Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Saturday, September 4, 2010

Lailatul Qadr : Sebelum ia berlalu




SubbahanaALLAH sudah 25 Ramadhan 1431H??
Cepat sungguh masa berlalu, lagi-lagi bila mengira masa yang tinggal sebelum kembali pulang ke Dublin. huhuhu...

Apa khabar iman dan amal kita? ada baik? InshaALLAH semoga kita termasuk di dalam golongan yang berbahagia dan diterima.

Ingatlah matlamat akhir Ramadhan itu:
Taqwa dan semoga mendapat pengampunan untuk dosa-dosa kita.

Sekadar berkongsi, memetik quote dari UZAR:
Jika merasa banyak solatmu, sedarlah ramainya lebih darimu; Jika terasa awal ke peribadatanmu, sedari lewatmu berbanding yg telah memulakan; Jika kamu merasa khusyuk, fahami berjuta insan yg lebih lama khsusyuknya darimu; Jika merasa lewat meninggalkan peribadatanmu, pandanglah mereka yg masih beribadat sedang kamu beransur. Jika kamu merasa sedikit dosamu, itulah tanda hati sedang dijangkiti penyakit NIFAQ.

Alamak!! tinggal 5 hari lagi untuk kejar LailatulQadr.
dah tertinggal 5 hari yang lepas..
macamana ni? x dapat la....

Kejap!!
cuba baca ni..

•Daripada Abu Dzar Al-Ghiffari r.a

•Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w
•“Wahai Rasulullah, khabarkan kepada ku mengenai lailatul qadr. Adakah ia di dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain?
•Nabi: Bahkan , ia di dalam Ramadhan
•Abu Dzar : Ia ada bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila mereka wafat, adakah ia juga diangkat(sudah tiada) atau ia kekal hingga hari kiamat?
•Nabi : Bahkan, ia akan kekal hingga hari kiamat
•Abu Dzar : Bahagian ramadhan yang manakah ya Rasulullah
•Nabi : Carilah ia di sepuluh awal dan sepuluh akhirnya
•Abu Dzar : Dimanakah ia diantara 20 puluh itu?
•Nabi : Di sepuluh yang terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepada ku selepas ini
Tetapi aku ingin benar-benar mendapatnya, maka aku bertanya lagi.
•Abu Dzar : Aku bersumpah ke atas Mu atas hakku, beritahulah aku, dimanakah dalam sepuluh hari itu?
•Lalu Rasulullah, amat marah terhadap aku dan tidak pernah baginda marah sebegitu sekali semenjak aku bersahabat dengan baginda. Tetapi baginda bersabda
•Nabi : Carilah ia pada 7 malam terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepadaku
Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan 5 hari pertama yang lepas.. jangan dilupa.. peluang dan rahmat Allah itu tersangat luas.. Terus tingkatkan amalan dan jangan berputus asa.

Anda buat, anda dapat!!

Selamat beramal!!

Allahualam.

No comments: