Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Monday, February 14, 2011

Dirimu terlalu sempurna...


12 Rabiulawal 1432H
Salam Maulidur Rasul....


Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

--------------------------------------------------

Nabi Muhammad saw bersabda:
" Orang yang lebih berhak mendapat SYAFAATku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling BANYAK BERSELAWAT kepadaku "

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Sedih bila terbaca stanza ini...
Namun, inilah hakikat diri..
Lafaz sayang, rindu hanya bermain dibibir..
dihati terkadang terlupa..
Kesempurnaan peribadinya sering dibaca, dicatat dan dikongsi..
namun diperikuti akhlaknya(sunnah) sering terhenti pada kata-kata...

Ya Allah, maafkan khilafku pada kekasihMu ini..
Tempatkanku serta keturunanku ditempat yang paling hampir dengannya kelak..
Ingatkanlah sekiranya ku lupa, bahawa..
sesungguhnya pemilik sebenar hatiku selepasMU adalah Baginda, Muhammad saw..
Kekasih awal dan terakhirku..
Amin ya RABB~

Masih ingatkah kalian pada khutbah terakhir baginda?

Binnabil Huda, lagu tentang Baginda yang paling terkesan di hati dan benar-benar menenangkan..

selen itu..
Chosen One by Maher Zain, lagu ni terbaik. andai liriknya benar-benar diteliti, iA akan berairlah mata kalian..

artikel yang best untuk dibaca, daru ustaz Hasrizal..
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

Sungguh rindu itu boleh diubati jika kena caranya...
Amalkan apa yang pernah diamalkan oleh kekasihmu..
InshaALLAH, kehadirannya pasti akan dapat dirasai..
Hatta jasad dan masa terpisah beribu-ribu hijrah..
Baginda akan tetap dekat dalam jiwa umat-umat yang menyayanginya..

Tahukah kalian, SUNNAH utama namun selalu ditinggalkan oleh umatnya adalah
DAKWAH??!

Ayuh kita Islah Nafsak wad'u Ghairak!!
Ayuh kita menjadi SOLEH Wa Musleh!!


Allahualam...


No comments: