Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Thursday, January 7, 2010

Imtihan duniaku bermula..


Assalamualaikum wbrt..


Pejam celik, pejam celik, esok exam sudah.. MasyaALLAH, masa oh masa, kau melibas bagi sesiapa yang lalai.. Astaghfirullah Al-Azim..

Al-Asr.. Demi masa, manusia dalam kerugian ,kecuali yang beramal soleh dan bernasihat ttg kebenaran dan kesabaran.. [BENAR amat BENAR]
Untuk makluman ayah dan mama, bawah ni jadual exam ina:

8/01/09: Clinical Competencies (OSCE) @8am

11/01/09 : Anatomy Practical @ 9.50am

13/01/09 : Neuroscience @ 2pm

19/01/09 : Population International Health + Evidence Based Health @ 9.30am

Mama Ayah doakan kemudahan buat anakmu ini ya..

Buat rakan-rakan yang juga bakal berjuang, ini pesan kita bersama:
Wahai ANSARULLAH, Selamat Berjuang di medan imtihan kita!!
Sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada ISLAM & perjuanganku, maka KAU CEMERLANGKAN ak dlm setiap perkara. Dan sekiranya kejayaan membuatkan aku jauh dari perjuangan ISLAM, maka KAU lebih berhak menentukan yg selayaknya untukku kerana ak mengIMANI tiada apa yang KAU takdirkn sia-sia melainkan ada HIKMAH disebaliknya.

Demi Allah, kita kena BUAT yang terbaik!! InshaAllah.
Usaha.Tekun.Teliliti.TenangTawakal.Doa.
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "
[Al-Hadid, 57:22-23]
Allahualam..

No comments: