Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Saturday, August 20, 2011

Malam-malam terakhir

Apa yang Nabi Muhammad S.A.W lakukan pada malam-malam terakhir ini? Baginda bersungguh-sungguh beribadat kepada Allah S.W.T melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Seperti diceritakan dalam hadis-hadis di bawah:

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W yang mencintai baginda, semestinya kita menghidupkan sunnah baginda di malam-malam terakhir ini kerana ganjaran lailatul qadar tiada bandingnya. Kita tidak pasti samada kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Kalau dipertemukan, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, inilah Ramadhan terakhir buat kita. Maka, janganlah kita sia-siakan peluang yang dikurniakan Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya ini.

Doa Semasa Lailatul Qadar?

Mendapat keampunan dan redha Allah S.W.T merupakan matlamat dalam malam-malam yang terakhir ini. Rasullulah telah mengajar doa yang perlu dibaca ketika melalui malam-malam terakhir ini iaitu

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan".


Dan jangan lupa untuk mendoakan : kecemerlangan dalam akademik, kesihatan kita, keluarga, dan juga sahabat-sahabat.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa agar diberi kekuatan untuk meningkatkan lagi semangat dan juga prestasi ibadah kita dalam fasa terakhir bulan Ramadhan ini. Dan istiqamah untuk meneruskan ibadah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini pada bulan-bulan yang lain.

Rujukan : www.zaharuddin.net

Malam-malam terakhir bakal bermula...
Kita takkan pernah terlewat untuk MULA..
JOoooooooommmmmm!!!

No comments: