Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Tuesday, October 25, 2011

Jangan Gelabah dengan cinta!


Suatu Pencerahan..

Bila FITRAH menjadi FITNAH.
Kuncinya mudah: Usah menCUBA. Usah menCARI. Usah mengUJI.

Berhati-hati wahai HATI.

Usah cuba-cuba..
Usah gelabah!!
Usah terjebak!!! 


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. 
(An-Nur,24:21)


Ingatlah syaitan tidak akan men'yerang' secara TERUS, tapi ia membisikkan perbuatan perbuatan kecil dan halus, yang andai dilihat tiada 'salah'nya, dan dilihat tiada besarnya dosa itu. Namun bila dah lama2 dah terbiasa pada dosa kecil, akhirnya ZINA juga terlihat kecil pada nilaian dosanya. 


Astaghfirullah Al-Azim!! 


SEBAB itu


Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
(Al-Isra',17:32) 




Khas untuk muda-mudi diluar sana. 


Kita bukan maksum, tapi harus usaha menjadi sepertinya!!


Ayuh SOLEH wa MUSLEH!!




p/s: jzkk sahabat utk perkongsian.


Allahualam.