Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Sunday, August 16, 2009

Sunnah berjuang: AL-FATIHAH buat Arwah Ust. ASRI

Assalamualaikum wbt,

Khamis yg lalu:

Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberi ucapan dalam sidang media program syahadah di angkasapuri RTM kira - kira jam 10.30 pagi tadi.

Ak terkejut.. ak tahu berita ntah dari sapa.. utk pastikan kesahihan cerita, ak bukak NST online..
BENAR.. ustad ASRI sudah 'tiada'..

"Semoga usahanya diterima Allah swt sebagai amal yang soleh, AL-FATIHAH.." getus hatiku..

Jumaat yang lalu,

adikku bru balik dr asrama..
"Acap, thu x ustad Asri Rabbani dah meninggal"

"tahu, anak ustad sekolah kat tempat acap, dia senior acap" terang adikku
"yeke cap?? camne dia?? form bpe dia?" tanyaku bertalu2
"haah.. abang tu baik, pendiam orngnya, dia nak PMR thun ni " balas adikku bertubi2
"yeke.. dia balik x? tanyaku lagi
"dah2, smlm gak dia balik" gtau adikku..
"hmmm.. sedihnya.. acap sedih x?" tanyaku lagi
" sedih" jawab adikku

hmmmmmmmmmmmmmmmmmm......
Siapa sangka, beliau baru 40-an, nampak sihat...
"Bahaya juga penyakit berkaitan dgn jantung ni" getusku, tiba2 bimbang pula ak ttg ayah..
tp penyakit2 ni, sbgai alasan kepada kematian, walhal mati itu Allah dh tetapkan dr dulu lagi..

Siapa x kenal Ustad Asri.. perjuangan dakwah melalui nasyeed sgt membanggakan, konsisten membawa Islam melalui pendekatan Nasyid kontemporari bermula dengan kumpula Nada Murni dan kini Rabbani .Teringat zaman sekola rendah dulu.. lagu PERGI TAK KEMBALI mnjadi lagu pilihan kelas ak utk pertandingan nasyid mase darjah enam..

Walau macam2 orng kritik lagu2 yg dibawa mereka, RABBANI ttp GAH sampai sekarang..
betullah kata2 ni:
"KITA x HIDUP atas PUJIAN orng dan kita juga x MATI dek KEJIAN orng"

Sejujurnya, ak bukanlah kipas-susah-mati Rabbani, sbb ak jarang2 mentaksubkan diri hanya pada satu kumpulan, senang cakap ak lebih senanh suka pada lagu2 ak rase mesejnya 'ada', antaranya banyak sekali pada lagu2 dr Rabbani, Raihan dan Hijjaz, dari sesetengah lagu2 nasyeed skunk yg mesejnya agak lemah.

Ak rase macam ALLAH nak tunjuk kat kita sesuatu.. tp x tahulah kalau ini sekadar perasaan ak sendri..
sebelum ni dunia gempar kematian MJ, dan x sampai sebulan rasanya arwah Yasmin Ahmad 'pergi', kini Ustad Asri pula..
Niat perjuangan Insan2 ni hanya ALLAh yg berhak menilainya.. jadi ak hanya berani berkata-kata ttg apa yg ak nampak.. dan ak x tahu samada ak layak berfikir begini, tapi ak nk cuba sampaikan satu mesej... tiada niat lain selen itu..

ak terdetik..
1. macamanalah pula ALLAh akan mematikan ak?
mati ketika sibuk berjuang utk Dunia atau mati ketika sibuk berjuang utk ALLAH???
2. apalah yg ak tgh buat time tu??adakah amal2 yg akan dikirim padaku kelak?
3. kebaikkan apa yg ak dah buat kat dunia utk ak selamat di 'sana'??

"Tepuk dada Tanya IMAN"

"Kalau DUNIA yg kita cari, kita akan diberi DUNIA. Namun, jika AKHIRATyang kita cari, DUNIA, isi2nya dan AKHIRAT berlari mndapatkan kita"
PILIHLAH..

Yang pergi, dah pergi.. Yang hidup, akan menyusul.. siapa dulu, itu bukan kuasa kita
ADAKAH sudah cukup amalan kita?
Dah bersedia nak bertemu Malaikat2 ALLAH?
Amalan apa yg kita ada utk dipersembah dihadapanNYA?

Ak dgr, lagu kat bawah ni, lagu yg sempat arwah nyanyikan utk Album baru Rabbani. Lagu ni ada mesej yg sgt dalam, ianya sgt tepat utk menceritakan KISAH hidup seBENAR seorng pejuang AGAMA..

dengarlah dan hayati bait2 liriknya,



Sunah Berjuang 1
Munsyid : RABBANI used to be Nadamurni-Hijjaz
http://liriknasyid.com

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri


Biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain buat harta
tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang


Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa dizarai
walau perjuangan tak berjaya

P/s: Marilah sama-sama kita sedekahkah Al-FAtihah buat arwah ustad Asri Rabbani. Semoga perjuangan beliau diterima dan dirahmati ALLAH.
Semoga Beliau ditempatkan dikalangan para syuhadahMu.
Semoga anak2 yg ditgglkan mnnjadi anak2 yg Soleh dan Solehah.

Wallahualam.

No comments: