr Aldi.. ak SENYUM memanjang.. hehe.. Bahagia sungguh rasa hati.. macam ak plak yg pregnant.. huhu..[xmo2 takut..] Klu ak dh gembira camni, Kak Izyan apatah lg.. 
FYI, kak Izyan ni dh 4th Year Medic stud RCSI.. Beliau mmg TerBAEEkk!! sweet, pandai MAsak [ini yg penting.. hehe], cemerlang gemilang juga... InshaALLAH bakal Ibu yg Mithali.. =) Untung Suami & bakal baby tu.. hehe

=============================================================
TinG TONG###

kembali ke alam nyata.. hehe.. Td lecture blaja pasai Pregnancy.. Maka terus teringat Kak Izyan... huhu..

Dgn adanya contoh terdekat.. Lecture hrini dirasakan sgt menarik!! Best!!



ni antara slide yg menarik perhatian ak..

selama asyik fikir cmne, klu pregnant, knpa perut kne membonjol macam tu?? cmne baby lekat kt  rahim ek?? camne posisi baby dlm rahim?? Alhamdulillah harini dh terjawab.. oOoOoO.. macam ni ka... hehe.. menarik2~

Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).  
(  سورة الأنعام  , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #98)

Satu lg Ilmu yg menarik.. 
Klu dulu2 kita tahu baby bnyak, ambil nutrient & oksigen dr ibu..
Tp rupa2nya baby ni pun ada memberi kat Ibu mereka kembali.. iaitu penghasilan DHEA utk hasilkan estrogen
Secara ringkasnya, cholesterol dr Ibu masuk dlm circulation baby, then kat adrenal cortex baby ia ditukar mnjadi DHEA and transfer once again ke dlm darah ibu, pastu kt dalam uri,DHEA ditukar kpda Estrogen and send back to the mother circulation....
Tada!! Ibu bg Baby.. Baby bg Ibu balik.. hehe.. Comel2~ SubbahanaALLAH!!

EsTrogen??!! apakah itu..
ooOO.. estrogen tu hormone.. 
Function:- mengalakkan pembesaran uterus, assist in lactation (penghasilan susu) proses, maintain dinding uterus dan induce production of progesteron(hormone lg.. hehe)
x faham?? hehe xpe2~ yg penting bende ni pntng utk proses kelahiran nnti..

Lagi INFO:
Tahukan anda.. Ibu-Ibu kita terpaksa melalui 3 peringkat sebelum melahirkan kita..
Pertama: peringkat pling lama 8 jam.. Rahim ibu akan contract hingga cervix terbuka sepenuhnya(size bukaan cervix buley sampai 10 cm).. wohoho.. AMAT2 SAKIT!!!! sian mama kita kan.. isk3~
Kedua : purata tempoh, 1 jam (minimum.. klu lg lama... hmpir 9 jam dh ibu-ibu kita menahan sakit, semata2 sbb kita.. ) Tempoh ni, cervix dh buka luas utk melahirkan baby..
Ketiga: proses pengeluaran Uri(placenta)


HoHoho.. HoRRRRRooooRRR... 

SesUnGGuhnya IBU-Ibu kita MEmanG HEBAT!!!! TahnIAh Buat MAMAku & semua insan bergelar IbU..
TERIMA kASIH MAMA!!!

Proses mengandung& bersalin ni sangat2la highly regulated by hormones.. Delay or too soon of hormone secretion boley sbbkn mcam2 masalah, eg. ectopic pregnancy, keguguran huhu..

Alhamdullilah, ak telah berjaya dilahirkan.. selamat dilahirkan bru stu hal.. kejadian kita masa dlm rahim pun bukanlah semudah yg kita fikirkan.. Ilmu embryology sgt2 membuka mata ttg betapa Hebatnya Allah swt.. Nikmat dilahirkan sempurna, betul2 membentuk rasa bersyukur dalam diri.. Lahir2 ja kita dah 2 NIKMAT paling BESAR.. yg kita selalu lupa atau buat2 lupa sbb x pernah berfikir akan ia... Astaghfirullah Al-Azim.. Ya Allah jdkanlah kami termasuk dlm golongan hamba2Mu yg bersyukur.. Amin.

Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  
(  سورة آل عمران  , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #6)

MasyaAllah.. KekuasaAnMU itu Maha HEBAT!! .. Betapa halus & teliti, penjagaanMU ke atas tiap2 sesuatu... 
TAKBIR!!! Allalhuakbar!!

Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu.  
(  سورة الرعد  , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #8)

apa yang ak blajar hrini, baru secara kasar.. belum detail lagi.. Sedikit tapi dh menarik..

Ha amacam.. de rase nak specialist dlm O&G (Obstetric & Gynaecology)??
hmmm... blom lg kut.. tp.. mungkin  dgn cara ni lg nmpak signifikannya knpa perlunya ramai Dr. wanita & ni cara terbaik utk ak membantu pesakit wanita muslim yang benar2 ingin menjaga kesucian diri( yup, nila salah stu sbb knpa ak buley setuju amek medic .. ) xkan nak bg Dr lelaki lg kn...mungkin idea ni boleh dipertimbangkan... InshaALLAH..

Skunk baby kak Izyan dah almost 4 bulan.. InshaAllah baby lahir Sepetember ni.. hehe X sabar nak tgok baby!!!Yeahoooo!!! hehe.. yola 1st time tgok orng pregnant dr 1st month, dpt tgok dr perut kak izyan flat, sampai dh membesar.. hehe.. dpt tgok cmne kak izyan handle tahap 'mengidam' dgn jauh dr keluarga & tanah air.. mencabar tu.. dah la kami x pandai masak.. huhu..
dpt usik2 kak izyan.. hehe.. (nakal kan?? hehe)-

Tapi Alhamdulillah, kak izyan xde alahan cam orng dlm drama Melayu.. Muntah2 secara dahsat.. xdo pula.. Maintain COOL selalu.. Cuma risau sikit ja.. kak Izyan g klas kt hospital sorng2, naik bas, jalan2.. huhu.. klu de servis utk pregnant woman akan ku sewakan utk beliau.. tp musti beliau x nak.. YUP..Kerana  beliau sgt Kuat!! musti bakal baby nnti pun sehebat Ibunya.. hehe.. Amin..
-if i wer in her shoes, i dun think i can be as strong as her huhu.. Benarlah Allah Maha Mengetahui ttg hambaNYA-

klu kak Izyan dh bersalin.. ak pangkat ape ek dgn baby tu?? beze umur 21 thun.. xkan Auntie kut?? aiYAKKK!!! x bersedia jd auntie.. tp ramainya kawan2 ak kt sini dah berderet anak sedara.. ak ja xde lagi.. KAK EILA!! bila anda nak KAhwin?? saya nak anak sedara juga!! hehe.. (brani ak.. nak kena katuk ngan ayah??? hehe)

ok2.. dh melalut dh ni.. asal nak citer pasai pregnancy.. dh jd crite pribadi lg.. huhu.. maaf ya..

sebelum berundur.. cuba renungkan Firman Allah di bawah:-

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.  
(
  سورة الAl-Hajj, Chapter #22, Verse #5)


Wallahualam.

No comments: