
Bismillahirrahmanirrahim...
Berkata benar memang payah..
Kita terdedah dengan kebencian serta kemarahan..
Sebelum di medan ini,
ku pikir, ianya hanyalah telahan ahli dakwah semata..
Hamburkan sahaja kata-kata ma'aruf,
Bukan sukar mana pun..
ha! itulah dakwah mu
Tapi kini kita berbeza situasi..
Tidaklah lengkap sebuah dakwah tanpa Nahi mungkar
Mana mungkin Islam tertegak dengan berlantaikan maksiat
Jatuhkan Mungkar, Dirikan Kebaikan
Seiring.. bukan separuh separuh
Kata-kata itu memang benar sekali..
Kalau benar dakwah berdiri hanya dengan Maaruf
Kalau benar Islam itu dirinya hanya dengan Amar Ma'aruf
Mengapa wujudnya HUDUD dan NERAKA?
Mengapa tidak diwujudkan sahaja SYURGA?
Ini kisahku..
Dilema seorang hamba Tuhan.
Sakit rasanya hati andai tidak mampu meluahkan nasihat kepada si pelaku,
bukan sakit pada orang yang melakukan,
tapi pada DOSA berterusan yang dilakukan.
Congakkan ku terlalu banyak,
Mungkin itu, mungkin ini..
Cubaan bersangka baik, terkadang membuat aku jatuh ke dalam
hal yang amat memalukan..
menjustifikasi sebuah dosa..
Ah!!
Banyak sangat fikir, kadang-kadang melelahkan,
Akal lelah, tetapi amalnya tiada,
Dush!! itu lagi menyakitkan!!
Biarlah, andai nabi dahulu dakwahnya tidak pernah mudah,
bukan takat dibenci, dicaci, dihalau, disakiti malah mereka di BUNUH.
Bukan itu sunnah orang berjuang??
Aku?!
Paling dahsyat aku akan hadapi adalah keBENCIan.
Tapi, setakat kebencian, tidaklah risauku seteruk mana..
Benci manusia apa nilainya pada aku?
Tapi, andai kebenciannya menyebabkan dia semakin jauh dari nasihatku?
Bagaimana? apa akan ku jawab pada Tuhanku?!
Akankah aku diMURKAI kerana nasihatku itu?
Mungkinkah aku dihukum kerana metodologi dakwahku yang salah?
keras? straight to the point? x hikmah?
Pesanku pada diri, itu mainan syaitan yang dilaknat,
memundar-mandir fikiran kita,
agar kita meninggalkan kerja-kerja menasihati ni,
Nah!!
Biarlah apa sahaja yang berlaku,
Allah swt itu MAHA TAHU.
yang dilihat itu pada USAHA
bukan HASIL yang kita peroleh
Si pelaku mahu ikut, ikut
HATI itu milik DIA
Si pelaku mahu rebel, silakan
Aku tidak rugi..
Kerana telah ku sampaikan Firman Tuhanku
Dan kerana Tuhanku inilah,
letaknya kehidupan kekalku..
Aku mohon berlepas diri dari semua kesalahan dan dosa yang ada pada dirinya.
Sungguh aku benci pada dosanya, bukan si pelaku dosa.
Jujur.
Andai, kau mengizinkan dia untuk berubah, permudahkan dia,
istiqamahkan dia,
sungguh tiada sahamku di situ..
Aku tidak mendapat apa-apa dari baiknya..
Tiadalah aku bertambah kuat kerana amalnya
Tiadalah aku bertambah lemah kerana dosanya..
HATI.HATI.HATI
Ya Allah, Kau MAHA mengawal segalanya.
Bantulah insan-insan yang aku PEDULI,
lantas aku NASIHATI ini untuk menjadi hambaMu yang terbaik..
Andai pada awalnya ku benci dia dan dosanya
Sudah pasti, tidak terliur hajatku untuk mengambil tahu perihal dosanya.
Ketahuilah, kau ini dibawah tanggungjawabku.
'Dibenci kerana kata-kata yang benar, lebih ku sukai daripada disayangi kerana puji-pujian yang batil'
Astaghfirullah Al-Azim
Aku, hamba Allah swt yang sedang belajar mendidik diri.
Nasihat dari Dr MAZA:
Dakwah diamanahkan kepada jiwa2 yang besar :)
Buat aku tersenyum..
Ayuh!
Soleh wa Musleh
Allahualam.
NSAA
13 Disember 2011
14:46
No comments:
Post a Comment