Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Saturday, May 26, 2012

Haramain, doa doa doa


Ya Allah, bagi jadi Ya Allah!!!

Tiada apa lagi ucapan yang lebih mengembirakan hati bila mama kata mama ada plan baru summer ini, iaitu, cancel datang Dublin, tapi kita pergi  ZIARAH Tanah HARAMAIN !!!

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Alhamdulillah, mama, eina nak eina nak eina nak eina nak eina nak..
Suara yang asalnya monotonous, bertukar hyper..

Tergelak kecil mama, mendengar suara hyper aku itu..
'mama dah agak dah.. mama dah cakap dengan ayah aritu, eina mesti suka..'

Mama ayah sudah lama maklum hasrat ni, 
sejak melihat sahabat-sahabat di FB sibuk mengumumkan tahun-tahun mereka diizin ke Haji oleh Tabung Haji,
ada yang 2030, ada yang dapat 2040, ada yang dapat 2050 pun ada

sesak nafas tengok nombor2 ni,
dorang daftar awal dah rasanya ni, tapi Allahu, tahun yang diberi macam..
x logik.. sempatke??

Sejak dari tu, tiap kali telefon rumah,
aku azam, kena selalu ingatkan ayah untuk daftarkan aku untuk gi Haji kat Tabung Haji,
Sebab seingat aku, kami adik-beradik memang dah ada akaun masing-masing di situ,
dengan Ihsan mama ayah, gaji mereka di potong untuk akaun kami (JZKK ayah mama!)
tinggal nak register Haji je belum,

Perasan ni semakin memuncak bila tahu ada rakan2 muslimat UK yang akan menunaikan Umrah
dan mereka adik-adikku, mengikut bilangan umur..
Malunya.. mereka berusaha sungguh.. aku?!

dan dari situ, aku pesan pada diri,
aku kena doa sungguh2 lagi!!!
Ni bukan nak pergi jalan2 makan angin..
Ni nak ziarah rumah Allah
Tak terima jemputan
Tak dapat la...

Allah melihat Niat,
dan Allah tahu kesungguhan hambaNya
maka kalau mahu tapi niat tak kuat..
alamatnya..

dan kini, Alhamdulillah..
Tanah Haramain terasa dekat,
walaupun belum pasti..
Kita harus Optimis
Allah dah gerakkan hati dua insan yang aku sayang ini pun sudah membahagiakan si pendengarnya..

Demi Allah aku kena terus KUAT berdoa
kena bagi JADI SUNGGUH!!!!

Mohon doa dari sahabat-sahabat ya!!

Allah Allah Allah..

Allahuakabar!

Labbaik Allahumma Labbaik.
O my Lord, here I am at Your service, here I am

Labbaika Laa Sharikalaka Labbaik.
There is no partner with You, here I am

Innalhamda Wanni'mata Laka Walmulk
Truly the praise and the provisions are Yours,and so is the dominion and sovereignty.

Laa Sharikala
    There is no partner with You

Allahualam..

No comments: