
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[59:21]
Nuzul Al-Quran
Peristiwa Nuzul al-Quran disambut secara rasminya di Malaysia pada 17 Ramadan, tahun ke41 kelahiran Rasulullah saw. Namun terdapat pelbagai pendapat tentang tarikh ini secara tepat. Tarikh itu bukan yang utama, yang penting ingatan dan pengisian di dalam tarikh ini.
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Apakah ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama??
Apakah Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran???
lanjutkan bacaan di sini: klik2
Anda sudah cukup mengenali Al-Quran??
Nuzul Al-Quran bukan pada 17 Ramadhan??
Mahu tahu??
Ayuh klik2
Apa 3 HAK AL-QURAN??
Selamat beramal!!
Allahualam!!
No comments:
Post a Comment