
Legging bukanlah seluar tapi ia adalah pembalut kaki.
Islam ajar kita TUTUP aurat, bukan BALUT aurat..
pesanan buat muslimat dan muslimin.
Legging kelihatan chomel pada bayi, tapi amat chomot pada bapa/mak/kakak/abang bayi.
(pesanan ini juga tertakluk kepada semua tshrt bersaiz bayi juga )
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggeng-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971).
Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421).
------------------
A: Rilek2.. kubur lain2 sista. Kaubuat kerja kau, aku buat kerja aku.
B: Baiklah.. kalau gitu, kalau ditakdirkan anda pergi sebelum saya, mandi, kafan, jalan dan kambus la sendiri kubur anda itu ya.
Telah ku sampaikan firmanNya
Allahualam.
p/s: untuk kesekian kalinya, aku bersyukur kerana tidak dikurniaikan adik-adik perempuan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment