Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
(Yunus, 10: 5)
terkejut ak baca utusan semalam..
"Penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 pada Rabu ini, yang merentasi India dan China, bermula dari Mumbai ke Shanghai. "
GERHANA matahri!!! pernah tgok ka ak sblom ni?? gerhana bulan mybe..
"Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang"
teringat zaman form 2/3 time orng kata tahun tu, planet Marikh paling hampir dgn bumi, jdnya penduduk bumi boleh tgok Marikh..
ktorng pe lagi.. berkumpul ramai2 kat netball court tunggu lpas prep... syok zaman asrama dolu2 ni.. rindu betul..
[ktorng nmpak ke x ek?? ]
ok BAck tu CIta skunk.. Gerhana mAtahri.. kalau x dapat tgok gerhana ni makanya, kne tunggu lagi 123 tahun lagi.. huwaa!! hidup lagi ka kita ni.. purata umur penduduk Bumi pling lama pun 72 tahun.. itupun menurut ahli astrofizik, 2132 nnti xkn selama gerhana matahari harini..
"Maksimum gerhana itu dijangkakan berlaku adalah selama enam minit dan 39 saat, ia merupakan satu tempoh yang tidak mungkin berlaku pada tahun 2132."
MAcamana gerhana mAtahri terjadi???
iaitu apabila.. bulan berada di antara bumi dan matahari
apa jadi kalau Gerhana Matahari???
"Jumlah sinaran suria ini akan menjadi berkurangan dan mengaburkan pancaran sepenuhnya."
kiranya kita akan bergelap buat sementara waktu pada siang hari...
Penduduk bumi yg akan mengalami kegelapan hasil dr kejadian gerhana ni dulu adalh.. penduduk negara..
Jarak 'laluan keseluruhan' fenomena itu dianggarkan sehingga 258 kilometer, penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia)."
Seterusnya..
"Fenomena itu kemudiannya merentasi India, suasana gelap akan meliputi di sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai."
Akhirnya, kegelapan paling lama di...
'Persinggahan seterus gerhana itu adalah di selatan pulau Ryukyu, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum"
Malaysia?????
"Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi."
isk3.. tiba2 teringat ttg tanda2 besar HAri kiamat...
"bila bumi diselubungi kegelapan dek asap2 tebal mengelilingi BUmi.."
Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
( Al-Baqara,2:254)
Allahuakbar!!!
AMARAN:
PAStikan anda tidak melihat matahari secara terus!!! pakailah cermin mata gelap kalu teringin sangat nk tgok GERHANA itu!!!
panahan terik MATAHARI boleh merosakkan retina MATA anda buat seLAma2nya!!!
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment