SubbahanaALLAH.. sudah hampir memasuki 1431 H
Bermakna sudah 1420 tahun lamanya, baginda,Kekasih Allah, meninggalkan kita..
Tinggalnya, bukan dibiar kosong, dtggalkan 2 amanah terbesar buat umatnya.
" Berpeganglah kamu pada AlQuran dan AsSunnah." itu pesan Baginda.
"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar "
Al-Asr,103:1-3
Salam ini dituju pada:
Mama, Ayah, Adik-Adik, Kaum-Kerabat, Sahabat Handai, serta rakan-rakan.
Jangan lupa:
[mulakan doa dgn Bismillah serta selawat ke atas Nabi Muhammad saw]
1. Doa Akhir Tahun sebelum Maghrib.
Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupanya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakaiMu, maka sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan ya ALLAH, wahai Tuhan yang pemurah, wahai empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadapMu.
2. Doa Awal Tahun selepas Maghrib.
Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qiam dan yang awal. Dengan limpah kurniaMu yang besar dan kemurahanMu yang sejati, tahun baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkanlah kepadaMu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan. Kami juga memohon pertolongan yang bergiat dengan amalan yang dapat menghampirkan kami kepadaMu sehampir-hampirnya. Wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, perkenankanlah permintaan kami ini. Jadikanlah kami hambaMu yang lebih baik dari dirinya yang dahulu.
Perbanyakkan NIAT dan DOA.
Orang yang hari ini yang SAMA dengan hari semalamnya, RUGIlah dia.
Orang yang hari ini lebih BAIK dari hari semalamnya, BERUNTUNGlah dia.
Orang yang hari ini lebih BURUK dati hari semalamnya, CELAKAlah dia.
p/s: Di kesempatan ini, saya juga ingin memohon seribu kemaafan atas keterlanjuran dalam perbuatan, perkataan serta semua tindak tanduk saya yang telah menyakitkan hati saudara-saudari sekalian. Harap dihalalkan semua makan minum, ilmu serta hutang piutang [hee, tp sila buat tuntuntan jika x mhu halalkan ya].
Info HIJRAH:
>Kalendar hijrah diperkenalkan oleh Khalifah Ar-Rasydin kedua,Saidina Umar Al-Khattab ketika pemerintahannya.
>Peristiwa paling agung,iaitu peristiwa penghijarahan Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah telah dipilih sebagai tahun pertama.
>Ada 12 bulan di dalam kalendar ini.
>4 bulan haram: Muharam,Rejab, DzulQaedah dan Dzulhijah.
>Hari dalam bulan-bulan ini ada 29 atau 30 hari.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam.
Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.
Nama-Nama Bulan Islam:
>Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
>Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
>Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
>Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.
>Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
>Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
>Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
>Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
>Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
>Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
>Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
>Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
Rujukan: Wiki2
p/s 2 : banyak misi baru dalam tahun baru ni. Da.Pe.PerunNi. InshaALLAH.
Allahualam.
1 comment:
Teks Lagu Album SYAIR CINTA
Utusan Tuhan
Bunga mekar, penuh aroma
Kicau burung merdu ceria
Marak menyambut insan mulia
Suka cita alam semesta
Telah datang berita surga, utusan Tuhan lahir kedunia
Kekasih Tuhan, akhir kenabian, penyempurna risalah, penebar hikmah
Utusan Tuhan, lisan Ilahi
Penyampai wahyu al-Quran suci
Penebar rahmat bagi insani
Kemuliaan manusia suci
Dialah Muhammad sumber kebenaran
Dialah Muhammad sempurnanya insan
Mata air cahya kesucian
Penyelamat kaum beriman
Saat malam dalam kegelapan
Tersingkap hijab penuh keajaiban
Dalam mi`rajmu berjumpa Tuhan
Di Sidratul Muntaha, surga al-Ma`wa
Muara mata air surgawi, itrah suci sebagai wasyi
Keindahan wujud keadilan, sumber ilmu wahyu Ilahi
Kesabaran tauladan insan
penyampai wahyu risalah Tuhan
Tempat berlindung kaum yang lemah
Cermin taqwa dalam ibadah
Dialah Muhammad sumber kebenaran
Dialah Muhammad sempurnanya insan
Mata air cahya kesucian
Penyelamat kaum beriman
Duka Zahro
Salam atas kesucianmu yaa Zahro
Salam dan tahiyat atasmu yaa Fathimah...
Kami bersedih atas musibahmu
Kami berduka kedukaanmu...
Kami menangis dalam tangisan-Mu
Kami meratap dalam dukamu
Oohh...Duka Zahro...duka Zahro...
Oohh...Zahro...Zahro...Zahro...
Senandung alam berduka, penuh hujan air mata
Merambah setiap sukma, mengalir untaian duka
Tangisan sedih Aqilah, rintihan pilu Fathimah
Jantung langitpun berdarah, tak kuasa menahan duka...
Oohh...Duka Zahro...duka Zahro...
Oohh...Zahro...Zahro...Zahro...
Lihatlah Zahro berduka, bercucuran air mata
Mengadu pada ayahnya, memeluk pusara Nabi
Bersimpuh dalam tangisan, kesedihan yang tak tertahan
Kedukaan yang mendalam, meratap di Baitul Ahzan...
Oohh...Duka Zahro...duka Zahro...
Oohh...Zahro...Zahro...Zahro...
Kami berduka yaa Zahro, berkabung dalam tangisan
Lihatlah kami yaa Zahro, menangis penuh jeritan
Hanya munajat dan harapan, meraih jalan kecintaan
Sentuhlah kami yaa Zahro...syafaati kami Zahro...
Oohh...Duka Zahro...duka Zahro...
Oohh...Zahro...Zahro...Zahro...
Baitul Ahzan
Duhai Zahro...ya Fathimah...kau berduka...kau terluka...
Kesedihan baitul Ahzan berduka...2x
Kesunyian tengah malam, terdengar isak tangisan
Yang menyentuh relung hati, yang menyayat setiap jiwa
Air mata yang tercurah, membasahi kubur Nabi
Kesedihan penuh duka, dipusara makam suci
Duhai Zahro...ya Fathimah...kau berduka...kau terluka...
Kesedihan baitul Ahzan berduka...2x
Sampaikanlah tangan kami, yang mengharap belas kasih
Hanya duka dan tangisan, tuk menghibur putri Nabi
Adakah harapan kami, meraih syafaat Nabi
Andai tiada kecintaan, tersesatlah jiwa kami...
Duhai Zahro...ya Fathimah...kau berduka...kau terluka...
Kesedihan baitul Ahzan berduka...2x
Kullu Yaumin Asyura
Kullu yaumin Asyura...kullu ardhin Karbala
Berduka hati Zahro, yaa mazhlum yaa Husaini...2x
Menjelang muharram tiba, menguak tabir penuh duka
Karbala saksi yang terpendam, menghantarkan duka mendalam
Jasad yang hancur penuh luka, terberai berlumurkan darah
Tiada kafan tuk membungkusnya, tiada yang menshalatinya
Kullu yaumin Asyura...kullu ardhin Karbala
Berduka hati Zahro, yaa mazhlum yaa Husaini...2x
Dimanakah nurani insan, memotong rantai kenabian
Pasir Karbala pun berdarah, bermandikan darah al-Qurba
Kullu yaumin Asyura...kullu ardhin Karbala
Berduka hati Zahro, yaa mazhlum yaa Husaini...2x
Dengarlah...wahai insan, Karbala takkan sirna
Janganlah kau tinggalkan, tragedi duka Husaina
Kullu yaumin Asyura...kullu ardhin Karbala
Berduka hati Zahro, yaa mazhlum yaa Husaini...2x
Post a Comment