Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Friday, February 13, 2009

Ku tuJUkan HAri Valentine...

Salam..

Cliche?? mmg pUn.. Tp tiap2 kita yg bergelar MUSLIM dipertggjwabkan utk b'Amar Ma'aruf NAhi mungKAr.. maka Cliche atau x.. itu soalan kedua..

Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti
diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat
dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu
begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati
yang mempunyai ciri-ciri " Dan tidak diberi peringatan
melainkan sesiapa yang segera bertaubat.

-Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini

Ak hampir terlupa yg Bulan Februari ni tlah dicemari dgn hari seperti ini.... Alhamdulillah.. terjumpa artikel ttg hal ni kt UTUSAN MALAYsia.. Bgus3~ kebenaRAn sudah berani diSuarakan... Alhamdulillah..

Ak agak lega.. sbb insan2 disekelilingku, kebnyakkan dorng bukanlah dr golongan yg bakal siBUk dgn hari Kekasih ni..

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #32)

ALhamdulillah.. =) TAhniah RAkan2ku.. Semoga kita sama2 terpelihara dr Fitnah2 DuniA.. Amin.

JAdi sekadaR menambah Ilmu... dan Kesedaran BersaMA... BerAmaL dgn Ilmu..


Sejarah Sambutan Hari Valentine

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.


WohohO.. suDAh terAnG LG bERSuluh.. xde LANGSUng KAITan SAMBUTAN Valentine ni NGAn aGAma Islam.. HAish

Hukum sambut Valentine

Setahu kita, anTara hari kebesaran Yg disyariatkan utk kita samBut adalah: RAya Aidiladha dan Raya Aidilfitri.

Firman Allah SWT:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Lepas zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

TApi Sedih sgt2 ramai umat ISlam mula meraikan hari2 yg xde kaitan dengan agama Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine. Bukan takat tu ja, kekadang sambutan nye lg MeRIah dan Hebat berbanding hari2 kebesaran Islam.. hmmm..

Antara larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda:
”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Terlampau siBuk memikirkan TTg HAri Valentine yg xde manfaat + mendekatkan kita dgn kemungkaran ALLAH..~

Tahukah kita apa TerJAdi pada 12 FebruaRi 1949?????
-Tarikh gugurnya seorng peJUang Islam.. Imam Hassan Al-Banna-
(klik disini utk mengenali beliau, kisahnya bermula pda page 20)

knalkah kiTA dgn Beliau??

fikir2kn.. Kita Makin JAuh dr ALLAH tp Selalu Mohon agar ALLAh berada dekat dgn kita...

SeiringKAh permintaan kita dan Kehambaan kiTA??

"YA ALLAH, ampunilah dosa2 kami, Kuatkanlah IMAN kami, Berilah kami hidayahMu, JAuhkanlah kami dr Azab NerakaMu, MAtikanlah kami dalam Iman dan ISLam"

"MAnusia yg MengejaR cinta selaIn cinta ALLAH,
Umpama mengejar fatamorgana diwaktu terik mentari.
Jiwanya lemah, akalnya Lesu,
Ibadahnya tawar, Jihadnya pudar"

Wallahualam.

1 comment:

JHaZ KiTaRo said...

hmmm.. good info.. thanx for posting.. salam dari bumi Shamrock.. :)