Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Tuesday, April 5, 2011

Sifat Baginda mendepani kanak-kanak :)


Jangan dimarahi ibu yang membawa bayi ke masjid, dan menangis menganggu jemaah yang sedang bersolat..

Jangan disergah anak-anak kecil yang membuang air di atas pakaian..

Jangan dipukul si anak yang bersalah...

Jangan diasing dan dihilangkan hak anak-anak bersuara..

MENGAPA??

kerana tatkala Rasulullah mendengar tangisan bayi, baginda meringkaskan solatnya tanpa menegur si ibu yang bayinya menangis ketika jamaah sedang bersolat.[Al-Nawawi]

kerana tatkala cucunya sedang tidur di atas dadanya dan tanpa sengaja terbuang air kecil, di tahan sabahatnya, Anas r.a dari mengejutkan cucunya itu. [Ahmad, Al-Tabrani]

kerana tatkala seorang anak kecil ditangkap kerana cuba mencuri tamar di kebun orang Ansar, Rasulullah berTANYA dahulu, mengapa dia melakukan hal itu, kemudia menJELASkan kesalahan perbuatannya, memberi ALTERNATIF, MENGUSAP kepalanya dan menDOAkan dia. [Ibn Majah]

kerana tatkala Rasulullah dibawa minuman kepadanya, usai Baginda minum, disebelah kanananya ada seorang anak kecil dan disebelah kirinya ada seorang tua. Sebelum baginda memberi minuman itu kepada si tua, Rasulullah saw bertanya kepada si anak kecil, akan keizinan mendahului si tua untuk diberikan minuman itu. Sebaik mendapat keizinan dari si anak kecil itu, segera rasulullah menyerahkannya kepada si tua. [Al-Bukhari, Muslim]

Allahu Rabbi, penyantunnya kekasihMu ini pada si anak kecil....

terkedu ketika membaca tiap butir tulisan....
Hiba dan tertunduk malu..
Jauhnya aku dengan baginda... T_T

InshaAllah, kerana Baginda sudah begitu..
maka mengapa tidak kita kan??..
inshAllah jom berusaha!!

Ayuh!!! Jom belajar jadi insan yang lembut dan penyayang pada kanak-kanak demi Allah dan rasulNya..
Beruntunglah buat mereka yang penyantun kepada kanak-kanak, kerana mereka mewarisi sifat Baginda.. :)

Rujukan: Psikologi Rasulullah saw dalam berinteraksi dengan masyarakat
Bab: Psikologi Rasulullah saw dalam berinteraksi dengan kanak-kanak.

No comments: