Alhamdulillah.. lma tul x update.. huhu.. x istiqamah nieh.. haish..
so, selama ak bersepi2 ni.. dh bnyak ak berfikir ttg kjadian ak.. ManusiA..
x thu nape.. tjuk lectures ak sejak 2 menjak sgt mnarik.. ttg pregnancy dan embryology.. sgt2 meniggalkan kesan pada ak..
dulu, ble tgok baby.. ak rse cam **da**.. tp skunk.. hati ak berbunga2 plak.. hihihi.. dah membesar kut ak kan.. tQ to kak izyan, melalui gamba bayinya yg dirakam mnerusi ultrasound.. mnyebabkn hati ak teringin benar memikirkn ttg kejadian Manusia ni...
Alhamdulillah, takdir Allah. hampir semua bcaan tafsir Al-Quran ak minggu ni ada berkaitan dgn kjadian Manusia.. huhu.. satu petunjuk ni..
Video dibawah.. utk permudahkn crita.. lihat.hayati.berfikirlah.. Moga kita mnjadi hamba yg bersyukur.. InshaAllah..
Kisah sebelum manusia diciptakan.. reaksi MAlaikat & syaitan
surah Al-hijr,15:28-50 dan ada lagi beberapa surah dimana kisah ini diulangi.
Kronologi kejadian manusia mengikut Alquran:
".. sebenarnya Kami telah
(1)menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih,
(2)kemudian dari sebuku darah beku,
(3)kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan
(4)kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
(5)Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
(6)Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;
(7)Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(9)kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.
(10)Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati
(11)Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
kronologi ini diambil dr surah Al-Haj,22:5, Al-Mu'minun,23:12-16, Al-Nahl,16:78
InshaALLAH, mengikut ilmu embryology xde satu pun fakta dalam Alquran yg bercanggah.. malah dalam AlQuran lebih menarik kronologinya lebih detail..
Jika diteliti kembali kejadian kita dari bayi-dewasa-tua.. Bertepatan dgn firman ini:-
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa
MAKA.. apa tujuan kita dijadikan???
Adz-Zariyat,51:56-57
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
Tapi tahukan kita bahwa..
Al-Ahzab,33:72-73
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
hmm... Berat amanah kita sebagai manusia.. tapi Allah x membiarkan kita bersendirian.. Allah menurukan kita AlqUran malah dijadikan RAsul dikalangan manusia, agar kitabNya dpt difahami..
Malah dalam AlQuranNya.. Allah mengajar kita beberapa Doa sebagai penguat dan motivasi..
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
( سورة الأحقاف , Al-Ahqaf, Chapter #46, Verse #15)
( سورة الأحقاف , Al-Ahqaf, Chapter #46, Verse #15)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
(Al-Imran,3:110)
sebenarnya bnyak sgt lagi :
Al-Baqarah,2:127-128,286
Al-Imran,3: 8,16,38,147,193-194
... bnyak lgi doa2 yg diajar dlm AlQuran.. tp dgn syarat: kne cari..
hmm... x sangka dr sekecil2 idea pada asal ak nk wat entry kli ni.. terbnyak pula idea.. Alhamdulillah.. semoga perkongsian ni dapat mnyentuh hati ak dan rakan2..
Oh, sebelum terlupa.. antara firman Allah yg paling digemari..
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu
Surah Fussilat,41:53
Ya Allah, jadikan ak, ahli keluargaku, serta orng2 yg sentiasa bersamaMU termasuk dlm golongan hambamu yg diberikan hidayah dan rahmat yg berterusan... AMIN
Wallahualam
2 comments:
salam,syara.. perkongsian yg bguss..bleh lah post kt iluvislam..cdgn shja..
wsalam awanaputry.. trima kasih.. iluvislam erk?! x smpai thap tu lg ni.. jzkk yer..
Post a Comment