Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Monday, November 28, 2011

Saya nak jadi doktor !!!



SubbahanaAllah...
kata-kata yang terus masuk ke hati :)

Prof Dr Muhaya, ada sesuatu yang istimewa tentangnya,
merasakan keihklasan pada tiap bait kata2nya..

Impiannya mahu menjadi Engineer kerana suka amat pada FIZIK
sama sepertiku, tapi....
niatnya pada bidang perubatan berbeza denganku..

Dia memlih bidang ini, kerana FAHAM.
Aku pula kerana AKUR.

Namun, tidak aku nafikan,
kini aku mula memahami makna dan hikmah Allah mendorong aku ke jalan ini.

Dan buat pertama kalinya, aku mengatakan aku NAK jadi doktor!!!
(setelah 4 tahun sebagai pelajar perubatan, akhirnya...)
Alhamdulillah

Antara kata-katanya yang sangat bermakna buat diri:

PERUBATAN:
" Fokus pada MAKNA sebuah cita-cita, bukan sekadar hanya mahu mencapai CITA-CITA" 
- Prof Muhaya

"Jadikan bidang perubatan ini sebagai JIHAD!!"

IBU AYAH:
"Restu mak ayah,kunci utama keberkatan hidup!"

REDHA ALLAH: 
' Kejarlah Akhirat, kerana dunia akan lari mendapatkan kita,
Kejarlah redha Allah, redha manusia akan menyusulinya'

'Usah kerja duit, pangkat atau nama, biarkan mereka mengerjar kita,
Rahsianya : untuk kita dapat sesuatu, kita kena cari sesuatu'
(maknanya: semua duit, nama dan pangkat semua itu dari ALLAH swt, maka carilah ALLAH swt, hampirkan diri padanya!!!)

'Jangkalah setiap hal yang BAIK! Kerana Allah itu bersamaan dengan sangkaan hambaNya. Maka sebagai seorang doktor, sentiasa minta sesuatu yang BAIK buat pesakit, InshaAllah Allah akan berikan kebaikan padanya dan dirimu'

'Hidayah perlu diminta, tanda kamu mendapat hidayah, bila kita mendengar benda yang baik, kita nak IKUT'

'Selagi aku mampu memberi manfaat pada orang sekelilingku, panjangkanlah umurku, jika tidak, matikanlah aku dengan kematian yang baik'


KAWAN:
' Untuk sebuah Hidayah, kita perlu MINTA dan berkawan dengan orang-orang yang baik!!!' 

' Nak tahu kualiti hidup di duniadan di akhirat , lihat siapa kawan kita'

'Kita di padang Mahsyar akan bersama dengan orangyang kita bersama di dunia, jika baik kawan-kawan kita, maka kita akan bersama  kelompok-kelompok insan yang baik!'

DOKTOR:
" Doktor sepatutnya menjadi orang yang  paling HAMPIR dengan Allah, dia melihat kebesaran Allah setiap saat dan berurusan dengan kematian pada setiap waktu "

Teringat satu hadis, Allah itu bersama hamba-hambanya yang sakit, dan bilamana kau melawatinya, bermakna kau melawatiKU.

Maksudnya, untuk seorang doktor, mereka menerima kunjungan berpuluh-puluh pesakit sehari ditambah dengan lawatan dan ziarah yang mereka lakukan pada mereka-mereka yang sakit bagi menlunaskan hajat-hajat pesakit ini, mereka sangat beruntung, kerana rahmat Allah begitu hampir dengan mereka.
Alangkah seronoknya jiwa, jikalau mereka sedar apa yang mereka lakukan ini merapatkan mereka denganNya

Ya Allah, saya MAHU menjadi sepertinya!
Ya Allah, jadikan saya seorang yang MAMPU menjadi sepertinya!

DemiMU. DemiMu. DemiMu.

Allahualam.

p/s: teringat perbualan dengan ayah tempohari, ayah mahu aku menjadikan Dr. Lolo' sebagai contoh.
Kini, bukan arwah Dr. Lolo' sahaja contoh tauladan, Prof Muhayya dan Dr. Harlina Siraj juga ikon ku :)

Doktor Mukminah, itu cita-citaku.
InshaAllah.

SubbahanaAllah, ayah sangat memahami diriku, JZKK mama ayah atas jalan yang kau pilih untukku, dan ketegasan kalian untuk aku meneruskan jalan ini. Sungguh BENAR, akurlah pada IbuAyah, kerana rahmat Allah sentiasa bersama mereka yang patuh pada ibuayahnya.

Terima Kasih untuk semuanya :))

No comments: