Mulakan Harimu

Mulakan Harimu
" Tiap urusan yang tidak dimulai dengan Bismillahirrhmanirrahim maka terputuslah berkatnya (bagaikan anggota badan yang terkena kusta) "

Sunday, July 19, 2009

hari ini..

Salam..

SubbahanaALLAH..

hari ini.. 27 REJAB 1430H sekali lagi..
Alhamdulillah ak masih diberi peluang utk bertemu pada tarikh bersejarah buat agamaku.

27 REJAB.. istimewa..

pernah dgr kah kalian ttg..
ISRAK MIKRAJ ...

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat.

Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran:

Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar (Surah Najm ayat 18).

untuk bacaan lanjut sila ke laman ini Utusan MAlaysia.
---------------------------------------------------------------------------------------

kenapa kali ni xda cerita lanjutan ttg Israk Mikraj di BLOgku?
kenapa tidak sahaja ak terus mncari apa2 artikel, diCopy dan terus dipastekan saja di blog ak buat tatapan rakan2???


sbb ak x berani utk berkongsi kisah yg ak sendri x pasti, samada kisah yg ak baca nanti benar2 asli tanpa sebarang tokok tambah.. atau... sbb..

apa yg aku faham,

Sebenarnya, peristiwa Israk dan Mikraj hanya disebut secara umum dan sekilas saja di dalam al-Quran. Rasulullah tidak banyak meninggalkan hadis yang berbicara tentang perjalanan agung itu. Bagaimanapun, kenyataan yang terjadi sekarang ini menunjukkan bahawa hadis yang hanya sedikit itu telah berubah menjadi banyak, bahkan melahirkan tafsir-tafsir baru tentang Israk dan Mikraj.

dan ingatlah bahawa Rasulullah telah mengingatkan umatnya bahwa..

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).

“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

jadi ats kesedaran diri sendiri, bahwa ak bukanlah seorng yg layak dlm menetukan kesahihan sebuah kisah "sirah" maka cukuplah bgiku sekadar berkongsi ilmu baru...

Alhamdulillah, dlm sibuk ak mencari ttg kisah 27 Rejab ini..

dgn izinNya ak tergerak utk bukak laman sesawang Dr MAZA...

Alhamdulillah.. bnyak bende baru ak dapat..
jadi, prlunya utk ak berkongsi kepada rakan2 mngenai artikel yg membuka mata ini...


Hadis Palsu Rejab, Syaaban

sedikit petikan dari artikel beliau..

Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

teruskanlah bacaanmu di laman web USTAd MAZA... [PERLU bacA!!!]

moga ilmu yg kita dapat harini dapat dimanfaatkan sama2..

p/s: pada rakan2 blogger, dlm keghairahan kita berkongsi Ilmu terutamanya membabitkan ilmu agama, eloklah kita berfikir dan mengkaji dahulu artikel yg ingin dimuatkan dlm ruangan post, takut2 niat baik kita disalahertikan.. dan bertanyalah pada yg pakar..

Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Wallahualam

No comments: