
Imam Muda 2 Episod 7..
Benar-benar terkesan dengan kata-kata IM Fakhrul tentang MATI
Soalan yang diberikan padanya..
" Andai sudah tahu tarikh kematian kita, apa gunanya lagi USAHA?"
Jawapan IM Fakhrul ringkas, tetapi amat dalam..
"Nak betul cara mati, kena betul cara hidup..."
Allahu.. bergetar hati mendengar peringatan ini..
Kita selalu bimbang bagaimana cara MATI tanpa berfikir baikkah cara hidup kita sekarang?
------------------
Ustaz Pahrol Juoi juga pernah berpesan..
CaRa hiDup LeBih pEntiNg daRi CaRa mAti...
CaRa hiDup mEneNtukAn CaRa mAti,
CaRa mAti mEneNtukAn CaRa diBaNgkitkAn,
CaRa diBaNgkitkAn mEneNtukAn sAmaDa kE SyuRgA atAu kE NeRakA...
dalam erti kata lain..
Ramai orang lebih memikirkan bagaimana cara dia akan mati. Tapi tak ramai orang memikirkan bagaimana cara untuk hidup. Sedangkan cara hiduplah yang akan menentukan bagaimana cara kita akan mati.
------
Bagaimana kita hidup, begitulah kita akan mati.
-Hujjatul Islam.
Kalau kita hidup sebagai orang yang baik, insyaAllah baiklah cara kita meninggalkan hidup kita.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Al-Imran, 3:185)
------dan teringat post seorang senior yang lebih selasa ku panggil sifu
tentang untuk BERJAYA harus PERCAYA dan..
"Percaya mesti disertai usaha. Percaya itu dalam diri kita. Tapi usaha itu manifestasi kepercayaan kita."
menariknya kita juga percaya yang kita akan MATI.. tapi sayang manifestasi sering dilupakan...
--------------
Andai kita hidup bermandi dosa, bertemankan maksiat maka begitulah juga nanti kita ketika meninggalkan dunia.
Orang yang jarang sekali ke masjid, mana mungkin mengharapkan mati dalam sujud, ketika solat berjemaah dirumah Allah.
Orang yang hidupnya susah sekali menyebut kalimah Allah, mana mungkin ketika mati, hatinya akan mudah mengingati kalimah itu.
-------------
Sudah bersediakah kita untuk MATI?
Berfikir tentang MATI tanpa ada USAHA ke arahnya itu sia-sia..
USAHA sehingga sampai waktu MATI..
Ya Allah, hidupkan aku dikalangan para alim ulama, Matikan aku dikalangan para syahid, Kumpulkan aku di padang masyhar bersama para waliMu dan masukkanlah aku ke dalam syurga firdausiMu bersama para nabi dan rasul. Amin ya Rabb..
Allahualam.
p/s: mohon selalu ingatkan aku.. tentang HIDUPku itulah MATIku.. (_ _")
Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.
(Al-Baqarah, 2:132)
No comments:
Post a Comment